Wednesday, 15 April 2020

UPSR 2020 dibatalkan


Credit: NST 

Bila dapat news UPSR  tahun ni dibatalkan petang semalam, Ummi  blur sekejap :D Sudahlah Ummi baru bangun tidur, lagilah ting tong... Bila Maklong mesej tanya apa reaksi Abang, Ummi cuma jawab entahlah haha... Ummi belum hadam lagi berita ni but initially I wasn't happy.

Automatik Ummi fikir tentang bagaimana penilaian akan dibuat untuk masuk ke tingkatan 1. Apa kayu ukurnya? Katanya kaedah baru akan diguna pakai untuk pemilihan ke sekolah berasrama tahun depan. Kriteria dan kaedahnya masih belum diperjelaskan. Untuk itu, Ummi ambil pendekatan tunggu dan lihat.

Sumber: BH

 Pastinya KPM dah timbang pro & kontra akan hal ini dan mengambil kira semua aspek sebelum keputusan ni dibuat. Kita faham, tak semua mampu belajar secara online, tak semua ibu bapa mampu ajar sendiri anak-anak, tak semua orang ada access Internet dan serba serbi kekurangan lain. Berlapang dadalah, pasti ada hikmahnya semua ni.

Di rumah, Abang masih belajar seperti biasa. Malah, dia tak tau pun UPSR dibatalkan. UPSR ada atau tidak, ilmu dan kemahiran setiap subjek tu perlu juga dikuasai untuk persediaan masuk sekolah menengah nanti khususnya dan untuk survival secara amnya. Mungkin ini masanya juga ibu ayah perlu fahamkan anak-anak bahawa belajar untuk ilmu, bukan sekadar untuk lulus exam.

Prioriti pihak berkuasa sekarang adalah untuk memastikan keselamatan rakyat. Fokus utama untuk memerangi wabak Covid-19. Berapa lama lagi? Kita pun tak tahu. Tapi, bila SPM dll exam besar ditunda ke suku pertama tahun depan, pastinya lama lagi kita perlu menunggu untuk memastikan wabak ini benar-benar berjaya dikawal atau dihapuskan. Maknanya, sesi persekolahan masih tidak dapat diteruskan dalam masa terdekat.

Walau apapun situasinya janganlah kita berputus ada. Kita sama-sama patuh pada arahan pihak berkuasa dan terus bagi sokongan kepada frontliners kita. Together, we can 💪💪💪

4 comments:

  1. Tahun ni serba-serbi berbeza. Apa di harap tahun 2020 tak sama realitinya.
    Apapun ada hiknah tersembunyi.

    ReplyDelete
  2. Bagus Abang terus-terusan belajar 👍👍

    ReplyDelete
  3. Lagi pun bila cuti panjang ni banyak silibus yang ketinggalan.
    Elok juga dibatalkan.

    ReplyDelete
  4. demi keselamatan dan kebaikan, ada bagusnya juga dibatalkan. kalau masih diteruskan, kesian juga banyak nak kena catch up yang mana tertinggal banyak tu.

    ReplyDelete