Saturday, 3 May 2025

Jamu Selera di Medan Selera Sg Pusu

Pagi ni sarapan di luar. 


Ini baru separuh meja 🫣
Order dari gerai berlainan itu yang pelbagai juadahnya tu. 
Mula² order Lempeng Pisang di gerai ni. 
Mula tu pelik juga Ummi, Lempeng Pisang makan sambal tumis. Tapi okay je. Tekak Ummi ni alhamdulillah semua boleh terima. 

Then order juga Lontong Sambal Tumis semangkuk. Selalu tengok SK makan lontong, telioq la kita pun 😁


Kami duduk dekat gerai Acik ni. 
Lama dah Acik ni niaga di sini dan kami bukan first time makan di sini. Roti canai Acik ni sedap, airtangan orang lama. Nasi lemak Acik tak banyak sangat lauknya. Ada sambal kerang, sambal paru, ayam goreng dan daging goreng kunyit. Selain tu bihun goreng. 

Roti Bakar sedap ni order dekat Waktu Coffee ni. Ada nasi lemak juga. 

Medan selera ni depan main entrance Kolej Vokasional Gombak (KVG). Ramai geng basikal parked kereta atau bersarapan di sini sebelum mengayuh ke jalan lama Gombak- Bentong. 

Gerai Acik;
Nasi Lemak Ayam Goreng 1
Nasi Lemak Daging Goreng Kunyit 1
Nasi Lemak Sambal Paru 1
Bihun Goreng Sambal Sotong 1
Roti Kosong 3 
Teh Tarik 3 
Air kosong 3 
Kecuali air kosong (percuma), total RM39.00.

Secret Cafe;
Lempeng Pisang - RM2.50/set
Lontong Sambal Tumis Bilis - RM7.00

Waktu Coffee;
Roti bakar - RM3x2 set

Abang ada tapau juga nasi goreng dan kuih dari gerai hujung belah sana. 

Gerai hujung ni berkembar dengan outlet Agrobazar. Banyak jenis makanan RTE dekat sini. Angah beli Sambal Bilis Garing nak bawa balik ke asrama. Ummi pun lupa nak beli extra, boleh bagi dekat kawan² yang nak berangkat ke Mekah nanti. Pek kecik² senang nak bawa. 

Produk jenama Teega

Alhamdulillah. 







12 comments:

  1. Best juga gerai banyak2 tu boleh order serba sedikit.

    ReplyDelete
  2. Sayapun sula pergi tempat banyak gerai sebab pilihan pelbagai kalau ramai datang makan sekali.

    ReplyDelete
  3. Menarik nya tengok RTE semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... Ralat pulak Sy pun tak beli . Ni dok teringin pulak πŸ˜…

      Delete
  4. Sedap lempeng pisang tu... nak buat malas sebab sorang je yang makan kat rumah huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya pulak tak pandai buat lempeng pisang, tapi suka makan 😁

      Delete
  5. nampak sedap semuanya...lama x makan lempeng pisang..kat rumah x leh makan sebab PZ akan makan nanti..PZ x leh makan pisang..

    ReplyDelete
  6. Dari sekian banyak menu, nasi lemak tetap akan jadi fav saya πŸ˜„πŸ˜„. Kalo lontong di sini juga Macam2 jenis soalnya. Tp nasi lemak yg betul2 macam di Penang, KL, susah nak cari πŸ˜„

    ReplyDelete
  7. best mkn kt tmpt yg ada byk gerai cmni sbb blh try byk menu!

    ReplyDelete
  8. kalau ammi lempeng pisang makan gitu je dah onzzz sebab dah mmg sedap rasanya

    ReplyDelete