Sunday, 6 March 2022

Angah ~ Jamuan Akhir Tahun T4

25.2 | Jumaat hari terakhir persekolahan sesi 2021/22 kelas Angah buat jamuan akhir tahun, sekali lagi :D 


Yang hadir (Team B) hanya 10 orang; 5 lelaki, 5 perempuan. Masa ni sekolah depa ada kes +ve Covid jadi ramai ibu bapa ambil langkah berjaga-jaga, rehatkan anak. Angah pun selepas seminggu Ummi rehatkan, last day ni baru ke sekolah. Bolehlah cipta kenangan dengan kawan-kawan. Kesian dia tak banyak memori dengan kawan-kawan. Dengan Team A pun dah berbulan tak jumpa :( 

Ummi order Hokkaido Cakes dengan Acik Solehah. Konsep jamuan ni potluck. 

Ini pula yang Angah bawa balik ... Makanan banyak, cikgu suruh bawa balik sorang sikit...

Sorang banyak ni, bukan sorang sikit :D 

Bihun tu banyak, dari tengahari hingga malam masih berbaki. Hokkaido cake tu dia ambil 2 biji untuk adik2 dia 🤗 Ummi pun order sekotak je, untuk dibawa ke sekolah. 

Harapkan situasi akan lebih baik tapi nampaknya sesi persekolahan tahun 2022/23 ni akan diteruskan secara penggiliran juga, untuk pembukaan sesi 21/3 nanti :( 


5 comments:

  1. Sian bdk2 skrg kan PH... klu yg dah abs sek, mmg last day x jumpa la kengkawan sangat... ntah drg igt lagi ke idak kengkawan kelas tu hehehe... ni nak citer kenangan zaman sek kat anak cucu pun, x tau nak citer apa kan

    ReplyDelete
  2. Makanan banyak tapi budak-budaknya tidak ramai ada.
    Kasihan pula mereka.

    ReplyDelete
  3. sempat jugak sraisc buat jamuan.
    al huda ari rabu tu tutup terus.
    kes tinggi gila kat thun 1 dan thun 3

    ReplyDelete
  4. Alooo...hokaido cake tu saya suka sangat...lembut mulus memang menggoda selera..Semoga anak2 semua dimudahkan urusan belajar dalam suasana covid sekarang ni

    ReplyDelete
  5. Seronok jamuan style pot luck. Sedikit-sedikit dikumpul jadi banyak. Ada lebih boleh tapau bawa balik.

    ReplyDelete