Thursday, 15 June 2017

Popia Coklat Oat pulak...


Nampaknya mood buat kuih raya dah menular di kalangan komuniti maya hehe... Raya pun lebih kurang 10 hari je lagi kan. Sana sini semua menayang kuih raya ye. Kak Nom yang selalu okje pun nampaknya dah tak senang duduk bila semua orang dok tayang kuih raya masing2. Terus dibakarnya berbalang-balang kuih raya. Kan akak? 

Lepas buat Popia Nestum Horlicks hari tu, Umi try pula popia coklat oat. Resepi Umi ambil di SINI. Resepi asal salut dengan nestum tapi Umi ganti dengan oat.

Stepnya sama juga macam buat popia nestum; gulung, gunting, goreng. Then cairkan coklat masakan, celup popia ke dalam coklat tersebut. Lepas tu salut dengan oat/nestum. 

Kali ni Umi potong 4 popia tu then gulung pastu gunting 2 pula. Lebih rangup sebab gulungannya lebih nipis. 

Cantik sikit hasil gorengan kali ni :)

Satu bar coklat ni (250gm) ni cukup2 je untuk lebih kurang 25 pcs (separuh) popia yang belum dipotong & digunting. Kalau buat satu bungkus popia tu, kena double the choc. 

Tapi, w/pun nampak senang je tekniknya perlu juga betul. Kalau tak jadi macam Umi :(  konon lepas celup dalam coklat tu naklah salut popia tu seketul seketul dengan oat. Nak bagi sama rata cantik bersalutlah konon. While doing this, tak sedar pula coklat dah mengeras! Sudahnya compang camping jugaklah kuih Umi ni. Sebab coklat yang dah mengeras tu taknak bergaul dengan oat tu. Redha je la... 


Inilah hasilnya yang tak seberapa berbanding hasil tangan cik puan Eirah Abraham, empunya resepi. 

Credit :Mingguan Wanita /Eirah Abraham.

Selamat mencuba! 

6 comments:

  1. Replies
    1. Cuba lah mamapp. Senang je.

      Tq singgah ye :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap mama. Letak coklat banyak2 lagi sedap.

      Delete
  3. Rajinnya Ka.Zack!!!
    K.Long rajin juge, rajin tunjukkkk...huhuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la k.long. simple camni boleh lah hehe

      Delete