Tuesday, 23 August 2022

Api ~ Coretan Minggu 1

Cerita bergambar untuk kenangan kejadian hari tu...

Day 1

Menumpang teduh di rumah Aunty Sopiah sementara menunggu hari siang. Ikutkan hampir semua jiran ajak, tapi kami pilih ruman Atok Rizqi ni atas dasar hormat sebagai orang tua di sini. Aunty Sopiah hadiahkan Ummi sehelai kaftan manakala Walid pula Uncle Husin hadiahkan sehelai T-shirt berkolar selain pinjamkan tuala dan kain pelikat. Sehingga hari ini beliau masih bertanya khabar dan update dari kami. 

Forensik Bomba datang sekitar jam 9.30 pagi. Tq Atok Bomba tolong follow up. 

Cat food for Moq-Tot and the gang from Aunty Farah. 

Tengahari Uncle Apai hantar 'sia' aka mangkuk tingkat. Allahu, tersentuh sangat. Tak sempat pun nak fikir bab makan minum :( 

Malam pula Uda hantar McD ke hotel... Sayang Uda 😘

Minuman dan biskut-biskut ni dari Makcik Aisyah. 

Day 2 

Awal-awal pagi Cik Ana dah hantar seteko air teh dan sandwich. Tengahari pula sebekas Nasi Goreng Daging. 

Kunci Rumah Prihatin, rumah transit disediakan pihak Syabab Care. 

Day 3

Semangat bersihkan dapur sebab electrician kata tingkat bawah selamat, dari segi eletriknya. Teruslah on freezer dan fridge sebab ada bahan mentah yang masih elok. Baru nak seronok, balik rumah pagi esoknya suis utama 'tendang', means something wrong somewhere jugalah. 

Walid hadir ke Pejabat Bomba Selayang untuk buat report. Nak buat report kena buat temujanji dengan pegawai kes kami, Tn S. Report polis hari pertama dah setel. 

Sumbangan uniform Pasti dan wang tunai dari Pasti Gombak untuk Adik. Rezeki Adik, dah lama Ummi nak belikan uniform baru, tapi takde stok. Alhamdulillah dapat 2 pasang terus.

Mewah lunch kami. Mak Bee masakkan semua ni, dengan bantuan Bik. Allahu, terharu! 

Day 4

Sedih tengok buku Adik basah 😭 Duit tu dalam tabung atas meja kerja Walid. Alhamdulillah selamat :) 

Adik study untuk UKS SRAI di Rumah Prihatin Syabab Care. 

Mama Nadeem, classmate Angah bagi telekung, duit dan cadar. Dari awal lagi dia dah tanya ada telekung tak... Mama Hawa, pula bagi tudung 2 helai, alhamdulillah. 

Zahra & family datang ziarah di tempat kami bermalam. On the same night, Uncle SA pun datang. Dia belanja makan di Paparich. 

First time makan di Paparich ☺️

Day 5

Day 6

Sedih terpaksa buang semua ni... 

Bunga tu Kak Norsiah, kawan sekretariat dari Singapore bagi masa buat program di sana. Tahun 2007 tak silap. Batch BIFIS tu masa program di Bandung. Kenangan semua ni...

TV, rangka kerusi, utility stairs jadi rezeki hamba Allah ni... 

Bermalam di Rumah Prihatin buat pertama kali. Abang balik dari asrama jadi kami bermalam di sini untuk lebih selesa. 

Day 7

Proses pembersihan dari vendor Maideasy. 

Checked in semalam di Urban 360, untuk refresh badan dan minda. Dalam seminggu ni penatnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Dapat bermalam di tempat yang selesa sikit, sikit sebanyak membantu juga memulihkan tekanan yang dihadapi. 

Seronoknya dapat masuk dan berehat di rumah sendiri, walaupun sekejap dan serba kekurangan. Nikmat yang sangat dirindui saat ini :D 

Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat dari semua 🌹









Monday, 22 August 2022

Api ~ Cleaning Process

Comes the most tiring phase i.e. cleaning process. 

Khamis 18/8 hari ke-5 kebakaran Loss Adjuster (LA) datang buat penilaian kerosakan dan kerugian. Selagi dia belum datang kami dinasihatkan untuk tidak bersihkan rumah supaya LA dapat tengok the real situation. Once she gave the greenlight, only then we started with the cleaning process. 

Uncle Arif pinjamkan tong roro 👍

Jumaat pagi Uncle Apai & Uncle Rohaimi datang tolong buang tilam, karpet dsbnya yang rosak. 

Boss MTM Mart singgah bagi minuman ni. Uncle Abe ada urusan lain, tak dapat tolong...

Tenaga tambahan, warga Rohingya yang cari barang lusuh. Seronok dia dapat ambil 'spring tilam' tu. Si Cici tu sibuk je, bukan menolong pun 😁

Sabtu dan Ahad barulah cleaners from Maideasy datang buat kerja. Memang kena hire cleaner sebab nak cuci asap semua tu memang tak mampulah kalau buat sendiri. Dan depa datang with appropriate tools and cleaning items. 

Ini pun masih ada kesannya... Bekas asap tu memang tak kan hilang, kena cat semula. 

Senang hati nampak lantai berkilat semula 😍 

Nanti kita beli karpet baru ye :) 

Keadaan dalam rumah dah bersih jadi kita pun rasa lapang sikit hati. Nak baring, solat boleh dah cuma nak bermalam tu belum selamat lagi. Adakala on suis di bawah pun, tripping juga. 

Bila dah bersihkan segala kesan kebakaran ni, rasa lapang sikit hati  Sebelum ni serabut rasanya bila tengok rumah kotor dan lintang-pukang. Sekarang ni pun masih berterabur tapi sekurang-kurangnya rumah dah bersih elok. Tunggu depa repair tingkat atas tu baru boleh bawa semula barang ke tingkat atas. Itu kena kerahan tenaga lagi sekali pulak tu 😅

Cerita kain baju pula...


14 helai tudung kena buang sebab jelaga melekat, cuci tak hilang :( 
Takpe, boleh beli tudung baru, eh :D 

Semua ni Ummi akan slowly buatlah... Utamakan pakaian harian, pakaian sekolah, tudung dulu. Susah juga nak kena check plastik hitam tu satu-satu sebab yang kemas kain baju ni cleaners. Yang pasti bedding items yang terselamat tu kita bersihkan last sekali. Tilam pun takde ni, nak pasang cadar kat mana :p 

Keep praying for us 🤗

Saturday, 20 August 2022

Api ~ Hari Kejadian

Jam 3.45 pagi tadi genap seminggu musibah kebakaran yang menimpa kami. Kebakaran berlaku di bilik tidur utama kami.  

Pada pagi Ahad 14/8/2022 tersebut kami suami isteri terjaga asbab hujan lebat. Bila terjaga bau hangit. Sangkaan awal mungkin dari charger handphone. Bukan. Walid buka pintu bilik manalah tahu bau hangit tu dari dapur. Alhamdulillah tiada apa-apa juga. Bila nak tutup pintu bilik, dari samar-samar cahaya lampu belakang rumah, ternampak asap. Semakin diamati, semakin banyak asapnya.

Terus kami kejutkan anak3 yang sedang tidur, lari ke tingkat bawah, tutup main suis, capai purse & wallet, keys dan dalam masa yang sama called 999. Walid alihkan kereta ke tempat selamat bersama anak3 dan anak6 bulus. Tak sampai 5 minit pun, tapi dari luar kami nampak api mula membakar curtains yang letaknya di bawah aircond. Masa ni Ummi takut sangat, takut api merebak. Sekali lagi called 999. Jiran-jiran semua kami kejutkan. Memang kelam-kabut pagi tu. Alhamdulillah semua bangun dan berjaya menyelamatkan diri. Tak sampai 10 minit Bomba sampai. Alhamdulillah depan rumah kami ada pili Bomba jadi kerja memadam api sangat pantas. Alhamdulillah api tak merebak, hanya di bilik tidur sahaja. 

Rumah kami di-seal sementara menunggu team Forensics Bomba datang menyiasat punca kebakaran dsbnya. Selesai siasatan pihak forensic sekitar jam 11 , barulah kami dibenarkan masuk rumah.

Sebak bila nampak ni 😭...

Bilik tidur utama...

Sofa yang Ummi hadiahkan untuk Walid 2 tahun lepas. In fact, master bedroom ni dan kebanyakan perabotnya masih baru, renovate sebelum PKP. Sampai sini je rezekinya. 

Disebabkan asal yang tebal, keseluruhan ruang/bilik di tingkat atas dilitupi jelaga hitam. Alhamdulillah dokumen penting semua selamat. 

Bilik Kakak...

Bilik Abang...

Tingkat bawah basah dek air Bomba... 

Beranda dan porch juga mengalami nasi yang sama :( 

Alhamdulillah dalam kelam-kabut tu teringat juga kucing6 kami. 

Walau apapun, syukur kami sekeluarga dan jiran-jiran semua selamat. Memang syukur sangat-sangat sebab Allah bagi kami terjaga time tu. Ialah, time tu pakat nyenyak tidur, hujan pulak tu... الحمد لله ثم الحمد لله 🤲🤲🤲

Moga Allah gantikan yang lebih baik dari ini...

#tinggalkenangan