Lepas hantar Abang ke
Kem Rehlah Minda di Nur Lembah Bestari, kami teruskan perjalanan menghala Ulu Yam/Kuala Kubu Baru (KKB). Ronda² dalam kereta je...
Sedih juga tengok kehijauan hutan di sini diusik untuk bagi laluan kepada pembinaan ECRL. Harga untuk kemajuan dan pembangunan 😔
Akhirnya sampai di simpang tiga, nampak signboard ke Sg Sendat (kanan), jom la ke situ. Jarak ±5km dari simpang tersebut. Satu lagi simpang ke kiri menghala ke KKB/Genting Highlands.
Jalan berturap cantik, selorong je. Kalau berselisih kereta, kenalah beralah salah satu. Sunyi juga jalan masuk tu. Lalu hutan. Berhampiran Taman Eko Rimba Sg Sendat ni juga ada campsite antaranya Nagara Campsite by Bunian. Tempat ni famous rasanya.
Ada bayaran dikenakan untuk masuk, parkir kereta, sewa dewan dan tapak khemah.
Tiket kami berjumlah RM12.
Petugas pintu masuk tanya kami, macamana tahu tempat ni. Katanya ramai orang sebab viral. Ummi tahu lama dah Sg Sendat ni tapi tak pernah sampai.
Subhanallah! Terpukau ye tengok air terjun ni sebab tak sangka cantiknya tempat ni. Terus teringat Lata Bayu di Baling.
Tambah kagum, bila tengok airnya pun jernih dan bersih sangat!
Teruja ye sebab tahap kebersihannya tu sangat memuaskan di tempat awam begini . Pernah je pergi sungai tapi banyak daun² kayu yang berkumpul memerangkap sampah menjadikan airnya tak jernih dan berkeladak. Dekat 'kolam air terjun' ni bersih 👍🏻
Paling awal masuk sungai tak lain tak bukan Adiklah. Unplanned trip jadi mandi je la dengan baju yang ada di badan tu. Baju salin pun takde 😅 Masa diorang baby memang sentiasa ada baju spare dalam kereta takut muntah/kotor tapi dah besar² ni takdelah simpan baju spare dalam kereta dah. Tapi ada la kain batik dan face towel Ummi dalam beg solat. Pandai² la nak survive kan :D
Seronok sungguh depa sebab tak dapat mandi di kem Abang tu. Di sini rupanya lagi cantik tempatnya, ada air terjun. Siap dapat tadah kepala bawah air terjun tu. Satu kepuasanlah bila mandi air terjun duduk bawah limpahan air yang deras tu.
Ada kemudahan surau dan bilik air. Tahap kebersihannya tu tak pastilah. Masing² kenalah main peranan untuk jaga tempat ni sebab bagi Ummi air terjun ni cantik dan airnya taklah dalam sangat (tempat anak³ mandi hari tu) kira selamatlah, sesuai untuk beriadah seisi keluarga. Tapi dimana pun kita berada, kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Awasi anak² sentiasa sebab air terjun ni pernah ditutup kerana terdapat kejadian pengunjung lemas.