Goreng Bihun ala Kak Amie
Masa ambil Adik balik sekolah, dengar celoteh Sarah Kamilla, Penyampai Radio Sinar FM. Kali ni pendengar diminta vote antara bihun goreng dan bihun sup mana yang jadi pilihan. Ummi semestinya bihun goreng. Adik pula cakap, Adik pun pilih bihun goreng, tapi Adik suka bihun goreng putih.
Jadinya pagi ni Ummi masuk dapur terus goreng bihun. Teringat Kak Amie masak bihun hujung minggu semalam; letak udang kering sebagai perencahnya. Makanya Ummi pun tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang geragau kering (udang kering takde stok) hingga lumat. Kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing, masukkan ayam. Bila ayam dah masak, masukkan telur dan sos tiram serta garam diikuti sayur dan bihun. Gaul rata semuanya. Dah sebati semuanya, tutup api.
Jerebu Kembali ?
Di tempat kami hari ni memang cuaca redup. Kalau mendung tu, adakala nampak juga langit, nampak awan gelap berketul. Hari ni langit seolah diselubungi sesuatu, jerebu barangkali. Baca berita sebelah petang, betullah ada sesetengah tempat bacaan IPUnya tinggi.
Jalan Kaki ke Kedai
Terpaksa ke kedai beli ikan untuk anak bulus. Malas nak drive ke pasar, ke kedai Aceh berhampiran rumah saja. Dari kedai Aceh, menapak pula ke gerai Cik Zana.
Hujan Lewat Petang
Alhamdulillah sekitar jam 5 ptg, hujan turun. Membersihkan udara dan membawa seribu rahmat harapnya.
Akhbar Didik Kembali
Minta Walid beli Berita Harian sebab nak dapatkan akhbar sisipannya, BH Didik. BH Didik ni kembali diterbitkan untuk membantu murid Tahun 4 yang akan menghadapi Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) Oktober nanti. Terlepas keluaran minggu lepas. Minggu ni Ummi pastikan Walid beli di MyNews. Dapatlah Adik buat ulangkaji. Masih belum tahu format MPT4 ni, kali pertama nak diperkenalkan. SRAI akan adakan taklimat Jumaat nanti. Untuk MP Tingkatan 3 belum ada maklumat terperinci juga.
Yang baik² saja untuk anak² kita semua hendaknya 🤲🏻

Aiiih saya tak bisa memilih antara bihun goreng dan sup. Suka keduanya. Apalagi kalau tambah bihun kari 🤣🤣. Memang makin pening . Tp saya sama dengan adik, suka bihun goreng hanya saja tak nak pakai kecap.
ReplyDeletenostalgia betul bila ingatkan akhbar didik ni
ReplyDeleteRupa-rupanya ada jerebu pulak kali ni sebab hutan terbakar kat Kalimantan kan....patut cuaca panas ya amat.
ReplyDeleteTak boleh nak memilih, dua-dua pun suka. Sedap mihun goreng guna rencah udang kering. Saya pun guna udang kering dan masak ringkas begini. Senang berbanding masak merah tu. Kalau tumbuk bahan tu jadikan lagi sedap.
ReplyDeleteSyukur semalam hujan, redup dan sejuk sikit. Bersih sikit udara dan cuaca tak sepanas sebelum ni. Alhamdulillah...