Sunday, 21 September 2025

Beli Jiwa ❤️


Petang semalam Ummi Walid keluar beli Sparato Pizza dan brownies Mamasab. Saja la belanja anak² sebelum semuanya kembali bersekolah. 

Pizza Ummi ambil Hawaiian Chicken. Sedap lagi yang beli sebelum ni, Smoked Beef. Brownies tu pula ada offer RM38 sampai esok (22.9).  

Nak makan sebelum Maghrib tak sempat. Sekarang kan Maghrib awal. 

Sementara diorang ke surau, sempatlah Ummi goreng nasi. Kakak pula bakar chicken wings dalam AF. 

Selalu dia air-fry chicken wings yang dah ready to cook macam Ayamas tu. Kali ni Walid beli ayam mentah. Dia bakar kosong je, tanpa garam atau marinade apa². Tapi sedaplah juga esp bila makan panas².

At the time of writing, anakanda berdua dah selamat balik ke asrama. Abang balik pagi seperti biasa, Angah pula lepas Zohor. Abang call katanya tertinggal barang, homework ke nota ntah... Angah pula kata Walid tertinggal selipar dalam kereta 😇 

Angah ada jamuan aspura, potluck. Ummi goreng nugget je. Ingatkan jamuan dorm je macam selalu, rupanya jamuan asrama. Anak bertuah tu pun hari ni baru nak bagitau. Apa yang ada je la... 

Saturday, 20 September 2025

Abang ~ SPM Part I

Simpan sini catatan dan kenangan anak sulong kami ambil SPM. SPM ni memang peperiksaan penting dan istimewalah kan bagi hampir semua rakyat Malaysia bila di Tingkatan 5. Ummi yang dah berpuluh tahun ambil SPM pun dok ingat lagi perkara² berkaitan SPM. Antaranya kami beramai² makan nasi ayam lejen di Pekan Rabu usai ambil keputusan SPM. Kadang bila tahu tahun bila seseorang tu ambik SPM, automatik tahu umurnya juga :) 

Kembali kepada tajuk, SPM sekarang ni banyak betul fasanya. Tengah trial pun tiba² eh terselit pulak ujian lisan subjek agama dan Bahasa Arab. Back to back. Tak senang duduk betul Ummi Walid masa ni. Tapi bila turn Abang dah selesai tu, rasa lega sangat. 

Pentaksiran² lisan ni untuk anak² TMUA dan yang ambil aliran agama (ambil subjek BA, PAI/PQS) di sekolah menengah. Markah² akan dicampur dengan peperiksaan bertulis nanti. Zaman Ummi dulu rasanya takde lisan BA dan PAI ni. 

1. UTQH (Subjek Pendidikan Islam)

Abang kena 18.8, hari pertama 💪🏻
Hafazan Surah Al Mukminun, Al Kahfi dan hadis. 

2. Lisan Bahasa Arab 

Giliran Abang hari kedua. 

3. Lisan Hifz

Abang hari pertama, antara calon terawal. 

4. Lisan Maharat Al Quran 

Pun hari pertama juga.

Alhamdulillah selesai semua ni legalah sikit. Kebetulan pula habis ujian semua ni cuti sekolah, bolehlah bertenang sekejap. Sekejap je la sebab lepas ni sambung stress untuk ujian amali dan lisan pulak 😅 


Jawatan mak ayah ni selamanya, tak boleh resign. Hadap je lah kan. Kena kuat sokmo, esp depan anak². Apapun doa yang baik². In Sha Allah yang baik² juga hasilnya. 

Gambar kenangan semasa Ujian Mendengar BM & BI (Percubaan) pada hari terakhir sekolah sebelum balik bercuti 12.9 tempohari. Jumaat tu juga last day katanya untuk cikgu² key in markah trial. Mudah-mudahan ada rezeki utk Abang dapat keputusan yang baik kali ni. 

All the best Batch 08 💪🏻

Ayam Gepuk

Orang lain dah berzaman makan, dah repeat berkali² pun. Ummi pula baru first time cuba ☺️
Takpe, hidup ni bukan perlumbaan. 
Tiber haha... 

Ini pun bukanlah Ayam Gepuk berjenama besar. Ada penjual buka payung tepi jalan je. Namanya Ayam Gepuk AZ. 

Ummi tengok dari WA status Kak Iqa. Katanya sedap dan mengenyangkan. Porsi nasi besar dan ayam pun besar juga. Disertakan juga sayur kobis, tauhu, tempe, timun serta sambal gepuk, sup kosong dan kicap. Satu pek ni RM9. Sambalnya standard je kepedasannya, takde level² macam dekat restoran² ayam gepuk tu. 

Nasi boleh kongsi 2 orang, memang besarlah porsinya. Selain sambalnya yang sedap, sayur kobisnya (bawah ayam) tu sedap. Katanya goreng kosong je ye? 

Alhamdulillah merasalah juga makanan viral ni. Tq Walid belikan 🫰🏻

Friday, 19 September 2025

Recap ~ Week 37, 2025

Week 37: 10/9-16/9/2025

RABU Sampai parcel yang mengandungi seluar sekolah Abang. Jenama ni ada plus size. Sebelum ni dah beli, tapi Cikgu Disiplin tegur katanya bukan warna hitam. Kami order warna hitam tapi kata Abang blue black. Order je lagi sekali. Mujur RM35 camtu je. 

KHAMIS Lunch pack Walid dapat sempena bawa sesi town hall dengan CEO baru. 

JUMAAT Ummi keluar awal jemput anak² di SRAI. Takut jalan jammed. Sampai kemain awal, sempatlah beli lepat labu dan kuih² lain. Konon nak lepak dalam van Cik Ita sambil makan kuih. Tapi member pergi lepak dalam kereta Cik Aida pulak 😅 

SABTU Abang joined kelas Cg Dahliza ni. Mujurlah kami ambil kelas online. Hari ni kan jammed teruk tu, sebab cuti sekolah dan cuti Hari Malaysia. Kelas pun terpaksa mula lewat, CD dan students yang joined kelas fizikal trapped dlm traffic jam. Kelas ni di UIA, segala dengan orang nak ke Tol Gombak. 

AHAD Ummi Walid breakfast dekat food court. Ada Kuliah Dhuha di food court ni setiap Ahad. Okay juga pendekatannya. Sambil menjamu selera, boleh juga dengar kuliah santai². 

ISNIN 'Cuti PMX bagi' 
Layan Adik main jenga blocks, selain Uno. Abang², kakak tak nak main, Ummilah kena main dengan dia 😆 

SELASA Abang ada tuition Kimia. Lunch time dia cuma makan roti, malas nak makan berat. Habis kelas, Walid bawak makan nasi di Nas Bistro. Dia ambil lauk telur ikan, telur sotong, telur dadar dan peria goreng. Amik hang, sepinggan ni 24 ringgit 😅




Rezeki Jumaat

Alhamdulillah sejak malam tadi (Khamis malam Jumaat) mewah dengan pelbagai rezeki Allah bagi. 

Nasi Minyak lauk kambing dan ayam serta pelbagai dessert dan buah. Kenduri kahwin ke? Bukan, kenduri arwah (tahlil) anjuran keluarga arwah Ustaz Zul. Mewah makanannya. 

Uncle Hussein baru sampai dari Melaka. Balik kampung makan kenduri dengarnya. Banyak dapat goodies, dipanjangkan sedekah kepada kami. Jeruk Madu Pak Ali pun ada. Ummi simpan dalam Tupperware. Bolehlah kudap² nanti. Penangan FA naik pelamin, muka Pak Ali pun sekali imbas nampak macam FA 😂 

Anak #2 hantar gambar. 
Dapat lunch pack di masjid. Ummi hantar awal suruh iktikaf, depa dok makan la pulak 😅 

Alhamdulillah atas nikmat kurniaan-Nya. 

Thursday, 18 September 2025

Bukit Pencawang w Adik

Adik teringin nak ikut Ummi brisk walking. Jom Ummi naik bukit ajaknya. Jom!!! 

Half way tu dia dah almost give up. Jumpa Cik Leha & gang yang dah nak turun bukit. CL bagi support, naik naik, sikit lagi 💪🏻 


Akhirnya sampai juga Adik di puncak bukit. 
Well done 👏🏻👏🏻👏🏻

Tunjukkan dia lubang semut, takut pulak dia 😅
Ummi kecik² dulu suka ambil kemuncup, masukkan dalam lubang semut ni. Nanti semut dalam tu gigit kemuncup tu, bila kita tarik keluar kemuncup tu, semut ikut sekali. Takde kerja kan :D 

Asam Rebus Ikan Tauhu


Nampak cantik ikan ni, ada warna kuning dan pink di bahagian ekornya. Penjual kata ikan tauhu. Bila Ummi Google, ikan tauhu jenis ni dipanggil ikan tauhu jepun. Ada satu lagi jenis lain. Tak banyak tulang, isinya lembut dan sedap macam ikan merah, siakap kata penjual tu lagi. Ummi pun ambillah 2 ekor. 

Beberapa hari lepas Angah bawa balik bunga kantan yang cantik ni. Itu yang timbul idea nak masak asam rebus. 

Gambar kurang lawa, dah tinggal separuh baru teringat nak ambil gambar 😅 Sebab pertama kali masak ikan ni, wajiblah ambil gambar kan walaupun dah kena usik. Bunga kantan tu Ummi tak belah, tapi kopekkan layer by layer. Tak habis pun sekuntum tu. 

Bagi Ummi ikan ni tekstur isi dan tulangnya mirip dengan ikan kerisi. Kalau siakap tu isinya lebih lembut. Rasanya sedap, macam rasa ikan :D Tapi kena hati², tulangnya jenis kasar dan keras (macam tulang ikan kerisi). 

ASAM REBUS IKAN 
1. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan sedikit belacan. Ummi terlupa kisar kunyit hidup, ganti dengan serbuk kunyit. Itu yang kuah pucat sikit. 
2. Masukkan dalam periuk, buka api. Masukkan juga serai yang dititik. Biarkan seketika hingga bahan kisar mula mendidih. 
3. Masukkan air secukupnya, daun kesum dan bunga kantan. Masukkan juga ikan dan asam keping. Tutup periuk. Bila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api. Siap! 

Sukatan bahan agak² je la ye... Ummi main campak² je ☺️