Tuesday, 29 November 2022

Angah ~ UPKK 2022



Gara-gara PRU15 yang ditetapkan pada 19 Nov 2022, maka UPKK yang sepatutnya dilaksanakan bermula 14/11 dianjakkan ke 28/11. Dan dek kerana 28/11 cuti peristiwa yang diberikan oleh PM ke-10, makanya 29 Nov baru UPKK bermula. Asyik tunda-tunda, mood pun ke laut :( Paling risau jika anak jatuh sakit.  Lagi satu, bila anak-anak ambil peperiksaan penting, mak-mak depalah yang terlebih stress & super nervous! Anak-anak chill je :D 

Tarikh baru subjek Ulum Syariah 5/12. Hikmahnya dapatlah study lagi sebab masa trial ramai dapat B subjek ni termasuk Angah. 

Lagi pula, pindaan tarikh ni dapat memberi ruang Angah recovery dari demam selsemanya tu. Alhamdulillah hari ni bersemangat nak masuk dewan exam. 

Usaha akhir pihak sekolah untuk pastikan kecemerlangan anak-anak SRAI. Sejak 2 minggu lepas lagi sebenarnya murid T5 guna jadual anjal; sebelah pagi belajar akademik, sebelah petang ulangkaji UPKK. 

Masa Abang UPKK (2019) setiap pagi Ummi ke sekolah untuk sertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat serta hantarkan lunch untuk dia. Tapi, sejak Covid ni, parents dah tak boleh masuk ke sekolah. Untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para pelajar. Ini pun ada classmate Angah tak dapat sit for exam today. Tarikh ulangan tak silap Ummi 12/12 nanti. Dah cuti sekolah masa tu. Moga dipermudahkan urusan bagi yang terlibat 🤲

Ummi Walid dan seluruh keluarga doakan Angah dan semua kawan-kawan yang menduduki UPKK tahun ni diberi kesihatan yang baik, tenang & terang hati menjawab serta beroleh kejayaan cemerlang aamin 🤲

Bittaufiq wannajah semua! 






9 comments:

  1. Semoga berjaya. Ada hikmah tunda tarikh peperiksaan.

    ReplyDelete
  2. good luck angah...semoga tenang menjawab.
    Ammi selalunya extra stress kalau tarikh postpone..tak kisahlah exam ke, hearing kat court ke sebab pada ammi lagi cepat settle lagi cepat hilang gusar kat hati

    ReplyDelete
  3. Selamat menduduki peperiksaan upkk buat buat angah dan calon2 yang lain

    ReplyDelete
  4. Good luck & all the best. Semoga Allah beri ketenangan dan kelapangam hati dan minda semasa menjawab soalan. Moga dipermudahkam semuanya dan cemerlang bergaya insyaAllah.. Allahumma ameen.

    ReplyDelete
  5. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang

    ReplyDelete
  6. semoga beroleh kejayaan buat Angah, Insha Allah berkat doa ibu bapa & guru :)

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan ingatan angah, dilancarkan tutur kata dan penulisan ketika menjawab UPKK.. insya Allah semoga beroleh kejayaan angah

    ReplyDelete
  8. Good luck angah insyaAllah berjaya cemerlang 8A

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya dgn cemerlang.. aminn

    ReplyDelete