Monday, 8 May 2017

Selamat Pengantin Baru ~ Along & Shima



Majlis akad nikah along & shima telah diadakan pada bulan 12 tahun lepas. Majlis kelmarin tu ialah resepi sebelah pihak lelaki. Majlis sebelah perempuan 1/5 hari tu. 

Kenduri bermula dengan majlis tahlil kira2 jam 11 pagi. Kami geng perempuan ni tak join pun, hanya menunggu di home stay. Yang lelaki semuanya ke rumah pakteh, tolong apa yang patut. 

Photo booth

Anak2 je yang bergambar di sini. Kami tak bergambar pun di sini. Keadaan tak mengizinkan. Panas sangat sampai hilang mood nak bergambar :(


Selalu kita paling suka tengok pelamin dan bilik pengantin. Tapi kali ni tak masuk jengok pun bilik pengantin. Pelamin kita tengok lah sebab bergambar di situ dengan pengantin. 

Alhamdulillah majlis kenduri berjalan dgn lancar. W/pun cuaca sangat panas tapi tetap meriah. But somehow teringat kat arwah Tok. Dulu masa Tok masih hidup kami selalu singgah rumah Tok ni... Ni bila berkumpul ramai2 anak cucu cicit Tok ketiadaan Tok memang sangat terasa. 

Untuk pakteh dan pakjang dah setel, anak2 semua dah 'lepas rumah' (kahwin). Kita tunggu lah who's next... Ramai lagi sepupu2 yang bujang ni :)

Selamat pengantin baru along & shima.
May Allah shower your marriage with mawaddah, rahmah & sakinah. 


4 comments:

  1. seronok kenduri berkumpul ramai2 macam nikan, ye la bila ketiadaan tok tu memang akan dirasai, macam saya berkahwin mak & ayah tiada sangatlah sedihnya

    ReplyDelete
  2. Time kenduri la dapat jumpa sanak saudara...Meriah sungguh

    Takpe mama, hidup mesti diteruskan.. Kita tirip DOA utk mereka yg telah tiada

    ReplyDelete
  3. Selamat Pengantin Baru buat mereka yg baru bergelar pengantin. Moga kekal bahagia hingga ke anak cucu...

    Sekarang ni mcm mcm ek ...ada pelamin ada photobooth, aduhhh banyak jugak costnya tu

    ReplyDelete
  4. Itulah pasal Kak...macam2 ada
    Siap duit je la...

    ReplyDelete