Meraikan Abang dan Adik Walid belanja makan steamboat di Rot Thai Sri Gombak. Lokasinya di ground floor Urban 360, berhampiran tapak pasar malam Sri Gombak.
Khemah kuning tu sentiasa penuh dengan pelanggan malam-malam. Ini yang membuatkan kami ikut teruja nak cuba makan steamboat di sini.
Harga dewasa RM30/pax dan kanak-kanak <12yo RM20/pax. Harganya berbaloi dengan pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Makanan pun sedap-sedap. Kedai bersih dan lokasi juga strategik, ample parking space.
Cuma, dari segi PR & customer service kena banyak improve. Kami dah booking table thru phone, bila sampai takde nama. Jadi, buat reservation sekali lagi dan booked table. Nak yang privacy sikitlah. Nanti lepas Maghrib kami datang semula. Eh, bila datang semula nama ada tapi table yang kami booked tadi dah diambil orang. Syukurlah masa tu masih ada meja kosong. Dekat kipas :p
Bab harga pula, personally berbaloi sebab pilihan makanan sangat banyak dan pelbagai. Masalahnya, sekarang cepat kenyang 😂 Masuk 2nd serving dah sengkak. Terasalah rugi disitu kan... Alhamdulillah makanan yang kami ambil tu semua habis cuma itulah, yang kami makan tu rasanya tak sepadan pun dengan 30 ringgit sorang. Dah tak berapa muda ni, makan pun tak boleh lebih-lebih, banyak-banyak 🤭 Jealous pulak tengok anak-anak muda angkut makanan penuh piring hihi .. Abang pun apa kurangnya, memang fasa tengah berselera makan :D Seronoklah bawa dia makan buffet.
Rot Thai Steamboat & Grill
B-G04, G360 Jalan Makmur
Taman Sri Gombak
68100 Baru Caves
Selangor Darul Ehsan
Berbaloi dengan harga begitu, makan yang disediakan pula banyak. Saya kalau bersteamboat, memang kosongkan perut dulu, tak mahu ambil makanan berat seperti nasi dan mi sebab nak meratah seafood puas-puas.
ReplyDeleteSy pula jenis nak kena nasi jugak, kalau tak rasa tak puas makan hihi ..
DeleteMakan stim bot cepat kenyang.
ReplyDeleteBetul tengok banyak pilihan.
Kan .. tapi sebenarnya kenyang tu sekejap je kan... Lepas tu rasamacam rugi pulak tak makan banyak 😅
DeleteBanyaknya pilihan, memang menggoda!
ReplyDeleteBetul PH, itu yang saya dan suami tak pergi makan buffet steamboat. Sebab dah berumur makan tak banyak, rugi pulak. Kot ada anak remaja tu berbaloi juga.
Ini pun sebab dah lama tak makan steamboat, teringin juga esp nak treat anak4... Tp si kecik tu makan aiskrim je banyak haha ..
Deletelama dah tak makan steamboat. mmg berbaloi rm30 tu, sini mmg takda rega camtu lagi
ReplyDeleteOh ye ke? I thought sana lagi murah esp seafood -nya...
Deletetu dia semua makanan nampak sedap belaka nyesal tgk malam2 ni terus lapar
ReplyDeleteSekali sekala layan tekak hihi ..
DeleteSori Mama, terlepas pandang tarikh GA tu...ingatkan 15/10 huhu
dapnye....
ReplyDeleteMurahnyaaaaa.....berbaloi-baloi makan ha..tp betul la..dh umur2 ni..makan sikit je dh sengkak perut
ReplyDelete