Thursday, 22 December 2011

Bandung 2011 - Day 2

Jom, kita sambung crite pasal Bandung nie..

 Inilah menu breakfast ai utk arini. Xtau lah kenapa tapi tiap kali stay kt hotel pagi2 mesti nak makan roti.. rasa sedap semacam je roti kat hotel nie.. Lagi satu sebab saya amik roti that morning sbb takut food lain x leh telan (x kena ngan selera)

 Tadi dah makan roti sekeping, amik plak nasi goreng.. Uish, marvelousnya nasi goreng nie.. x terasa cam dok kat Bandung.. chef dia org M'sia kot sebab nasi goreng tu memang rasa cam nasi goreng kita masak kat rumah tu.. i mean rasa dia xdelah weird ke pelik ke..sedap

 Cantik deco dalam cafe nie.. cosy and comfort

 Saya snap gambar betik ni sbb saya kagum sangat betik dia besau bebenor. Isi dia mesti manis sebab betik ni nampak menggoda sekali...:)

Rock mellon ni pun sama, nampak sangat menarik. Cantek plak nampak pasu tu..

Untuk hari nie kitorang meeting kat GPH nie, so xdelah kelam kabut nak kemana-mana. Dah puas round ballroom segala, kitorang naik bilik jap utk solat Zohor then bergegas ke Hilton plak. Ada site visit kat sana around 1400 hrs.

Nampak x keta biru tu? Itulah taxi Bluebird, only this taxi yang reliable kat sini. So kalau uols datang Bandung, carilah taxi ni. Even the locals pun advice us to take this taxi. Since this is a reputable company, dia ada banyak rangkaian - call je nanti dia send taxi utk kita. Kereta yang digunakan ialah Vios. Minimum charge is Rp25,000. 

Petang tu kitorg meeting ngan org Hilton Bandung. Compared to GRP, Hilton lebih moden in term of deco & design. Security kat sini very high, siap kena buka boot taxi lagi then dia scan keta. nak masuk hotel pun kena lalu scanner gak. Ikut kata boss kalau di Jakarta pun sama esp foreign hotel. They tightened the security after bombing kat JW Marriott dulu tu. Kitorg tour sini lebih kurang sejam. Ballroom was occupied so dapat tgk 1/3 je lah. Ada function masa tu...


 Kitorg kat Hilton nie ikutkan lunch time tapi sales person dia xde plak offer lunch. So, bila bos tanya lapar x? Terus je lah ai jawab lapar. Then boss g check kat cafe dia, blh order ala carte. Baik bos i nie.. So inilah menu lunch kami (Ms A & i) - nasi goreng nusantara. Again, sedap bangat. Sedap pada saya bukan in term of rasa je, tapi menepati tekak saya (maksudnya though food ni made in indonesia tapi rasa cam M'sia gak. Cook dia orang M'sia nie..:) Bos ngan COO order nasi putih with  oxtail bakar. Segan plak nak snap gambar. Cuma panggilan kt sini lain, diorg x pangge oxtail tu ekor but ***tut. Bukan mencarut ye, memang gitu panggilannya. Segan nak tulis...:) 


From Hilton tu kitorg berpecah ngan bosses sbb diorg nak meeting with someone. Bos pesan suruh kitorg gi jalan dan naik taxi BlueBird je. So kitorg pun minta concierge to call kan, suh taxi hantar ke Jalan Riau, tempat shopping yang banyak factory outlets to. Factory outlet ni jual barang-barang (esp baju, bag, kids ware etc yang reject by the US company. US company cam Gap, Oshkosh etc nie produce baju2 diorg yang branded to kat Indonesia cause labour cost sini murah, but if there is any kerosakan i.e jahitan senget ke, benang tercabut ke so diorg reject utk masuk market US. Jadi, disinilah produk2 tu dijual. Sebab tu ramai org shopping sini sbb blh dpt barang branded with special price. Info ni saya dpt dari member Bandung kitorang. Tapi nak kata murah sangat pun xdelah jugak, i mean cam baju kuning Opal tu kalau convert ke RM dalam RM27 gak. Kalau beli kt KL nie belum tentu saya beli. Since hujan masa tu, xdelah beria pun kitorg shopping. Lagipun dalam kepala dah set nak shopping kat Pasar Baru. Tapi sempatlah jugak saya sambar baju sorang selai utk buah hati saya kat rumah. Masih teringat2 handbag yg cantek kat 1 kedai tu, tapi apakan daya duit Rp x cukup... So if happen uols datang sini, sediakan Rp banyak2 ye.. kalau takat RM100 tu blh beli cam diatas je. Kat sini xleh tawar menawar, sbb harga fixed. Nak tawar menawar sila ke Pasar Baru k. Dari sini kitorg balik ke GRP naik beca je.. best sebab angin sepoi2 bahasa tu rasa nyaman sangat. Lalu pulak celah-celah jalan yang x berapa sibuk so boleh nampak 'the other side' of Bandung. Nampak cikai je, tapi ini antara kenangan paling manis saya di Bandung - naik beca.

Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment