Monday, 15 September 2025

Big Breakfast @ Home

Hari ni 15.9 'cuti PMX bagi' :D 

Hujan awal pagi. Terjaga sekitar jam 3 pg, dengar titisan hujan yang agak lebat di luar. Hujan berterusan hingga ke pagi. Seronok kalau hujan di hari cuti. Boleh tarik selimut lama sikit. Makanya lewat sikitlah bersarapan hari ni. 

Hasil kerjasama anak beranak, banyaklah hasilnya. 

Sandwich Sardin by Kakak. 
Roti gandum ni Ummi beli di Village Grocer, Melawati Mall semalam. Roti putih tinggal beberapa keping, mujur ada roti gandum ni. Kenyang betul walaupun makan seketul je. 

Angah goreng Pisang Tanduk.

Lepas tu dia sagat butter + susu pekat, nak buat Pisang Goreng Cheese ala Abang Kantin sekolah dia. Cheese takde, butter pun bolehlah hihi... Sedap juga hasilnya. Selalu depa tak berapa suka pisang goreng, tapi kali ni habis makan bila dibuat begini. 

Pisang Tanduk ni pemberian Atok Rizqy. Panjang buahnya. Lama juga Ummi simpan, bagi masak elok dan tunggu anak² asrama balik untuk sama² nikmati hasil kebun Atok Rizqy ni. 

Teh Tarik by Angah juga. 
Sedap, pekat elok. 
Angah ni memang kami train dia in charge bab air. Kalau tetamu datang pun dialah tukang sediakan air, cawan dsbnya. 

Cekodok Dinosaur by Abang. 
Dinosaur sebab rupa macam²; ada yang bertanduk, ada yang besar ada kecik macam² hehe... 

Airtangan Ummi mestilah ada...megi goreng 

Itu sikit ini sikit alhamdulillah kenyang. 


23 comments:

  1. Macam-macam menu air tangan keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala bergotong -royong di dapur, keluarlah hasil masakan masing2 :D

      Delete
  2. Alhamdulillah..bagus semua bekerjasama buat sarapan pg..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. MasyaAllah tabarakallah.. Seronoknya semua pandai masuk dapur.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. MasyaAllah tabarakallah.. Seronoknya semua pandai masuk dapur.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya aktiviti anak-beranak di dapur šŸ˜ macam2 menu terhidang utk sarapan pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala sis... Lapar pun iye, kenalah semua tolong cepat sikit bole makan šŸ˜‚

      Delete
  6. Dua hari cuti ni hujan berturut-turut awal pagi. Sejuk bangun subuh. Wahh seronoknya macam-macam menu ada. Masing-masing bagi sumbangan tenaga siapkan sarapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur cuti, boleh lengah² sikit nikmati pagi yg nyaman dan sejuk hujan tu . Kalau hari sekolah @ kerja nak tak nak kena tolak selimut ke tepi 😁

      Delete
  7. warghhh fav sy tu pisang tanduk. kalau goreng boleh mkn berkeping2😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Pisang Tanduk goreng mmg sedap. Nak² hujan pulak, layannnn

      Delete
  8. Bagusnya semua menghasilkan menu sarapan. Bila bergabung macam2 menu la ada. Meriah.

    ReplyDelete
  9. Seronok masak dan makan dengan anak2 kan.

    ReplyDelete
  10. wah seronoknya bila anak-anak jadi chef. Hebat-hebat semuanya

    ReplyDelete
  11. besar sungguh pisang tanduk tu yer
    alhamdulillah..makan ramai2..mcm2 menu ada kan

    ReplyDelete
  12. ammi sekarang ni dok train Alip buat air. Sarapan pagi memang tugas dia buat air dan sediakan cawan semua. Gula tertumpah pun sila selesaikan bahagian awak.

    ReplyDelete
  13. meriahnya bekfes..
    pandainya angah goreng pisang.. wafi ni masih takut-takut dengan api.

    ReplyDelete
  14. Duuuuh roti gandumnya saya sukaaaa yg seperti itu kak, masih banyak terlihat bijirinnya šŸ˜šŸ˜šŸ˜. Memang confirm yg begini lah yg sehat dan bikin kenyang

    ReplyDelete
  15. Seronok berkumpul ramai2...rumah SA je sunyi...adik no 3 warded sbb thyroid dia tu...adik bongsu balik perlis, yg 2 lagi x balik...ada la hal kot...

    ReplyDelete