Wednesday, 16 February 2022

Jemput-Jemput Roti

Pagi tadi buat sandwich telur. Bahagian kerak roti tu Ummi simpan. Nak buat puding roti takde susu cair. Jadi, Ummi buat jemput-jemput roti. Sebelum ni pernah buat, tapi Ummi blend kerak tersebut kemudian campur tepung gandum. 

Kali ni lebih simple; carikkan kerak roti kemudian pecahkan 2 biji telur ke atasnya, tambah cili, bawang merah, daun bawang yang telah dihiris. Gaul sebati. Tambah sikit air jika kerak roti tak berapa kembang. Tapi, air jangan banyak sangat, nanti susah nak kepal adunan. Masukkan 1-2 sudu serbuk Maggi Cukup Rasa. Kepalkan adunan dan goreng keemasan dalam minyak panas. Hidangkan bersama sos pencicah. Resepi ni Ummi ambil dari Majalah Rasa. 

Nampak macam begedil :) 

Sayuran tu ikutlah nak letak carrot ke, daun sup ke, kucai ke ... Letak ikan bilis pun sedap. Selamat mencuba 🤗

#Maaflah, gambar tak cantik, bersiaran live dari dapur. Dah sampai meja makan, confirm tak sempat ambik gambar. Peminat serbu 😆

Tuesday, 15 February 2022

TimMie Mini Burger

Patutlah dah lama tak update blog, rupanya kawan blogger kita, Cik Puan Suzie sibuk berniaga :D Macam-macam  dijual; mini burger, sate kebab jenama TimMie

Sabtu lepas Ummi minta COD mini burger. Hari-hari tengok di WA Status beliau, teringin juga nak mencuba. 

Buat sarapan untuk Angah ke tuition... 

Walaupun saiznya kecik comel, macam potata bun tu, tapi mengenyangkan. Patty dia sedap, Ummi suka. Rotinya lembut, warna warni lagilah budak-budak suka. 

Nak menyediakannya pun senang sangat...

Ummi cairkan sedikit butter atas non stick pan, then grill rotinya. Roti tu belah dua dulu ye.

Sebelah dapur lagi masak patty-nya... Sama juga, grill dengan sedikit butter yang dicairkan. 

Letak patty, sos cili dan mayonis. Sayur semua takde. Kalut pun iye juga sebab pukul 8 dah kena keluar rumah. 

Selain untuk makan sendiri, nak buat jamuan pun sesuai mini burger ni. Nak mudah, order ready to eat set dengan Suzie. Nampak ada juga tempahan untuk jamuan akhir tahun sekolah.  
 

Satu set ada 20 biji. Semalam Ummi masak lagi sekali untuk Angah buka puasa. 

Masakkan juga lauk perut masak lemak + rebung yang dibeli di pasar pagi Greenwood

Cakoi untuk berbuka tajaan Aunty Farah :) 

Kuah kaya tu Ummi buat sendiri. Kacau punya kacau, tak berkilat juga terus tutup api haha... Rasa kaya tu adalah, rupa je tak comey :D 

Selamat maju jaya untuk Suzie 🤗 

Monday, 14 February 2022

Air Asam Perut Muda 😋

Lama sungguh tak ke pasar pagi Greenwood. Ahad lepas singgahlah sekejap, nak beli ikan... 

Sampai di gerai jual ayam/daging, singgah beli perut lembu (perut tebal) sebab anak-anak  request nak makan perut masak lemak. Sambil tu nampak perut muda tergantung elok je dekat pencangkok daging tu. Sekilo 30 ringgit. Lama betul Ummi tak makan perut muda ni. Lepas Tok Wan meninggal jarang beli perut muda. Sebab nak dapatkan perut muda ni dulu-dulu kena awal pergi ke pekan Khamis. 

Arwah Tok Wan dulu, lepas Subuh dah ke Parit Panjang. Jiran-jiran pun kalau teringin nak order perut, paru, hati, limpa dsbnya akan kirim duit pada Tok Wan sehari sebelumnya. Lepas Tok Wan meninggal, arwah Wan Teh ambil alik job ni. Tapi sekali sekala je arwah Tok minta tolong beli, terutama bila menjelang raya. Bila Tok duduk dengan kami, tak pernah beli perut muda ni. Sesekali ada juga Tok sebut nak makan, tapi tak jumpa orang jual. Kalau ada pun, belum dicuci. Tok tak larat nak buat dah, Ummi pula tak pandai. Jadinya beli perut tebal saja untuk lepaskan kempunan :) 

Kami beli tak sampai sekilo pun. Dah siap dibersihkan. Kata penjual tu, dah tembak air dalam tu... Tak macam dulu-dulu, seksanya nak bersihkan perut muda ni. Berkali-kali Tok cuci untuk buang segala kotoran. 

Separuh Ummi rebus dan cicah cili kicap. 

Separuh lagi Ummi buat air asam perut muda. Penjual cakap sedap buat begini... 

Tumbuk cili padi, belacan dan garam separa lumat. Di dalam mangkuk, satukan bahan tumbuk, hirisan bawang besar, tomato dan perut muda yang telah direbus dan dipotong. Ambil sedikit air rebusan dan gaul sebati semuanya. Perah limau nipis dan gaul. Seimbangkan rasa masam dan masinnya. Siap! 

Sekali sekala makan bolehlah, tambah-tambah dah 4-series ni ... Seram juga tengok lemak-lemak tu 🤭



Hari Sukan & Hari Anugerah Prestasi 2021

11.2 | Jumaat
Hari Sukan

Dah 2 tahun Sukan Pasti (SUKPA) tak dapat diadakan. Tahun ni kembali, tapi dalam skala kecil, sekadar di peringkat sekolah. Sukan ni pun untuk sesi persekolahan 2021 walaupun dibuat pada tahun 2022. 

Main dalam kelas, sesama murid je...Mak ayah pun tak boleh datang tengok.  

Medal pula masing-masing dapat 1 emas, satu perak. Main suka-suka... 

Takpe, yang penting Adik dapat juga sertai hari sukan macam Abang, Angah dan Kakak

12.2 | Sabtu
Hari Anugerah Prestasi 2021 & Graduasi Tahun 6

25.1 ada Ujian Celik Minda di Pasti. Ujian ni ganti Peperiksaan Akhir Tahun agaknya, sebab PAT takde kali ni.

 Alhamdulillah Adik berjaya dengan cemerlang dan dapat Anugerah Celik Mumtaz dan Celik Minda untuk kategori 5 tahun. Best friend Adik, Arifah dapat Anugerah Celik Cerdas. 

Majlis ringkas di sekolah; datang ambil hadiah, bergambar dan balik. Cikgu sediakan backdrop, robe & topi dan hire photographer. Jadilah, buat kenangan. Untuk majlis graduasi murid 6 tahun  sama juga prosedurnya. Elok juga majlis sebegini, ringkas dan jimat masa. Datang pun pada waktu yang ditetapkan, takde masalah parkir dan tak perlu bersesak. Cuma tak meriahlah :)

Hadiahnya.... Dapat 2 set alatulis. Yang lagi satu, set Hello Kitty dia bagi Kakak :) 

Tahniah Adik 👏👏👏

Sunday, 13 February 2022

Aiskrim Nestle Musang King

Sebagai hantu durian sejati 😁 teringin juga nak merasa aiskrim keluaran Nestle ni. Tambahan anak4 pun tak habis mengipas "beli la Ummi...beli la .." Iye, Ummi beli, bila jumpa nanti... 

Singgah Giant Mini balik ambil Angah dari tuition tadi... Angah pun ikut sekali, dia jenguk dalam freezer tu adalah pulak 😅 

Satu RM6.50.. Kalau enam? 
Pi 'cucuk duit' kat Walid :p

Buka je plastik, bau durian satu rumah! Memang kuat bau dan rasa duriannya. Adik, peminat tegar aiskrim terus tak nak! Sebaliknya Kakak pulak yang suka, makan 2 batang termasuk aiskrim Adik. Angah & Abang pun suka. 

Dari segi rasa, premium, sesuailah dengan harganya tu. Kenyang pun kenyang sebab saiznya lebih besar dari aiskrim biasa. Nak habiskan sebatang aiskrim pun rasa sengkak, ditambah dengan rasanya yang 'heavy'. Lepas makan aiskrim ni, boleh pulak sendawa bau derian 🤭
 
Bagi Ummi, dapat rasa sekali pun jadilah. Lepas dah hajat hihi... Kalau repeat beli pun, untuk anak-anak je. Tapi, kalau nak bagi durian Musang King, anytime Ummi tadah tangan... Kalau durian kampung laaaaagi Ummi suka :p





Friday, 11 February 2022

Minum Petang di Mel's Corner, Sri Gombak

9/2 hari tu Walid dapat kebenaran balik ke rumah after lunch, sebab ada staff (same office, tapi lain department) +ve Covid :( Sampai di rumah, sambung kerja WFH... 

Habis kerja, pukul 6 tu Walid ajak keluar minum petang. Kami pilih Mel's Corner di medan selera berhampiran Giant Mini. Walid nak ke Conelli depan tu, senang 1x park kereta je. 

Mel's Corner (MC) ni terkenal dengan cendol durian. Ada sebiji replika durian besar atas bumbung kedai tu :D Tapi, kami tak order food dari MC, sebaliknya dari dapur sebelah, Dapur Bonda kot.. Lupa namanya tapi kedai ni bersekali dengan MC juga. Sebab Adik nak makan nasi goreng. MC jual Western food. 'Goreng-goreng' dapur sebelah tu la. Yang ada tulisan  بيسم الله tu... 

Bersih kedai ni 👍

Ummi & Walid share mee goreng. But, it was a bit masin.

Nasi goreng Cina ni sedap. 

Pinggan tu 👆 Terus teringat arwah Tok Wan. Pinggan dan cawan Tok Wan arwah Tok sediakan khas; pinggan bunga kangkung hitam.  Pinggan kami (Ummi, Pakcik, Abg Aqim, Abg Anas) bunganya warna pink. Kami memang dilarang guna pinggan & cawan Tok Wan ni. Waktu makan pun, kena Tok Wan ambil dulu lauk baru turn anak cucu. Begitulah kami diajar agar hormat kepada Tok Wan. 

Tapau-kan fish & chips untuk anak3. Western food ni order dekat MC. Harga dia quite cheap; RM 8-10 per set. 

Nanti nak pi makan yong tau fu dengan cendol durian pulak :p 

Mel's Corner
No.30, Jalan SG 1/8
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

# Update: D'Kampung Nenda nama kedai goreng-goreng tu :D 

Thursday, 10 February 2022

Buah Jambu


Geram tengok buah jambu Ummi ni .. Dah nak kembang tu... Tengah fikir lagi camne nak ambil... Nak kait takde galah. Kena guna tangga agaknya.Yang atas tu dah masak, tinggal separuh... Dah dimakan burung. 

Yang jatuh ke bawah ni pula jadi habuan Cik Snail...

Sebelum ni ingat snail makan daun rupanya makan buah juga. Ingatkan rekaan je dalam siri kartun Pada Zaman Dahulu :D 

Semalam 10.2 alih anak betik, hari ni 11.2 alih anak belimbing buluh pula. Saja letak tarikh senang nak track perkembangan depa. 

Moga hidup subur dan berbuah lebat hendaknya. Boleh buat sambal hitam 😋

# Entry ringkas di Pejabat Pos :)