Friday, 7 March 2025

Catatan 6 Ramadhan 1446H

Sedar tak sedar, hari ni Jumaat pertama ye di bulan Ramadhan. Kalau semalam redup dan basah hampir sepanjang hari, hari ni matahari kembali bersinar terang. 

Ke makam bonda pagi ni ❤️
Kasih, sayang, rindu yang tak pernah surut...
Kata UAI bila kita mengaji (baca Quran) rahmat turun ke atas kita. Jadi bila kita baca Quran di kubur (biasanya Surah Yasin), mudah-mudahan rahmat Allah turut turun kepada penghuninya. 

Hari ni sahur lauk sama dengan berbuka. Memang setiap hari masak lebih utk sahur sekali.

Menu sahur;
Nasi Putih 
Kari Ayam 
Sambal Belado 
Bayam Goreng Celup Tepung 
Ikan Pekasam 
Ulam timun & tomato ceri


Untuk berbuka, lebih meriah hari ni sebab Abang Angah PB. 

Menu berbuka; 
Nasi Putih
Asam Pedas Ikan Senangin 
Pucuk Paku Goreng Belacan 
Leftover - Kari Ayam, Ikan Pekasam  

Pucuk paku beli semalam. Hari ni pun masih segar, hijau² lagi. Memang pucuk paku baru petik agaknya. Kakak requests buat goreng belacan, Ummi follow...

Walid ke ofis Shah Alam hari ni. Jadi, beli juga lauk pauk dari sana;
Kari Ayam 
Kurma Daging
Ikan Cencaru Bakar 

Lepas tu order juga Roti John dan murtabak Pak Tam. Murtabak tu menu wajib bagi Walid :D Airnya Angah & Kakak buat air sirap Bandung. Walid beli juga Teh Tarik.

Alhamdulillah. 


9 comments:

  1. Ya sama la masak lebih untuk sahur sekali jadi sama je la lauk sahurnya.

    ReplyDelete
  2. haah sama Ana pon masak lebih sikit utk sahur

    ReplyDelete
  3. Geng pulak kita masak ikan senangin. Sama jugak, masak berbuka tu utk sahur sekali, senang, tak payah fikir banyak kali.

    ReplyDelete
  4. Kalau malas masak sayur, timun la jadi penyelamat kan senang kerja potong2 je.

    ReplyDelete
  5. Biasanta begitulah, masak lebih untuk berbuka. Waktu sahur panaskan saja.

    ReplyDelete
  6. Sama ulam kita, timun dan tomato. :)

    ReplyDelete
  7. Hantar sini pucuk paku goreng belacan... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Pucuk Paku goreng belacan best nya.

    ReplyDelete