Cedok dari resepi geng diet :) Tapi Ummi olah sedikit. Contohnya Ummi guna 4 biji telur kesemuanya berbanding resepi asal yang menyarankan untuk guna 3 telur putih & 1 telur kuning. Ikutkan garam pun tak perlu tapi Ummi letak juga, sekadarnya sahaja.
Resepi: Muffin Telur
Olahan: Puan Hazel
Bahan-bahan
4 biji telur - dikocok
Cendawan shitake - hiris nipis
Carrot - sagat nipis
Bayam - cincang/hiris kasar
Cili padi - hiris halus
Tomato ceri
Lada hitam
Ummi tambah:
Capsicum
Garam
Cheddar cheese
Cara-cara
1. Ummi chopped semua bahan sayuran menggunakan chopper.
2. Satukan telur dan sayuran.
3. Masukkan lada hitam dan garam.
4. Ambil muffin cups dan sapu sedikit minyak dalam cups tersebut. Tujuannya agar muffin tidak melekat.
5. Tuang adunan 3/4 cups.
6. Taburkan cheddar cheese
7. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit. Sebelum bakar tu, panaskan dulu oven ye.
Resepi ini juga boleh dikukus. Tapi Ummi tak pasti berapa lama tempohnya sebab resepi asalnya sangat ringkas, tidak disebut pun tempoh masa mengukus/bakar.
Resepi ni sangat mudah, mengenyangkan dan sihat. Sesuai untuk breakfast tapi tak kisahlah, buat lauk lunch pun boleh hihi...
Selamat mencuba 🤗
ok..boleh cuba ni nanti...
ReplyDeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteGuna banyak sayur-sayuran.
ReplyDeleteNampak sangat menyelerakan dan sihat :)
ReplyDelete