Tuesday, 9 September 2025

Nasi Beriani utk Abang

Isnin 1.9 tu Abang balik awal ke asrama sebab ada kelas persediaan Syafawi Hifz. Long weekend cuti Maulidur Rasul tu dah tak boleh balik la kan. Ummi ni tiba² rasa rindu dengan anak soleh tu, terus ajak Walid melawat Abang di asrama. 

Sebelum tu masaklah dulu. Mood rajin pun tiba² mai, Nasi Beriani ye Ummi masak bukan nasi putih. Mak² ni, kalau bab anak lain macam sikit semangatnya 😆

Siap! 
Garing sikit papadom tu, Kakak tolong gorengkan. Api tak leh kuat nanti cepat hangus papadom tu. Takpe, her first experience

Kerja lebih mudah dengan bantuan bibik² moden; Bik PC (pressure cooker) masak nasi, Bik AF (air fryer) bakar ayam 👇🏻

Ayam Bakar perap dengan serbuk Ayam Bakar Madu Adabi dan Ummi gaul dengan madu juga. 

Sampai kantin, order air oren 1 jug. Sambil² kita makan bekal, support la juga Pakcik Kantin tu kan. Dah naik harga air ni. Tahun lepas RM10/jug, tahun ni RM12 dah satu jug. Tapi sedap air kantin ni. Kalau tak beli satu jug pun, tetap juga beli yang dalam cup. Wajiblah setiap kali datang tu beli air oren ni. 

Alhamdulillah dapat jumpa sekejap pun jadilah buat hilang rindu ☺️

20 comments:

  1. alhamdulillah, seronok abang dapat makan masakan ibu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...nak buat tu la nak tggu rajin...

    ReplyDelete
  3. Haha teringat Mak saya dahulu selalu buat kek coklat untuk bawa jumpa saya di asrama setiap minggu. Hehe memang semangat Emak buat untuk anak.

    ReplyDelete
  4. Seronoklah abang Ummi dan Walid datang melawat. Bawa makanan pulak tu makan bersama. Bertambah seronoklah.
    Takpe, pengalaman untuk kakak. Lepas ni kalau goreng papadom dah master dah.

    ReplyDelete
  5. Besar hati abang Umi bawa makanan fav dia ni...

    ReplyDelete
  6. Hari Ahad lepas pun saya melawat anak juga... beli beli je makan sama sama.. mak malas nak masak.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Sedap menunya.. Bila ada bibik moden, cepat sikit siap masaknya kan..

    ReplyDelete
  8. Alamak! Sedapnya tengok. Makan papadom dengan kuah tu pasti sedap.

    ReplyDelete
  9. sronok la abg tu bila ummi & walid dtg melawat ke asrama siap bw bekalan sedap tu

    ReplyDelete
  10. Betullah, emak² ni bab anak sanggup berhabis wang dan tenaga. Nampak sedap nasi beriani PH, mujur ada bilik moden, sekejap aje semua siap!

    ReplyDelete
  11. alhamdullilah, dapat makan air tangan mama

    ReplyDelete
  12. ayam bakar madu tu ada lagi tak? hehehe

    ReplyDelete
  13. Ada satu lagi bibik yang paling moden... Bik TM😄

    ReplyDelete
  14. Kalau mama nya suka masak, memang semangat lah kalau buat anak 😁. Saya ingat mama saya juga begitu. Tiap kali nak visit kami di Penang, pasti mama banyaak bawa makanan.

    Giliran saya, memang tak suka masak. Tapi anak saya belum ada yg sekolah jauh. Nanti Kalau anak minta dibawakan makanan, saya pesan sajalah 🤣🤣. Biar pasti sedap

    ReplyDelete
  15. sedapnyaa! teringat dulu masa melawat abang kat asrama, paling2 pun selalu bawak makanan mcm KFC je. ni rajin sangat siap masak nasi beriani!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah syukur nikmat..

    ReplyDelete