Simpan sini catatan dan kenangan anak sulong kami ambil SPM. SPM ni memang peperiksaan penting dan istimewalah kan bagi hampir semua rakyat Malaysia bila di Tingkatan 5. Ummi yang dah berpuluh tahun ambil SPM pun dok ingat lagi perkara² berkaitan SPM. Antaranya kami beramai² makan nasi ayam lejen di Pekan Rabu usai ambil keputusan SPM. Kadang bila tahu tahun bila seseorang tu ambik SPM, automatik tahu umurnya juga :)
Kembali kepada tajuk, SPM sekarang ni banyak betul fasanya. Tengah trial pun tiba² eh terselit pulak ujian lisan subjek agama dan Bahasa Arab. Back to back. Tak senang duduk betul Ummi Walid masa ni. Tapi bila turn Abang dah selesai tu, rasa lega sangat.
Pentaksiran² lisan ni untuk anak² TMUA dan yang ambil aliran agama (ambil subjek BA, PAI/PQS) di sekolah menengah. Markah² akan dicampur dengan peperiksaan bertulis nanti. Zaman Ummi dulu rasanya takde lisan BA dan PAI ni.
1. UTQH (Subjek Pendidikan Islam)
Hafazan Surah Al Mukminun, Al Kahfi dan hadis.
2. Lisan Bahasa Arab
3. Lisan Hifz
4. Lisan Maharat Al Quran
Alhamdulillah selesai semua ni legalah sikit. Kebetulan pula habis ujian semua ni cuti sekolah, bolehlah bertenang sekejap. Sekejap je la sebab lepas ni sambung stress untuk ujian amali dan lisan pulak 😅
Jawatan mak ayah ni selamanya, tak boleh resign. Hadap je lah kan. Kena kuat sokmo, esp depan anak². Apapun doa yang baik². In Sha Allah yang baik² juga hasilnya.
Gambar kenangan semasa Ujian Mendengar BM & BI (Percubaan) pada hari terakhir sekolah sebelum balik bercuti 12.9 tempohari. Jumaat tu juga last day katanya untuk cikgu² key in markah trial. Mudah-mudahan ada rezeki utk Abang dapat keputusan yang baik kali ni.
All the best Batch 08 💪🏻

lain macam betul SPM sekarang ni. ada ujian mendengar, ujian bertutur. semoga abang berjaya dapat keputusan yg cemerlang utk SPM!
ReplyDeleteMacam2 itu yg umminya pun tumpang stress hihi
DeleteAamin utk doanya Mazni, tqsm.
ooo baru tahu aliran agama skrg kena amik PAI jg ya... subjek PSI ada lagi kan?
ReplyDeleteAbang bukan aliran agama, tapi sains tulen. Kalau kelas aliran agama ambil PQS, bukan PAI. PSI ada utk kelas aliran agama
Deletebittawfeeq wannajaha utk abg! moga dpt straight A, aamiin
ReplyDeleteAamin utk doanya MZ, tqsm.
DeleteSelamat berjuang batch 08!! next year kami pulak batch 09... all the best abang!!
ReplyDeleteTq2...
DeleteTahun depan your turn la pulak ye Kakmim, berjuang dgn anak SPM :D
SPM ank2 skarang tk mcm kita dlu...all the best utk smua calon spm 2025 ..tk lama dh tu...mmg mak2 yg debar extra bila ank nk exam besar...kita dh lalui lastyear
ReplyDeleteLain macam la nervous dan stess nya tu kan MT...
DeleteAamin utk doanya, tqsm.
Makin mencabar sekarang ni banyak perubahan dah berbanding dulu2. Good luck untuk SPM.
ReplyDeleteSilibus pun aras tinggi Cie... sabar je la huhu..
DeleteDulu2 zaman kita SPM tak banyak paper dan ujian lisan kan. All the best semua anak2 SPM 2025, moga cemerlang.
ReplyDeleteBetul Kak... Fokus ujian bertulis dgn lisan BM & BI je
DeleteAamin tqsm for the doa
Banyak ujiannya sebelum the real SPM. Semoga dipermudah melalui ujiannya sehingga hari SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteTapi alhamdulillah sebahagiaanya dah selesai :)
DeleteAamin tq atas doanya Fiza
Banyak ujiannya.. semoga Allah permudahkan semuanya.
ReplyDeleteAamin. terima kasih kak
DeleteAll the best abang...selamat berjuang untuk SPM...
ReplyDeleteSaya pikir tadi sudah benar2 selesai, tapi ternyata masih ada lagi NOV ya kak 😅. Semangaaàat untuk anak kakak yg akan mengerjakan SPM. Semoga hasilnya nanti bagus dan sesuai target.
ReplyDeleteBaru selesai ujian lisan subjek agama. Subjek bahasa dan bertulis bulan Nov ni Fanny. Panjang masanya, berlarutan juga stress -nya :D
DeleteKalau Kyra masih di sekolah lama aliran KAA mungkin dia pun ada ujian lisan dan hafazan back to back macam abang. Sekarang ni untuk PAI cuma UTHQ jelah.
ReplyDeleteSemoga kejayaan buat anak-anak kita
Hifz dan maharat utk TMUA. Tapi BA utk semua kelas KAA la Ammi.
DeleteYa, Semoga rezeki yang terbaik Allah beri utk anak² kita aamiin 🤲🏻