Tiba-tiba terasa nak makan steamboat... Biasanya kalau tekak tukang masak (Ummilah, siapa lagi :p) teringin nak makan sesuatu, terus on je. Dah kita sendiri yang nak masak, nak makan hah apa lagi zasss je lah.
Ummi buat kuah tomyam je... Versi campak-campak,, macam biasa. Tapi kali ni Ummi nak tulis bahan-bahan yang Ummi guna sebab terlebih sedap pula kuah tomyam kali ni haha... Next time senang Ummi nak rujuk, untuk seperiuk Noxca ni berapa sukatan air dsbnya. Sebab dah ada plan dalam kepala untuk repeat.
Lagi satu, kali ni Ummi guna secret ingredients sebab kehabisan pes tomyam. Godek-godek dalam peti ais, jumpa 1/2 peket pes asam pedas. Terjunkan dalam periuk still kuah tomyam Ummi nampak dull, tak berminyak. Kebetulan ada sepeket pes Oden Adabi, campurkan dalam kuah tu barulah nampak macam tomyam. Jadi, Ummi namakan kuah tomyam ni Kuah Tomyam Oden.
Resepi : Kuah Tomyam Oden
Sumber: Puan Hazel
Bahan-bahan
2-3 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
Daun limau purut - dicarik
Sedikit minyak untuk menumis
3 ketul kiub tomyam
1/2 peket pes asam pedas Adabi
1 peket pes Oden Adabi
3 jug air (+-3 liter)
1 kiub ayam Maggi
Saderi/daun ketumbar - dipotong kasar
Garam
Cara-cara
1. Panaskan minyak.
2. Tumis serai, bawang-bawang, halia dan daun limau purut hingga naik bau.
3. Masukkan 1 jug air dulu.
4. Masukkan 3 ketul kiub tomyam dan pes asam pedas. Kacau sebati. Biarkan mendidih sebentar.
5. Tambah air dan masukkan pes Oden pula. Kacau lagi.
6. Tambah air, jika perlu. Masukkan 1 ketul kiub ayam untuk 'melembutkan' (mengimbangkan) rasa pedas dan masam kuah.
7. Masukkan garam jika perlu.
8. Biarkan kuah mendidih. Sesuaikan rasa dan tutup api.
8. Masukkan saderi yang telah dipotong untuk menambah aroma pada kuah. Kalau ada daun ketumbar lagi sedap.
Bila nak makan, Ummi angkut Noxxa ke depan dan on butang stir fry. Bolehlah dimasukkan ayam, udang, sotong terlebih dahulu. Bila kuah mendidih, masukkan yang lain; fish balls, fish cakes, sosej, crab sticks, sayuran dsbnya. Off butang stir fry bila semua dah masak. Turn on semula bila reload bahan-bahan tadi supaya ianya tak terlalu masak, kembang dan lembik. Gitulah cara Ummi ber-steamboat di rumah :)
Selamat mencuba 🤗
Wah! Terserlah kreativiti masak memasak ni. Tomyam oden jadinya ye. Memang nampak meriah betul steamboat campak-campak tu.
ReplyDeleteBaru tahu Adabi ada pes oden.
ReplyDeleteSama Isnin lepas buat stim bot guna pes oden tapi masak dalam periuk nasi.
Terlebih sedap sebab guna pes asam pedas. Pedas tidak?
Nampak sedap kejaiannya
ReplyDeleteKombinasi pes yang sedap ni, pernah dengar orang gabungkan pes oden dengan asam pedas atau pes asam pedas dengan tomyum utk kuah oden yang sedap
ReplyDeleteprnh rakan sekerja buat resipi ni time potluck. perghhh, mmg sodappp
ReplyDeleteBest jgk main masak2 mcm ni dgn famili.. x keluar rumah better spend time mcm ni utk family bonding kn? Perut pn konyang
ReplyDeletemari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)