Sejak 1 Rejab Ummi dah booking homestay ni kalau tak silap... Siap bayar deposit. Tujuannya nak balik beraya di kampung. Tapi, sebab PKP raya di bandar je tahun ni.
Mula tu Ummi minta pemilik homestay hold dulu deposit, nak bring forward to raya haji. Tapi, bila dah boleh rentas negeri 9/6 tu, ajomm lah balik kampung. Mujur juga balik, raya haji ni belum tentu dapat balik. Anak-anak dah nak start sekolah minggu depan. Takwim sekolah dah dipinda, termasuk cuti sekolah.
Rumah semi-D 3 bilik...
Bermalamlah kami di Homestay Harmonie. Bersih, kemas dan selesa homestay ni. Di hadapan rumah ada kehijauan pokok-pokok. Segar je udaranya. Baling kan masih kaya dengan kehijauan gunung- ganang, bukit-bukau serta hutan belukar.
Rumah lengkap dengan pelbagai kemudahan; peti ais, dapur gas, kettle, iron dsbnya. Yang tak ada cuma mesin basuh.
Harga semalam RM180. Kalau lebih dari 1 malam tu, cubalah nego dengan tuan rumah :) Kebiasaannya dapat diskaun. Ikut pengalaman Ummilah.
Anak-anak seronok jumpa katil double decker. Tapi awas, kipas syiling atas kepala tu 😅 |
Dapur. Master bedroom |
Second bedroom pun ada aircond 👍
Ada 2 katil single.
Alhamdulillah kami dibenarkan masuk awal walaupun ikutkan check in pukul 12. Again, gunakan budi bicara :) Dapatlah kami berehat seketika menunggu waktu zohor sebelum keluar menjemput Tok dan balik beraya di kampung Ummi.
Secara keseluruhan kami puashati dengan homestay ni. Cuma, lokasinya agak jauh dari pekan, kira-kira 10 minit. Kalau waktu malam mungkin agak gelap juga jalannya. Tapi jangan risau, perumahan ni berhampiran IPD Baling. Selamat Insha Allah.
Senang berurusan dengan pemiliknya. Rajin melayan pertanyaan Ummi. Terima kasih daun keladi ye...
Contact numbers homestay. |
Sekarang ini semua nak penghawa dingin untuk bilik tidur.
ReplyDeleteLuas dan selesa.
Terbiasa tidur dgn aircond huhu..
Deletebest pegi baling. makcik kak laili duk baling Ummi. pegi rumah dia takyah tolong masak hahaha
ReplyDeleteYe ke kak?
DeleteBaling best kan hehe...
Terasa penat dan agak mencabar juga bila melibatkan renovation rumah. Tapi bila siap hilang semua penat lelah..
ReplyDeleteBetul tu LZ
DeleteBersepah-sepah dulu, berkemas-kemas kemudian hihi.
Homestay bersih, luas dan selesa kira okaylah untuk satu family. Harga dan urusan lain boleh nego.
ReplyDeleteYes, sangat memenuhi keperluan kami sekeluarga.
Delete