Monday 4 November 2024

Recap Cuti Deepavali

Cuti Deepavali 5 hari tu kami tak ke mana. Rabu dan Jumaat Walid kerja. 

Day 1: Rabu 

Walid kerja, jadi Ummi dengan anak⁴ lepak di rumah je. Set masa untuk depa belajar pagi dan petang supaya bermanfaatlah cuti ni. Buka sekolah ni masing² dah nak UASA. 
Ummi pun duduk sekali dengan depa, marking buku aktiviti depa. 

Abang joined Seminar PAT by Cg Yasir ni. Antara cikgu yang bagus utk kelas online. Ajar dari basic termasuk cara nak guna calculator kata Abang.

Regi juga Abang kelas Cg Redzwan ni. Ambil dua² kelas Math & Add Math. Yuran CR harga rahmah, RM50 /subjek (4x kelas). Angah dulu belajar dgn CR ni utk persediaan UKKM dan PKSK. Serasi dia dgn CR ni. Abang pun pernah joined kelas CR sebelum ni. Ada rakaman itu yang bagus, boleh buat rujukan jika kurang faham. 

Malam kami keluar makan² sempena bday Kakak

Day 2: Khamis (Deepavali)

Kelas Intensif Hafazan Angah mula hari ni, hingga Sabtu. Online je kali ni sebab 3 hari je. Sehari 2x tasmik. Dia sendiri requested utk join jadi kami daftarkan. Yuran RM50, 6 sesi. Anjuran sekolah dia. 

Petang tu juga Walid bawa Abang shopping seluar slack dia. Seluar sekolah yang kami tempah tu dah hancusss 🤭 Ingatkan tempah awal tahun ni rupanya tahun lepas, padanlah dah menipis :) 

Day 3: Jumaat

Sambung revision...

Kakak dah mula menghafaz utk UTH (Ujian Tilawah & Hafazan) UPKK. 

Layan Adik main Sahibba. 

Day 4: Sabtu 

Pagi² kami dah keluar ke Arena Sukan KL. Kemudian pergi breakfast di Taman Melati. Pilih Taman Melati tu sebab nak ke KL East Mall, nak cari kasut Abang. Paksu Hasif bgtau Walid dia beli kasut dekat KL East Mall. Paksu Hasif pun kaki saiz international macam Abang juga. 

Parked kereta betul² depan main entrance. Kedai buka pukul 10, pukul 9.45 gitu kami dah sampai.  Seram tengok rate valet parking ni RM23 🫣. Tapi sebab belum pukul 10, so takdelah sesiapa mai kutip bayaran. Yang kelakarnya, Walid dengan Abang pusing satu mall tak jumpa kedai yang Paksu Hasif cakap tu... Rupanya kedai tu dekat Melawati Mall! Mujurlah dekat² dua² mall ni. 

Ke sini pulak ...

Abang dan Walid masuk MM. The youngest 3 tu main kat playground while me dok mengimbau kenangan kerja dekat area sini dulu :) 

Dulu syarikat selalu berurusan dengan YGMB ni utk urusan tiket penerbangan. Masa ni Cik Izah handle tiket. Ummi tak sure sangat apa urusannya tapi selalulah disebutnya YGMB ni. 

Kadang Ummi selalu juga parked kereta dengan tepi sana tu (dekat kereta merah). Senang parking dekat sini sebab belakang petak parkir lorong. Kalau parking depan ofis, ruangnya sempit. Masa tu bawa Iswara, takde sensor belakang jadi kena pandai² lah agak. 

Kadang parking juga di lorong belakang ni. Ada sekali tu purse dan spek hitam Ummi tercicir dekat sini. Letak atas tiba agaknya so bila bangun terjatuh. Dalam purse tu ada kad dentist, selain ic, kad bank dan lesen memanduKlinik tu call bagitau ada orang hantar purse Ummi tu  ke klinik depa, dekat Greenwood.  Zaman tu smart phone belum wujud, socmed pun belum berkembang. 

Tapi, spek hitam takde. Syukur sangat dah, tapi sedih juga sebab spek hitam tu pemberian Pakcik, masa Convo Ummi. Apapun, alhamdulillah yang jumpa tu budak baik, depa  berusaha return purse tu. Semoga Allah balas jasa baik mereka. 

Malam Abang joined kelas Bio pula. Regi dia sebab cikgu bio di sekolah dia MC lama. Ada cikgu lain ganti tapi Ummi suruh dia put extra effort dgn join this class

Alhamdulillah bermanfaat jugalah cuti Deepavali ni untuk anak⁴ Ummi. Walaupun tak lekang dengan phone, dengan TV tapi ulangkaji tu buat jugalah. Jadual UASA depa semua pun dapat dah. November ni penuh dengan exam la nampaknya. All the best kids 💪🏻




Sunday 3 November 2024

UASA F4 ~ Good Luck Abang


Semalam hantar balik asrama, hari ni dia start UASA @ PASA. Result PPT kurang memuaskan, harap utk UASA ni lebih baik. Masa PPT, dia demam kali ni harap kekal sihat, no more excuse ye Abang. Kata nak naik pentas lagi kan... 

Minggu kedua & ketiga subjek elektif. Abang kata utk subjek hafazan nanti, dia kena tasmik on the first day, sebab Abang dah khatam hafazan. Sebelum khatam dulu pun turn Abang selalunya awal, jadi orang first pun pernah sebab dia hafal laju. 

Rasanya tangan Abang tu.
Nampak tangan pun Umminya excited, padahal baru semalam jumpa 😁

Good luck anak² semua. 
Buat sehabis baik. Result UASA F4 ni dengarnya berguna utk apply scholarship bagi certain institutions/companies selain result SPM. 

Semoga dipermudahkan dan cemerlang semuanya 🤲🏻

Nasi Lemak Kambing Perap

Menu nasi lemak ni memang ada dalam perancangan Ummi untuk cuti Deepavali ni. Biasa kalau semua ada baru Ummi rajin masak nasi lemak :) 

Mula tu nak regukan dengan ayam goreng (dah kumpul drumsticks), then beli sotong katak rasa nak buat sambal sotong pulak. Last² yang jadinya Nasi Lemak Kambing Perap. 

Kambing Perap Pak Mat Western la, mana lagi. Gunting kecik²  senang nak makan dan jimat gitewww 🤭

Tengok sambal bilis SA, Ummi terliur. Cubalah juga reneh lama² dan letak air lebih. Pedas sikit  tapi semua suka dan kata sedap alhamdulillah. 

Nasi cantik, tapi telur rebus tak berapa cun. Kukus sambil masak nasi (2-in-1 rice cooker), selalu elok hasilnya. 

Apa pun syukur, rezeki dari -Nya 🤲🏻 




Saturday 2 November 2024

Breakfast @ Kedai Marvelous

Finally tahu juga nama kedai makan yang famous di Taman Melati ni. Ada rakan maya bagitau 👇


Cumanya tadi masa nak order Ummi nampak staff-nya pakai baju bertulis Nasi Campur T. M. Tukar nama kedai ke atau sekadar promosi di baju, Ummi pun tak pasti. Tertera juga tagline kedai di baju yang dipakai; The Best Nasi Campur in Taman Melati. Rasanya Ummi setuju, sebab nasi campur dekat sini memang best. Banyak pilihan lauk 👍🏻

Ummi pilih soto. Sedap, sampai nak licinlah hirup kuahnya tu. Sambal kicap pun sedap. Kakak ambil set mee kari tapi dia minta letak kuah soto. Untuk mee kari dan soto ni depa dah letak siap² dalam mangkuk. Bila customer nak baru dituangkan kuahnya. Angah ambil nasi lemak + sambal sotong + rendang ayam + telur mata. Baru exercise sejam, makan macam ni 😅

Abang pun nasi goreng segunung 🤭
Regu dengan Sambal Tempe + Kentang+ Kacang Panjang. 

Walid ambil nasi putih + kari daging + telur dadar. Adik pula nasi lemak + rendang ayam kampung + telur mata. Habis sepinggan dia makan. Anak⁴ Ummi semua tengah membesar, semuanya selera besar belaka sekarang ni 😁

Airnya 3 air kosong (depa bagi gelas berisi ais & air mineral 500ml), limau suam, Horlicks ais, Teh O dan kopi O. Harga makanan & minuman semuanya RM54. Okay kan harganya? 




Riadah @ Arena Sukan KL

Hari ke-4 cuti sekolah sempena Deepavali kami ke Arena Sukan KL untuk beriadah. Hujung minggu Walid cuti, panjanglah sikit langkah. 

Kali ni kami masuk ke kawasan parkir, belakang main entrance. Ada mini playground dekat sini. Sebelum ni tak perasan sbb kami dropped off je Abang Angah depan sana. 

Rezeki kami, Angah & adik² dia FOC je. 
Cashless ye. 
Vending machine pun guna debit card dan e-wallet juga. 

Ada beberapa orang runners & joggers yang dah sampai. Depa memang run & jog ye. Ada yang tengah rekod masa larian, tengah training dgn coach dia etc. Ummi je yang leha² haha...

Padang ni takde orang sewa masa ni. Abang Angah minta izin staff ASKL ni utk sepak² bola (Angah bawa dari rumah), dia bagi je. Ada la juga 1 family lain main² juga dekat gol lagi satu. Kalau datang satu team tu mungkin kena sewalah agaknya padang ni. Khamis kelmarin kawan² Abang datang mai bola lagi dekat sini, tapi Abang tak join. Ada tuition. Buka sekolah Isnin ni UASA. 

Kakak masuk acara 4x200 KESUSRAI nanti. 
Tak tahulah Ummi, aktif sungguh hat sorang ni 😇 Risau sebab KESUSRAI, trial UPKK dan UASA dia back to back bulan 11 ni. 

Kemudahan² yang ada di sini. 

Dalam sejam juga kot dekat sini. Sempatlah ke tandas. Fasiliti elok, ala² tandas hotel cuma dari segi kebersihan kena pertingkatkan. Kurang bersih dan kurang terjaga. Sayang sebab tempat ni baru dan elok, biarlah dijaga sebaiknya. 


Friday 1 November 2024

Bday Dinner @ Polperro Sri Gombak

Sempena bday Kakak , Walid belanja makan di Polperro Sri Gombak ni. Baru buka 2-3 bulan lepas. Kami tunggu special occasion, baru mai rasmi :) 

Yang diraikan...
Beli pavlova je sebiji, buat raso². 

Cakes & pastries ni ada dekat certain outlet Polperro je, bukan semua. Ikut pada nota dekat menu ni la... 

Harga tu standard Western restaurant la kan...
Berbaloi dengan portion, service, rasa dan juga suasana dalam kedai pun nyaman dan selesa wpun kami pergi malam cuti Deepavali tu, restoran ni full house

Angah: Nasi Goreng Chicken Chop. Airnya kemain nama pun; Sweet Like You 😁

Abang: Chicken Chop Combo. Ada udang 2 ekor. Coleslaw dia mantap 👍🏻 

Adik: Pasta Carbonara w Grilled Chicken Chop. Tak tau betul ke tak nama menu haha... Resit dah buang kot. 

Walid: World Platter
Menu ni kami share. Grilled Lamb dia besar² alhamdulillah semua boleh merasa. 

Ummi: Meaty Fried Rice. Sedap! Aksesorinya banyak termasuk fish cake dan mixed vege.  Daging pun banyak ye. Sama banyak dengan nasi kot 😁

Kakak: Butter Rice Chicken Chop 

Air Pink Lemon ni paling sedap bagi Ummi. Yang lain pun sedap, cuma PL ni outstanding

Makanan Kakak paling lambat sampai. 
Pinggan kitorang ada yang licin dah 😅
Semua² ni RM187++ (inc taxes). 

Alhamdulillah sangat puashati makan di sini. Sedap, mengenyangkan, selesa dan layanan memuaskan. 

Polperro Sri Gombak 
87 & 89, Jalan SG 3/1
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves 
Selangor