Macam biasalah bila mengemas, Ummi suka mengulit kenangan. Itu yang suka kemas sorang², boleh layan perasaan sambil² mengemas.
Ummi bukan saja kemas beranda tapi juga sorting baju untuk program pengumpulan baju di Masjid Ar Rahimah Greenwood last week.
Ada satu storage box tu barangan/pakaian anak⁴ masa baby ... Kali ni baru ada kekuatan nak 'berpisah' dengan barang² ni... Sebelum ni kemas, simpan balik dah berapa kali dah 🤭
Mittens & booties yang belum guna ni Ummi let go. Yang warna hijau tu baju kurung dari kain sari. Kainnya Walid beli di Mumbai.
Lemek/lapik tidur Abang. Yang ni Ummi belum kuat untuk lepaskan. Besar sangat maknanya kehadiran Abang dalam hidup kami, selepas 5 tahun menunggu zuriat 🥹
Of course la kehadiran anak³ lain pun setiap seorang tu membawa makna yg sangat besar dalam hidup Ummi Walid. Lemek ni memang keempat⁴ anak guna sebab sangat sentimental nilainya bagi Ummi.
Dress Adik pakai masa kenduri aqiqah dia. Dress ni Makngah Fiza hadiahkan...
Anak singa tu sibuk je, orang mengemas dia pun nak mengemas (baca: mengacau) haha...
Yang sebelah tu bengkung moden, sangat mrmbantu ye esp bagi yang C-zer. Nak pakai senang, ada strap.
Jubah putih Ummi pakai masa wuquf manakala yang merah ni Ummi beli di Mina. 20 riyal je rasanya. Jubah biasa je, buat salin² di sana.
Jubah untuk Kakak. Untuk Ummi pun ada, kiranya sedondon la kami 2 beranak. Beli di Madinah jubah ni.
Ummi gi haji umur dia genap 10 bulan, hari berangkat tu. Kami balik haji, dia dah 11 bulan ½, dah mula nak bertatih. Allahu Akbar, bila ingat balik memang syahduuuu, auto mata berair ☺️
Dah penat mengemas dan penat melayan kenangan pi la beli kopi sat...
Kopi Ais Mamak jer ... :D
Sudi² baca: KLMJ #1 🤗
Uncle kalau mengulit kenangan time berkemas... sedar2 tak siap kerja... hehehehe
ReplyDeleteSy set kan time Uncle, kalau ralit sangat mmg kena stop hehe
DeleteAda beberapa lagi barang baby yg masih disimpan hehe sayang nak let go.
ReplyDeleteMasih rasa sayang, simpan la dulu sampai betul² kuat nak let go hehe
DeleteWah, bagusnya PH simpan lagi semua barang baby... saya dah bagi kat orang dah 😅 sebab kiteorg ni asyik berpindah-randah sebelum ni, makin lama rumah makin 'comel' sbb tu tak dan nak simpan walaupun rasa sayang.
ReplyDeleteNow dah let go dah sis, except for a few hehe...
DeleteAnak Singa tu nak minta wetut mahal tu...tu yang bodek nak tolong kemas.
ReplyDeleteCie dah lama berpisah dengan baju2 baby. Bagi kat anak buah yang dah ada baby. Kiranya cucu2 Cie la pulak. Anak yang kecik pun dah 11 tahun.
ReplyDeleteMemang betul-betul PH mengulit kenangan ni.
ReplyDeleteSaya dah lama tak bongkar kenangan ... ahaks!
PH pergi haji masa anak-anak masih kecil, mesti kenangan yang tak dapat lupa, dan rasa sedih juga ye. Comei anak singa tu, cubit dia sikit, sebab suka menyibuk. :D
ReplyDeleteLama betul simpan tu... siap barut dan mitten ada lagi.
ReplyDeleteTakpelah PH.. lepaskan sedikit demi sedikit.
Dania punya dulu dah bagi orang rasanya termasuklah katil baby besar...Sa dh x simpan kenangan tu dah
ReplyDeletegeram tgk anak singa cute tu hahhaha
ReplyDeleteKita beda kak, kalo saya memang jarang ingat kenangan kalo liat barang2 lama. Dalam mindset saya, kalo tak pakai lagi, berarti buang atau donasi 😅. Beda dengan suami. Dia sangaaaat sentimentil terhadap barang🤣. Masih banyak yg disimpan dengan alasan banyak kenangan 😄
ReplyDelete