Wednesday, 16 September 2020

Resepi ~ Lawar Terung

Ummi suka pajeri terung tapi ada 2 biji je terung yang tinggal. Tak padan pula rasanya nak buat pajeri.

Teringat pelakon cantik, Sari Yanti pernah berkongsi tentang keenakan lawar terung. Teringin nak mencuba. Dulu, time Ummi kerja ada seorang peniaga ni, Kak Nor yang menjual nasi dan lauk-pauk berhampiran Bank Muamalat Taman Melawati. Kadangkala ada lawar terung ni tapi Ummi tak pernah beli sebab tak makan.
Tapi kali ni teringin pula nak cuba. Godek-godek jumpa resepi yang dikongsikan oleh Izah Muffin Lover. Tapi, nama resepinya Terung Bakar Bersantan. Bila Ummi baca penerangannya memang resepi inilah yang Ummi cari. Menurut Izah, dari maklumat pembaca/kawan-kawannya, menu ringkas ini disebut sebagai pencuk terung, lawar terung atau pecal terung.

Resepi: Lawar Terung

Bahan-bahan
2 biji terung ungu - 
1/2 - 3/4 cawan santan pekat - jika santan mentah, elok dimasak terlebih dahulu untuk mengelakkan sakit perut. Kalau perah santan sendiri, gunakan air masak.
2 ulas bawang merah - dihiris halus
Sedikit garam
Cili padi (optional) - dihiris

Cara-cara
1. Terung dibakar bersama kulit. Bila kehitaman, angkat dan keluarkan isinya dengan menggunakan sudu.

2. Campurkan bawang, cili dan santan beserta garam dan gaul sebati.
3. Tuang ke atas isi terung tadi. Siap!.

Tak sangka pula sedap rupanya. Patutlah Sari makan bertambah-tambah. Rugi Ummi tak makan sebelum ni. Abang pun suka tau!

Selamat mencuba 🤗

9 comments:

  1. Pertama kali dengar lawar terung.

    ReplyDelete
  2. Abah kat kampung selalu masak ni... tak tau lak nama dia lawar terung

    ReplyDelete
  3. xprnh try lawar terung.. ni pon 1st time dgr nama resepi ni..
    nmpk menarik!

    ReplyDelete
  4. wahhh,first time kita tahu pasal lawar terung ni, tapi sayangnya kulit terung bakar tu, kalau sy, harus masukkan sekali

    ReplyDelete
  5. Pertama kali dengar juadah ni. Rasa nak mencuba juga.

    ReplyDelete
  6. Puan Hazel, that sounds delicious. Like a salad. I must try it!

    ReplyDelete
  7. tak pernah pula tahu resepi ni..

    ReplyDelete