Tuesday, 6 July 2021

Mata Empat

Akibat terlalu kerap dan lama sangat mengadap dan menatap skrin sama ada skrin telefon, laptop atau pun TV makanya dah jadi rabun dekat. Ini semua kesan lama sangat 'kena kurung' agaknya. Asyik berkurung dalam rumah nak tak nak 3 gajet inilah yang asyik ditatap. Lagipun bila bekerja dari rumah pencahayaan di work station tak sama macam di pejabat. Inilah antara faktor penyumbangnya. Lama kelamaan, mata pun penat dan kabur!
Bukan sahaja mata, kata YDP PIBG sekolah anak-anak, ramai juga patient-nya yang mengadu anak-anak mereka mengalami masalah pendengaran. Side effect of prolonged PdPR kot :p 

Asyik sakit kepala je, especially bahagian depan (area dahi) maka cubalah periksa dengan optometrist. Bagai dijangka, dah rabun rupanya. 

Mata kanan lagi rabun tapi mata kiri ada silau. Confirm-lah kena pakai spek mata. Dengan bayaran RM149, lepas 4 hari siaplah spek mata Walid. 

Makanya pada 22/6/2021 secara rasminya Walid bermata empat ☺️


6 comments:

  1. Makin lama PDPR, makin rabunlah mata dibuatnya. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Kesan daripada online semua kannn? Memang letihhh mata hadap laptop dan telefon lama lama >.<

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya akan bertmbah baik nanti, faktor usia pun mungkin juga.

    ReplyDelete
  4. huuu.. sume online.. kena ngadap skrin..
    mata kita yg jd mangsa.. sabar jela..

    ReplyDelete
  5. Seksa bermata empat ni sebab perlu bergantung pada spek. Saya pulak rabun jauh. huhu

    ReplyDelete