Thursday 19 September 2024

Silverlake Village Outlet, Batu Gajah

Bersebelahan dengan Galeri Rumah Lat ialah Silverlake Village Outlet. Walaupun bersebelahan, kena naik kereta jugalah ye. Silverlake ni satu projek baru untuk bangunkan Batu Gajah. Akan ada resort dan kawasan perumahan di sekitar sini. Tempat ni berhampiran tasik (bekas lombong rasanya), cantik pemandangan di sini. Mungkin tempat orang ramai beriadah di sebelah petang. Sebelah pagi ni nampak sunyi je. Paddle boats pun masih di tepi tasik... 

Dari main entrance, terus ke North Village. Dekat main road nampak signboard West Village, tak sure masih dalam pembinaan atau dah siap. 

Banyak outlet kosong lagi. SVO ni dibuka late last year, belum 100% lagi kedai² dalam ni yang beroperasi. 

Rizman Ruzaini 😍
Opposite RR, Al Ikhsan, dua² ni belum beroperasi. Abang kata SVO ni macam Melaka Premier Outlet, tapi sana lagi meriah dan ramai orang. 

Antara several brands yang dah buka... 

Ummi ajak Kakak masuk Nala ni, tengok apa yang ada... 

Ada jual baju dan beg juga... Beg cantik² tapi harga pun 'cantik' juga :D 

Kejap je dekat SVO ni, takde apa nak dibeli pun. Walid je beli T-shirt sehelai. 

Kemudian perjalanan kami diteruskan lagi...

Bye bye Batu Gajah...  
Kami nak ke destinasi seterusnya.



Wednesday 18 September 2024

Tayar Pancit Pulak 🤦

Sebelum ke Galeri Rumah Lat tu kami singgah bersarapan di sebuah kedai ni, di pekan Batu Gajah. Lupa nama kedainya, tapi sebelah je dengan Poliklinik Dr Azhar & Rakan². Itu pun jenuh juga mencari kedai makan, sebab kebanyakannya tutup hari Ahad. 

Sedap nasi lemak dan lauk²-nya. Ada sambal kerang, sambal bilis petai, sambal udang dll... Kuah sambal dia sangat sedap, teringat² :D 

Lauk tengahari pun dah mula dibawa keluar. Walid ambil gulai telur, pun mabeles 👍

Lepas bayar, baru perasan satu tayar kereta belakang pancit. 

Ada paku daaaa ... 

Setel hal tayar, perjalanan kami teruskan ke Batu Gajah. 

Nampak masjid cantik ni tepi jalan, berhenti sekejap ambil gambar. 

 Banjaran Titiwangsa, kan? 
Cantik sangat view di sini. Awan pun lawa, berkepuk². 


Ke Galeri Rumah Lat, Batu Gajah

Dato' Lat (Dato' Mohammad Nor bin Mohammad Khalid) adalah seorang kartunis tersohor. Kampung Boy karya beliau sangat terkenal dan ramai di kalangan kita 'membesar' bersama karya beliau. 


Di kesempatan yang ada, kami ambil peluang untuk berkunjung ke Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah. Dari Meru Raya ke Batu Gajah lebih kurang 30 minit sahaja. 

Masuk adalah percuma, cuma kita diminta menulis nama dan bilangan ahli keluarga/rombongan. Mungkin utk rekod pihak galeri. 

Kawasan ni terbahagi kepada 2 bahagian; replika rumah keluarga Dato' Lat (seperti dlm buku Kampung Boy) dan galeri yang mempamerkan sejarah hidup DL, hasil karya dan kolaborasi DL bersama jenama² besar negara. 

Dirasmikan pada tahun lepas, kira baru lagilah tempat ni. 

Memang istimewa bakat yang Allah anugerahkan kpd beliau. Lukisan beliau mampu membangkitkan nostalgia masa lalu dan sangat relatable dgn kita. 

Lat = Bulat :D 

Kusyuk baca kartun² hasil karya DL. Depa tak pernah baca buku DL tapi kenal DL melalui Siri Kampung Boy di kaca TV. Dan bila diberitahu DL ni abang kpd arwah Mamat Khalid bertambah teruja meteka. Sebab semuanya peminat Hantu Kak Limah dan Kampung Pisang Bersiri-siri :D 

Peminat² DL juga berbilang bangsa. Ada family Cina, India yang kami temui di galeri ni. Teringat pulak dekat  Mrs Hew, guru BI DL yang sangat ikonik wataknya dalam Kampung Boy. 

Buku DL yang warna hijau (middle row) tu Paklong ada beli dan bawa balik ke kampung. Dari situlah Ummi kenal karya DL. 

Pelbagai anugerah/penghargaan yang diterima oleh DL. 

Kedai cenderamata. 

Replika rumah keluarga DL bersebelahan galeri. 

Setiap sudut rumah dihiasi frame karya DL yang berkaitan dgn ruang tersebut. 

Dapur kayu, sebijik macam dapur rumah arwah Tok, sebelum kami gunakan dapur gas. Malah Ummi masih ingat kenangan kami cari kayu api di bukit untuk kegunaan dapur. Kayu getah yang dah dipotong, diikat dan dijunjung di atas kepala. 

Ini pun nostalgia juga... Petang² duduk di pangkin bawah rumah sambil teman arwah Tok Wan gobek pinang dan minum kopi. 

Satu inisiatif yang sangat baik oleh pihak kerajaan. Semoga legasi Dato' Lat terus dipelihara dan dikekalkan utk tatapan generasi muda. 

Galeri Rumah Lat 
Lot 365404, Jalan Bemban
31000 Batu Gajah
Perak
Waktu operasi: 10.00 pg - 5.00 ptg 
(Jumaat tutup jam 12.15 t/hr -2.45 ptg utk solat Jumaat) 

Kome² yang duduk di Batu Gajah atau datang ke sini jangan lupa ye singgah di Galeri Rumah Lat ni. Tak rugi singgah 👍

Tuesday 17 September 2024

Bermalam di Meru Raya, Ipoh

Sekali lagi kami memilih Sun Inns sebagai tempat bermalam. Hanya tinggal 1 bilik deluxe (RM115/night) available, rezeki kami. Sekadar nak bermalam tu bolehlah, bukan utk selesa. Bilik kami dapat kali ni pun memang kecik. Bilik untuk 2 orang, kita sumbat 6 orang 🤭 Nak minta bilik extra tapi semuanya fully booked. Bilik family yang selalu kami tempah pun sold out

Hari tu kan ramai sangkut dalam traffic jam, jadi ramai juga yang cuba walk in. Sayang, takde bilik kosong untuk mereka. 

Kami suka menginap di hotel ni sebab lokasinya sangat dekat dengan highway, selain dekat dengan segala kemudahan; Mydin, kedai² makan dsbnya. Hotel pun ada lift. Cuma rasanya pihak pengurusan kena refurbish hotel ni. Contohnya tilam, dah sampai masa untuk tukar kot. Rasa macam naik buai bila baring atasnya 😆 Spring dah out agaknya. Buatlah sesuatu supaya hotel ni terus jadi pilihan pelanggan. Location wise, price wise semua okay dah. It's just need some refurbishments. Aircond pun lambat nau nak sejuk :( 

Dinner malam tu kami makan di kedai berhampiran Petronas tu je. Kedai² area hotel tu semuanya nampak penuh je

Mee Celup.
Hujan malam ni lagilah sedap hirup sup panas² ni. 

Lepas makan, balik hotel ingat nak tidur. Rupanya ada event dekat area dataran depan Casuarina tu. Ada konsert, sampaikan dekat bilik kami pun boleh dengar dengan jelas. Makanya, midnight (habis konsert) jugalah baru boleh tidur pun 😴
 








Monday 16 September 2024

Kita Hanya Merancang

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. 

Rancangan asal, cuti sekolah ni kami nak ke Mersing. Dah booking hotel sejak 2-3 bulan lepas. Kali pertama Ummi & Walid ke Mersing masa cuti CNY, bulan 2 tahun 2008. Cadangnya kali ni nak revisit Mersing bersama anak⁴. Makin dekat dengan cuti sekolah rasa macam ada kekangan ke sana, berat hati. Walid pun asyik outstation ke Johor sejak bulan lepas, banyak belanja. Cancel booking hotel di Mersing, kami tukar plan ke Pahang pula, cari tempat yang dekat² sikit dengan Selangor, jadi tak perlu travel jauh dan dapat kurangkan kos harapnya. Masa dah suntuk, tak banyak tempat yang available. Akhirnya dapat juga booking homestay di Jengka, Pahang. Tapi hati masih berkira² nak bayar deposit, as if ada juga halangannya. Teragak² kata orang Kedah :D 

Rupanya ada undangan istimewa, dari seseorang yang istimewa juga ke majlis perkahwinannya. Maka, berubah lagi destinasi percutian kami. Lagi struggle nak cari tempat bermalam, sementelah jemputannya hadir seminggu sebelum cuti sekolah. 

Sabtu 14.9.2024 

8.30 pagi di Sri Gombak, trafik dah sesak. Kiranya kami sebahagian penyumbang kesesakan luar biasa jalan raya kali ni. 

9.30 baru sampai sini 😬
Lama dah tak kena traffic jam teruk macam ni, kalah balik raya gayanya. Pukul 11 lebih baru sampai Behrang. 3 jam tak keluar dari Selangor lagi huhu... Singgah for toilet break sekejap, itu pun kemain sesak tandasnya. 

Anak⁴ dalam kereta dah macam² ragam, macam² aktiviti depa...

Abang ada tuition Math. Mampu dia joined  online class tu 2 jam dalam kereta. Kalau Ummi pening dah 😅
Function ye phone holder Angah bagi tu :D 

Ni sorang lagi, baca komik dalam kereta. Ummi tengok phone dalam kereta pun pening, inikan pula nak baca buku :D 

Nak hilangkan stress, penat dan mengantuk hadap traffic jam ni, makan la jawabnya. Cheese tart memang Ummi order utk makan sendiri, bukan nak dibawa ke rumah kenduri. 

Trafik sesak kedua² hala. 
Ada beberapa kali juga kami nampak accident :( 

Akhirnya, jam 3.00 ptg baru kami sampai di rumah kenduri. 6 jam ½ ye perjalanan kami dari Gombak ke Ipoh kali ni. Bak kata Husin, 
"Dahsyat gilerrr" :D 
Kenal Husin? Ala, Dato' Awie, dalam Zombie Kampung Pisang tu :) 

Alhamdulillah terlaksana hajat meraikan jemputan kesayangan Ummi sorang ni, walaupun pelbagai rintangan dilalui :D 

# Tak sempat blog walking, soon Insha Allah 😌









 


Sunday 15 September 2024

Kipas Leher

Walid meeting di Johor Port Isnin lepas. Balik tu adalah buah tangan yang diberi oleh pihak sana kepada peserta meeting

Set straw besi, pen dan leafless neck fan beserta non woven bag. Benda² tu semua biasa dah Ummi tengok/dapat tapi yang kipas leher ni first time tengok 🤭

Tapi anak² sekarang ni kan advance, depa tau semua. Siap demo dekat Ummi cara nak guna :D 

Sangkut dekat leher, on button nanti rasalah angin keluar ikut lubang² tu. Ada button untuk adjust kelajuan juga. Tapi kalau buka high speed tu bising, macam kita letak muka dekat dengan stand fan haha...Ada juga orang terfikir nak reka fan gini kan... 

Fan ni chargeable, ada disertakan kabel pengecas ataupun boleh je charge guna charger handphone

Function jugalah benda alah ni. 
Angin kuat 👍

Saturday 14 September 2024

It's School Holiday!


Alhamdulillah sekarang kalau cuti sekolah dah tak jadi singa, jadi mama bear je :p Fasa depa bergaduh, berebut mainan segala dah lepas.  Masing² dah besar, Ummi  tak payah nak bertempik macam Tarzan dah 🤭 Paling best boleh suruh depa tolong buat kerja rumah :D  

Jumaat Ummi jemput hero² balik dari asrama. 
Gambar lama, kelmarin hujan lebat tak sempat ambil gambar. Lencun anak soleh Ummi. Dengan Ummi sekali basah, tolong angkat barang. Kena kosongkan loker sebab asrama akan digunakan utk penempatan peserta program anjuran KPM kot. 

Masa balik ke rumah tu, teruk juga traffic jam-nya, sebab kenderaan dah mula banyak menghala ke Tol Gombak. Merangkak² jugalah sementara nak boleh masuk ke Sri Gombak. Fenomena biasa bila cuti sekolah, cuti perayaan. 


Walid la yang teruk hadap traffic jam Jumaat lepas. Lepas Jumaat gerak dari Benut, lepas Isyak baru sampai rumah. 

Bawa balik ayam goreng dari Benut. Ayamnya masih dijual dgn harga seringgit/seketul. Besar, dan sedap pulak tu 👍 

Selamat bercuti, selamat berhujung minggu 🌹 

Penutup Bulan Kemerdekaan


Semalam berlangsung majlis penutup Bulan Kemerdekaan di SRAI. Adik pakai baju bertema Merdeka, manakala Kakak pakai baju PJ je.  Dah besar ni dia tak minat nak pakai baju² bertema ni, kecuali geng dia pakai sama. Tahun ni takde pertandingan baju Merdeka, sekadar dipakai untuk memeriahkan majlis. 

Selain tu ada beberapa acara dipertandingkan untuk memeriahkan sambutan. Antaranya pertandingan Basikal Berhias. 

First time rasanya ada pertandingan begini 👍 Basikal hias siap² di rumah, semalam bawa ke sekolah. 

Pertandingan Membina Replika KLCC Menggunakan Bahan Terbuang. Kakak nak masuk pertandingan ni tapi dah penuh. Pertandingan secara berkumpulan, ikut rumah sukan masing². Kagum Ummi tengok hasil kreativiti anak² ni 👍 

Ada juga pertandingan hias koridor, juga ikut rumah sukan. Penglibatan Kakak, tolong cikgu hias koridor rumah biru :) Adik pun tak masuk apa² pertandingan kali ni . 

Guru² lelaki sporting berkain pelikat dan berbaju Melayu semasa pelancaran bulan kemerdekaan bulan lepas. Cikgu² perempuan pula berkain batik dan berbaju kurung. Cantik pulak tema begini. 

Simpan sini untuk kenangan, walaupun takde penglibatan anak² Ummi kali ni :)