Thursday, 17 October 2013

Eidul Adha 1434H



Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar...
Allahu akbar walillahilham

Hari ini hari Tasyrik yang ke-3, hari terakhir untuk kita bertakbir raya. Semoga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan hari mulia ini. 

Tahun ini kami menyambut hari raya qurban di KL sahaja. Sementelah hari raya tahun ini jatuh pada hari Selasa selain keadaan saya yang semakin sarat. Ini pun dah masuk minggu ke-37, memang tak larat nak balik kampung nun jauh di utara...:) 

Mak juga ada bersama kami. Jadi bagi saya raya saya tetap istimewa. Dapat juga makan ketupat palas dan gulai daging serai lengkuas air tangan mak. Abg Cik dan keluarga juga turun ke KL untuk menyambut raya bersama mak. Anak-anak buah saya (Anas & Aqim) juga berkumpul di sini. Juga Aida yang juga tengah sarat, sempat datang beraya. Haf & rakannya juga sempat berkunjung ke rumah. 

Menu untuk raya ni saya buat laksa, kek coklat dan ketupat palas mak. Itu je... dah x larat nak ke dapur...:) 

Ketupat ready untuk di rebus. Tahun ni saya berjaya 'cucuk' 23 biji...:)
Mula tu saya ingat dah tak larat nak ke surau, tetapi bila Hubby volunteer untuk bawak kids bersama dia, terus saya bersemangat untuk ke surau. Bukan apa, budak2 tu kalau dengan saya, lain macam sikit manjanya, susah nak control. Hehehe...

Abang and the gang, saf paling belakang. Tapi suara dia paling kuat masa takbir raya...:)
Selepas solat raya, Hubby ke surau semula untuk melaksanakan gotong royong qurban. Mak ambil satu bahagian qurban. Jadi kami yang lain pun turut serta ke surau sekali lagi. Nak tengok orang sembelih lembu. Semua sekali 10 ekor untuk tahun ni. Alhamdulillah, sempurna hajat mak nak buat qurban. 

Lembu mak sedang ditumbangkan untuk disembelih
 Lepas Zohor sekali lagi kami anak beranak ke surau untuk makan tengahari. Nasib baik rumah belakang surau je, senang nak berulang alik. 

Itu je cerita raya saya untuk tahun nie... take care! 

Tahun ni para petugas berpakaian merah - sedang sibuk membahagikan daging korban
 
Sup tulang - menu istimewa disediakan pihak surau

2 comments:

  1. gambar yg last tu paling syok hehehhehe
    take care kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg akak yg amikkan zah.. nak amik sendiri segan..hehehe... tapi share2 tau, bkn mkn sorang pun...:)

      Delete