Page 2, 2023
Awal pagi kami ke Taman Tasik Sri Gombak. Pusing tasik (baca: jogging/walking keliling tasik) 2-3 round then headed to UIA pergi breakfast.
Kemudian ke RISE@KL lagi.
Pusing-pusing situ, terjumpa Kedai Eco Cawangan ke-197!
Alamat dia;
No. 60 (Ground Floor), Jalan SBC 5,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
Abang beli barang untuk bawa ke asrama. Pandai dah pilih sendiri apa yang dia perlu. Dulu, semua benda Ummi kena check satu-satu :)
Lepas Zohor kami ke Selayang, makan kenduri. Excited sebab kenduri pertama di tahun 2023 dan jemputan pula dari rakan rapat Walid di ofis Bangsar dulu.
Masa kemas-kemas rumah dia jumpa beg merah ni. Beg ni la arwah Pakcik guna masa masuk asrama lewat 1980-an dulu. Kemudian bila turn Ummi masuk asrama, bawak beg ni juga. Sampailah ke university... Sekarang Abang pulak nak teruskan tradisi :D
Semoga dipermudahkan urusan abg sepanjang di asrama nanti ya.. ;)
ReplyDeleteAamiin 🤲
DeleteTq Ibu 💐
Rajin hantar kitar semula.
ReplyDeleteWah! Tahan lama beg. Tidak rosak dan reput. Padahal bagasi saya 3 tahun tidak guna, kulitnya dah relai.
Barang dulu-dulu tahan lasak berbanding barang2 sekarang ni...
Deletewahhhh turun temurun beg, berbaloi belinya.. kedai eco hati-hati nti tak jumpa jalan keluar hehehe
ReplyDeleteItulah, dah lebih 30 tahun usianya...harap Abang jaga sebaiknya
DeleteHaha...betul tu...mujur smlm jumpa pintu keluar haha
Saya banyak barang yang boleh jual di rumah NS, tapi jauh pulak RiseKL tu.
ReplyDeleteTahan sungguh begnya. Tak koyak pulak ya. Seingat saya, pernah ada beg gini. Mak bapak yang pakai masa pergi umrah/haji dulu kala. Zip bawah tu untuk expand beg.
Mungkin di Putrajaya lebih dekat PU...
DeleteHah betul, ada zip bahagian bawah tu... Dulu hebat dah rasanya dapat bawak beg gini pun hehe...
Wah...banyak juga hasil jualan tu PH..
ReplyDeleteSaya pun dah 2x ke Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 tu..
Betul la dah ada tempat macam tu rajin pula nak kemas rumah🤭
TQ PH share info tempat tu👍
Alhamdulillah kali ni lebih lumayan hasilnya haha ..
DeleteSama-sama kita 😘
Dulu-dulu pakcik sy pun ada beg masuk kampus.. atok sy mmg syg sgt beg tu sampai skrg dia simpan.. dia selalu cerita beg tu dah sampai ke oversea dh ulang2 dia cerita... rasanya setiap family mst ada sentimental value ttg sesuatu kan?
ReplyDeleteYa betul, apatah lagi kalau benda tu digunakan turun temurun kan :) macam PH, nilainya jadi semakin tinggi sbb kedua-dua watak penting beg tu dah tiada :(
Deletekyra pun sekarang dah pandai uruskan sendiri barang asrama dia. kadang dia cuma listdownkan apa yg dia nak abahnya pergi beli.
ReplyDeletetahan lasak sungguh bag merah tu ye