Tuesday, 18 September 2012

Open Houses Eid 2012

Orang dah ke bulan, saya baru nak upload gambar-gambar raya. Memang tunggu Syawal berlabuh pun sebab nak kumpul gambar dulu.. inilah akan jadi kenangan bila dah tua-tua nanti....hikhik..


Raya tahun ni B & me dua-dua kena mouth infection. Jadinya inilah ubat yang Doc bagi. Seminggu lebih jugak kami tak boleh nak makan dengan sempurna sebab ulser di lidah, gusi & langit-langit. Ubat yang Doc bagi ni memang mujarab.

Suka sangat pic nie, sweet & cute. Pic ni taken kat rumah K.Wan sempena open house & bday party doter dia. TQ K. Wan for the invite,  sampai jugak saya ke Bukit Indah.

Keluarga besar certians - Abang, Hanan, Yusuf, Che Kiah, Haziq, K.Yong & Chah tengah kusyuk tengok ikan yang tak seberapa ekor dalam kolam 'besar' Ibu Izah

Baked macaroni - before went into oven, perfectly arranged and prepared. But when it came out from the oven, it turned to be makaroni goreng! Amazing kan? haahahaha... len kali buat ikut resepi, ini nak bajet pandai kan dah x jadi... hehehehe

Last day Syawal surau buat open house, sempatlah singgah sebelum ke rumah Uncle Shy. Nyaris-nyaris tertinggal handphone kat sini sebab asyik sgt snap gambar sana sini!

Suka sangat pic nie. Very lovely maklumlah shot by pro photographer, Pn Isma cayang. Ini masa kat rumah bos, saya makan banyak sebab baru elok dari sakit mulut. Sanggup skip 1 hari puasa 6 demi open house bos nie

Laksa yang saya hanya mampu pandang, tak mampu nak makan. Ini masa jamuan ofis. Tapi tahun ni jamuan raya ofis tak meriah sebab jemputan tak ramai kot, buat internal je. Photographer pun masih cuti raya lagi...:)

Homemade dadih resepi ibu mertuaku. Ini untuk jamuan pot-luck certians. Nanti free2 leh share resepi

Opal yang botak! Pic taken kat rumah Habib, 1 Zulkaedah. Orang dah habis raya dia buat lagi open house. Takpe Bib, janji akak kenyang. Rasa nak tapau pun ada gak esp the fried chicken. 

Live nashid performance @ Hana's wedding. B dah start demam masa nie but kami penuhi juga jemputan Hana nun jauh di utagha tanah air.

See? Tuan rumah bergambo ngan Norman KRU. Tak jeles pun.. kalau Anuar Zain confirm cek jeles!

Adik & Opal teruja main lampu pelita. Boleh diorang letak batu atas api tu bagi padam. Kesian tuan rumah susah hati dia dengan gelagat hero-hero nie... TQ Uncle Zul, nexy year kitorg datang lagi...:)








 

No comments:

Post a Comment