25.2 | Jumaat hari terakhir persekolahan sesi 2021/22 kelas Angah buat jamuan akhir tahun, sekali lagi :D
Yang hadir (Team B) hanya 10 orang; 5 lelaki, 5 perempuan. Masa ni sekolah depa ada kes +ve Covid jadi ramai ibu bapa ambil langkah berjaga-jaga, rehatkan anak. Angah pun selepas seminggu Ummi rehatkan, last day ni baru ke sekolah. Bolehlah cipta kenangan dengan kawan-kawan. Kesian dia tak banyak memori dengan kawan-kawan. Dengan Team A pun dah berbulan tak jumpa :(
Ini pula yang Angah bawa balik ... Makanan banyak, cikgu suruh bawa balik sorang sikit...
Sorang banyak ni, bukan sorang sikit :D
Bihun tu banyak, dari tengahari hingga malam masih berbaki. Hokkaido cake tu dia ambil 2 biji untuk adik2 dia 🤗 Ummi pun order sekotak je, untuk dibawa ke sekolah.
Harapkan situasi akan lebih baik tapi nampaknya sesi persekolahan tahun 2022/23 ni akan diteruskan secara penggiliran juga, untuk pembukaan sesi 21/3 nanti :(
Sian bdk2 skrg kan PH... klu yg dah abs sek, mmg last day x jumpa la kengkawan sangat... ntah drg igt lagi ke idak kengkawan kelas tu hehehe... ni nak citer kenangan zaman sek kat anak cucu pun, x tau nak citer apa kan
ReplyDeleteMakanan banyak tapi budak-budaknya tidak ramai ada.
ReplyDeleteKasihan pula mereka.
sempat jugak sraisc buat jamuan.
ReplyDeleteal huda ari rabu tu tutup terus.
kes tinggi gila kat thun 1 dan thun 3
Alooo...hokaido cake tu saya suka sangat...lembut mulus memang menggoda selera..Semoga anak2 semua dimudahkan urusan belajar dalam suasana covid sekarang ni
ReplyDeleteSeronok jamuan style pot luck. Sedikit-sedikit dikumpul jadi banyak. Ada lebih boleh tapau bawa balik.
ReplyDelete