Wednesday, 8 August 2018

Selamat berangkat Atok Kasim & Uncle Alam


Atok Kasim (AK) dan Uncle Alam (UA) ni 'member surau' Abang dan Angah. Kedua-duanya rajin melayan Abang & Angah. Balik dari surau ada-ada je cerita tentang AK & UA. 

Sejak penghujung tahun lepas depa dua bersama pasangan masing-masing rajin je dok hiking di bukit berhampiran tangki air. That time kami tak tahu lagi mereka akan ke tanah suci. Cuma dengarnya adalah AK buat rayuan untuk pergi haji bersama isterinya. Alhamdulillah dapat jemputan sebagai tetamu-Nya. Dah pun berangkat Ahad lepas. 

Sedap air tangan UA. Kenduri kesyukuran 21/7. 

Kenduri kesyukuran AK. Pun sedap juga nasi lemak & rendang air tangan menantunya. 

Side dishes yang pelbagai. Ambik serba sikit share dengan Walid & anak2. Sedap semuanya. 

 Yang bestnya bulan 3 hari tu AK dan isterinya dah ke tanah suci mengerjakan umrah bersama anak menantu bongsu. Selang beberapa bulan sekali lagi ke tanah suci untuk menunaikan haji pula.Alhamdulillah rezeki depa dua.
 Seperti biasalah jika ada rakan/keluarga/kenalan/jiran yang ke tanah suci pastilah kami akan titipkan DOA agar dapat ke sana lagi. Aamiin.

Mekar sejambak mengiringi tuannya ke tanah suci

Malam tadi Angah balik dari surau. Saja Umi tanya "AK dengan UA ada tak?" Selamba je dia jawab "UA ada... Dia tukar flight kot" 😁😁😁 ada-ada je budak bertuah ni tau. Orang tu dah selamat sampai di mekah pun :) Tok pun sunyi lah juga, teman berborak dia takde sebulan lebih. Kalau tak, Tok rajin melepak bersembang dengan AK dan isterinya sambil depa berkebun. Balik dari kebun AK je penuh tangan dengan ulam-ulaman. 

Moga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik serta beroleh haji yang mabrur buat mereka. Aamiin. 




3 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki mereka jadi tetamu Allah. Rezeki kita dpt jamu selera lauk kenduri mereka ye.
    Mudah2an kami pun segera dpt ke sana, aminn

    ReplyDelete
  2. Itu namanya rezeki masing-masing Kak :D

    Aamiin. Keep praying. He is listening.

    ReplyDelete
  3. Seronok bila dapat melawat jiran atau sahabat yg nak ke Mekah kan PH. Paling best kalau dapat tunggu sebelum nak pergi tu. Orang laungkan azan, sayu

    ReplyDelete