Wednesday, 17 May 2017

Kurma untuk Cikgu



Semalam hari guru... Tapi anak2 tengah exam so sambutan hari guru sekolah Angah & Abang ditangguhkan hingga habis exam, minggu depan. 

Semalam Umi dah keluar cari hadiah.  Masuk 2-3 kedai tapi takde yang berkenan. Balik rumah baru dapat idea. Tengok hadiah mama aryanazra rasa macam nak tiru :). Maksu depa cikgu, pun dapat hadiah macam-macam. Makin bersemangat Umi nak beli hadiah untuk cikgu2 Abang & Angah. 

Pagi tadi pula, baca mStar online ada pula cerita Adik sorang ni bagi bihun kering untuk cikgu. Unikkan? Sebelum ni Umi pernah juga dengar ada yang bagi petai, pisang dsbnya. Zaman Umi sekolah dulu takde bagi hadiah pun dekat cikgu. Tak mampu... Tapi bila tiba musim buah-buahan pak akan hadiahkan segala jenis buah yang ada dalam dusun untuk cikgu2. 

Umi pun terus decide nak bagi kurma, ambik inspirasi dari Pn Syahirah Hani. Tak lama lagikan nak puasa rasanya sesuai juga bagi kurma untuk cikgu kan... Teringat last year masa Tok Umi jaga Umi dalam pantang, disedekahkan kurma sorang sekotak untuk sanak saudara & rakan2 Umi yang datang berziarah. Suka semuanya, dapat buat berbuka... 

Guna 3 bahan ni je...



Umi tambah bunga sekuntum sebagai penyeri. Moga cikgu Abang & Angah suka dengan hadiah yang tak seberapa ni. 

Terima kasih cikgu!
Terima kasih juga Pn Syahirah Hani atas inspirasi.  


3 comments:

  1. Idea yang bagus tu, tambah2 dah nak dekat ramadhan ni kan, tak terfikir pula saya. Mungkin boleh diberi juga nanti untuk sambut ramadhan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole buat ramadhan gift juga sis... Kita pun plan utk bagi dekat family & kawan2 rapat..

      Delete
  2. Good idea jugak tu PH. Ambik berkat sempena menjelang Ramadhan ni kan

    ReplyDelete