Sedar tak sedar, hari ni Jumaat pertama ye di bulan Ramadhan. Kalau semalam redup dan basah hampir sepanjang hari, hari ni matahari kembali bersinar terang.
Kasih, sayang, rindu yang tak pernah surut...
Kata UAI bila kita mengaji (baca Quran) rahmat turun ke atas kita. Jadi bila kita baca Quran di kubur (biasanya Surah Yasin), mudah-mudahan rahmat Allah turut turun kepada penghuninya.
Hari ni sahur lauk sama dengan berbuka. Memang setiap hari masak lebih utk sahur sekali.
Menu sahur;
Nasi Putih
Kari Ayam
Sambal Belado
Bayam Goreng Celup Tepung
Ikan Pekasam
Ulam timun & tomato ceri
Untuk berbuka, lebih meriah hari ni sebab Abang Angah PB.
Menu berbuka;
Nasi Putih
Asam Pedas Ikan Senangin
Pucuk Paku Goreng Belacan
Leftover - Kari Ayam, Ikan Pekasam
Pucuk paku beli semalam. Hari ni pun masih segar, hijau² lagi. Memang pucuk paku baru petik agaknya. Kakak requests buat goreng belacan, Ummi follow...
Walid ke ofis Shah Alam hari ni. Jadi, beli juga lauk pauk dari sana;
Kari Ayam
Kurma Daging
Ikan Cencaru Bakar
Lepas tu order juga Roti John dan murtabak Pak Tam. Murtabak tu menu wajib bagi Walid :D Airnya Angah & Kakak buat air sirap Bandung. Walid beli juga Teh Tarik.
Alhamdulillah.
Ya sama la masak lebih untuk sahur sekali jadi sama je la lauk sahurnya.
ReplyDeletehaah sama Ana pon masak lebih sikit utk sahur
ReplyDeleteGeng pulak kita masak ikan senangin. Sama jugak, masak berbuka tu utk sahur sekali, senang, tak payah fikir banyak kali.
ReplyDeleteKalau malas masak sayur, timun la jadi penyelamat kan senang kerja potong2 je.
ReplyDeleteBiasanta begitulah, masak lebih untuk berbuka. Waktu sahur panaskan saja.
ReplyDeleteSama ulam kita, timun dan tomato. :)
ReplyDeleteHantar sini pucuk paku goreng belacan... hehehehe
ReplyDeleteterliur pucuk paku tuuu
ReplyDeletePucuk Paku goreng belacan best nya.
ReplyDelete