Akhirnya dapat juga saya upload cerita raya kami sebagai kenang-kenangan di masa hadapan… namun dalam kegembiraan kita berhari raya, harapnya kita tidak lupa dengan pertumpahan darah di bumi Anbiya’ Mesir, Syria juga Palestin. Juga penganiayaan terhadap saudara-saudara kita di Myanmar dan Bangladesh yang kurang diberi perhatian.
Berbalik kepada
cerita raya kami, Alhamdulillah kami menyambut secara sederhana. Seperti
kebanyakan ibu bapa yang lain, perbelanjaan untuk anak-anak yang diutamakan,
tak gitu?
28 Ramadhan
Kami pulang lebih
awal ke kampung tanpa dirancang sebenarnya…hehehe.. kebetulan suami ada tugasan
luar dan balik awal hari tu, kami terus tukar plan. Gembira sungguh rasa hati!
Jam 2.30 petang kami bertolak pulang ke Kedah. Alhamdulillah perjalanan sangat
lancar, hanya sesekali sesak itupun kerana ada kemalangan. Kesesakan teruk yang
kami alami hanyalah bila tiba di Penang, antara tol Juru ke tol Sg Dua
mengambil masa lebih kurang sejam untuk kami harungi. Ini disebabkan kami
bertembung dengan rakyat Penang yang pulang bekerja waktu itu. Sudahnya, kami
berbuka puasa di bahu jalan, selepas tol Sg Dua. Satu pengalaman baru buat
kami. Mujur juga kami telah membeli makanan awal2 sewaktu singgah di R&R Sg
Perak. Jam 9.30 malam kami tiba di Jitra, Alhamdulillah.
29 Ramadhan
Rendang untuk Mertua...:) |
Memandangkan tahun
ini semua anak Umi (MIL) akan beraya di kampung mertua masing-masing, Umi
berhajat untuk menyediakan rendang sebagai buah tangan. Tugasan ini diserahkan
kepada saya. Seawal pagi saya bertungkus lumus di dapur sebab target by Zohor
nak setelkan semua. Saya ada rancangan dengan cousin, Z untuk meronda-ronda
pekan Jitra. Setel masak rendang, Umi minta saya sediakan kari ayam bersama
rebung untuk berbuka nanti. Siap!
Selepas berbuka, kami
bertolak ke kampung saya. Sebelum balik ke rumah mak, kami singgah sebentar di
rumah Mak Lang menghantar sayur (bayam & kangkung) yang dikirim oleh Abang
ipar saya. Kebetulan K.Di sepupu saya akan mengadakan sedikit kenduri
kesyukuran pada 1 Syawal. Kami selamat tiba di rumah Mak sekitar jam 10.00
malam.
1 Syawal
Masjid yang sangat 'istimewa' |
Kami menunaikan solat
sunat Aidil Fitri di masjid kampung saya, masjid yang menjadi saksi saya dan
suami diijabkabulkan… jiwang pulak di pagi raya….:)
Suka sangat pic ni... rasa nostalgia sangat |
Seterusnya kami
memulakan ziarah raya di rumah-rumah jiran terdekat yang merupakan sanak
saudara kami. Dari rumah K.Di ke rumah K.Mah, kami berziarah dengan niat
mengeratkan silaturrahim sesama kami. Ada yang sudah bertahun tidak bertemu,
sudah pasti pertemuan kali ini sangat mengujakan.
Selesai ziarah di
rumah sanak saudara keliling rumah, kami ke rumah Mak Lang saya untuk makan
t/hari. Seronok tengok bayam yang kami sedekahkan malam tadi, sudah bertukar
menjadi sayur bening. Menu lain termasuk kari ayam bersama rebung, sambal
petai, ulam-ulaman, ikan goreng… memang menyelerakan makan masakan kampung di
pagi raya!
Geram sangat dengan petai kat rumah kazen nie |
Hero-hero saya kepenatan kutip duit raya |
Kami menyambung
ziarah ke rumah sepupu saya, Abg Hi. Hanya mampu menjamah bihun goreng dan air
sahaja, maklumlah perut sudah kenyang… kami meneruskan perjalanan ke rumah Kak.
Sampai di sana rumahnya tertutup rapat, rupanya beliau pulang ke rumah Mak.
Memandangkan anak-anak sudah terlena, kami mengambil keputusan untuk balik ke
rumah berehat. Biar anak-anak re-charge bateri dulu…J
Sementara anak-anak tidur, sempat saya menyiapkan rendang ayam, permintaan Mak,
Rasanya raya kali ini yang paling banyak saya buat rendang..hehehe..
Sebelum Maghrib kami
sempat bertandang ke rumah Tok Imam kampung saya… itulah penutup ziarah kami
untuk hari ini.
2 Syawal
Sebelum ke rumah Kak, kami singgah sebentar di rumah Mak Su Limah dan Kak Chah. Kemudian terus menyambung
ziarah ke rumah Kak. dijamu mee goreng.. lama juga disini, hampir sejam. Terus
kami ke rumah P.Long, Malangnya Mak Long tiada di rumah, jadi kami hanya
singgah sebentar. Kemudian ke rumah Mak Ngah. Bertemu Mak Ngah dan
sepupu-sepupu saya – Kak Chah & K Chom yang sudah begitu lama tidak ketemu.
Kemudian kami
bergerak ke Jitra. Kebetulan hari Jumaat, solat Jumaat didirikan di sebuah
masjid di pekan Gurun. Sampai di Alor Setar kami dimaklumkan Alya, anak buah
kami yang berusia lebih kurang 4 bulan terpaksa admit di KMC kerana bronchitis.
Terus kami ke sana…
Malamnya kami
menerima kunjungan Akmal dan K.Long BM sekeluarga.
3 Syawal
Kami pulang ke
kampung suami untuk menziarahi sanak saudara sebelah ayah mertua. Sampai di
rumah Mak Teh & keluarga telah sampai. Tahun ini gathering raya adik
beradik Umi diadakan di rumah MIL. Selesai menjamu mereka, kami berehat
sebentar. Tiba pula Sharifah & suaminya. Nasi beriani air tangan Umi
menjadi hidangan buat mereka. Menjelang petang, makin ramai kaum keluarga yang
sampai.
Kuah steamboat yang ohsem - disediakan oleh Umi |
Selepas Maghrib,
diadakan makan malam – menu steamboat. Majlis bermula agak lewat kerana
masing-masing melayan tv – pertemuan antara M’sia vs Barcelona. Istimewanya,
kambing golek yang dibawa oleh Abg Long, yang kebetulan menguruskan catering. Kenyang
makan, kami ke KMC menghantar barang kepada adik ipar saya. Terserempak dengan ex-office
mate, Ayyub. Rupanya anak Ayyub juga dimasukkan ke KMC kerana cirit birit.
4 Syawal
Seawal jam 6.30 pagi
saya ke dapur menolong Umi menyediakan sarapan. Kami akan bersarapan beramai-ramai
di kebun Ayah sebelum sanak saudara berangkat ke destinasi masing-masing. Menu –
nasi lemak, sambal tumis ayam, daging goreng kicap madu dan mee goreng. Sampai di
sana masing-masing teruja melihat buah dokong yang sedang meranum, begitu juga
rambutan dan cempedak. Umi sempat menggoreng cempedak untuk dijamu kepada
adik-adik & ipar duainya.
Kereta bersusun-susun masuk ke perkarangan dusun Ayah |
Jam 11 kami bertolak
balik ke rumah untuk bersiap-siap menghadiri majlis pertunangan adik Cik Ja di
Santan. Dari Kangar kami ke Alor Setar, menziarahi Alya sambil membawa Haziq
& Husna bertemu ibu & abah mereka. Maklumlah sepanjang adik mereka
dirawat, mereka ditinggalkan dengan kami. Kami ke Pekan Rabu dengan hajat ingin
menikmati the femes ABC, malangnya kedai belum dibuka. Kempunan saya!
Malamnya kami
menerima kunjungan Kak Ngah & keluarga beserta adik-adik iparnya. Menjelang
jam 11.00 malam saya terpaksa minta diri untuk tidur memandangkan besok kami
akan bertolak balik ke KL.
5 Syawal
Co-pilot yang tak boleh berenggang dengan spek hitam Umi |
Kami bertolak pulang
ke ibu kota. Jalan agak sesak jadi kami memilih untuk mengikut jalan biasa.
Dari Taiping – Teluk Intan – Sungkai – Tg Malim then masuk semula ke hiway
PLUS. Alhamdulillah perjalanan kami selamat & lancar.
No comments:
Post a Comment