Petang semalam sebelum Asar tu hujan lebat di Gombak ni. Hujan-hujan begini sedapkan kalau dapat makan cekodok dengan kopi O ye dak? Tapi tak bolehlah sebab bulan puasa kan...
Tapi, nak juga haha... Makanya berbuka semalam kita realisasikan keinginan tu. Stok kurma memang sentiasa adalah kan puasa-puasa ni.
Resepi: Cekodok Kurma
Sumber: Airtangan Cik Siti
Bahan-bahan
13 biji kurma - hiris dan keluarkan biji
2 s/b gula
1/2 s/k soda bikarbonat
6-7 s/b tepung gandum
Air
Cara-cara
1. Masukkan kurma, gula dan soda bikarbonat dan air ke dalam blender. Sukatan air tu separas kurma je. Kisar hingga kurma halus.
2. Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Rehatkan batter ni dalam 1/2 jam.
3. Panaskan minyak, 'jemput' adunan dengan tangan atau sudu dan goreng hingga masak. Siap!
Sedaplah cekodok kurma ni. Sementara stok kurma tengah banyak ni, bolehlah buat selalu. Lawan dengan kopi O... Fuhh... malas nak cakap nanti kurus puasa :p
Untuk kurma, tahun ni pun masih tak perlu beli kurma juga. Dapat dari pelbagai pihak; surau dan jiran-jiran alhamdulillah. Kadang tu Walid balik dari surau, adalah sekotak kurma ditangannya. Ada jemaah/syarikat minta surau agihkan. Didoakan agar bertambah luas dan lumayan rezeki mereka aamin.
Cubalah 🤗
Wah! Tentu cekodok ni semanis kurma... kreatif sungguh!
ReplyDeleteHehe...
DeleteSedap tau, kak Amie kena cuba :)
Camnelah rasa campuran pisang dan kurma.
ReplyDeleteCekodok ni kita gantikan pisang tu dgn kurma NA.
Deletecekodok lamanya tk mkn tp cekodok kurma tk pernh plak mkn
ReplyDeleteTry lah MT 🤗
Delete