Wednesday, 10 April 2019

Meriahnya wedding Hana 😍😍😍



Masih terbayang-bayang berapa meriahnya wedding Hana ahad lepas. Masakan tidak, selain dapat bersama meraikan pengantin baru, dapat pula berjumpa rakan-rakan sekolah yang dah lebih 20 tahun tak berjumpa!

Ada yang sanggup mai dari Kedah nun untuk meraikan hari bahagia Hana. Ada juga yang datang bersendirian semata-mata nak melepaskan rindu terhadap rakan-rakan sekolah. Mak-mak pun nak me-time juga dengan kawan-kawan kan?

Alhamdulillah dah selamat bergelar isteri dah Hana. Lima tahun lepas Hana pernah datang ke rumah Ummi waktu kami buat kenduri kesyukuran dan doa selamat nak berangkat ke tanah suci. Tak sempat pun Ummi nak berborak panjang dengan Hana. Maklumlah tuan rumah, perlu adil dengan semua tetamu. Tiba giliran Hana pula jadi tuan rumah, jadi raja sehari lagilah penting wataknya pada hari tersebut. Memang langsung tak sempat berbual. Ummi cuma sempat menyelit naik ke pelamin menghulur salam tahniah. Tak bergambar pun dengan pengantin sebab ramai sangat tengah que. You look absolutely stunning dear 😍😍😍 May your marriage filled with love, happiness and barakah. May it last forever. Aamiin.





Kita biarkan dulu pengantin bersanding kat atas tu hihi... Yang kat bawah ni mulalah menjejak kasih haha... Allahu akbar rasa nak keluaq ayaq mata bila Ummi dapat bertemu dengan Jat, roommate Ummi dulu. Memang tak sangka akan jumpa dia. Pernah juga bertegur sapa di FB tapi setakat tu je. Jumpa real lagi seronok sebenarnya. Walaupun tak sempat berborak panjang tapi wefie tu wajiblah. Bila di share di FB makin 'meriah' jadinya. Seorang lagi 'Geng Bas MARA' (GBM) yang datang menyapa Ummi ialah Ana. Ada masa nanti Ummi story pasal GBM :) Selain tu, Ummi juga sempat 'berlaga pipi' dengan Lis, Shidah, Eina, Rin... Ada beberapa nama lagi Jat sebut tapi Ummi tak sempat jumpa.


Keluar dari dewan, kami lepak sekejap 'mengeteh' di bahagian luar dewan. Kot-kot jumpa lagi member sekolah. Tapi semua dah balik agaknya. That time pun dah almost 3pm. Yang kami jumpa member surau :D rupanya parents Hana pun orang Gombak. Baru ceq tau.

Wedding Hana ni diadakan di Laman Pengantin Ummi Farsha. First time makan kenduri di sini. Cantik tempatnya. 

Layan kue tiau goreng dengan kuih muih 😋
Door gift. Cantik kotaknya. Apa isi dalam tu? Item kesukaan Walid ni 😜

Kicap Jalen 😋😋😋
Door gift legend kata Walid 🤭


Selamat pengantin baru Hana & Firdaus 
💝💝💝


7 comments:

  1. Semoga berkekalan ikatan perbikahan pengantin hingga ke dalam syurga Allah.

    Cantik kek pengantin tu

    ReplyDelete
  2. Wah, seronok kan bila dpt jejak kasih dgn rakan2 lama..

    ReplyDelete