Wednesday, 18 March 2020

PKP - Day 1



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 
Day 1 (18/3/2020)

Hari ni hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Perkara pertama yang Ummi dengar pagi tadi ialah azan Subuh. Telinga yang mendengar rasa sayu, suara yang melaungkan lafaz "as solat tu fi buyutikum" juga sebak. Allahu! Satu nikmat yang seringkali dilupakan, Allah dah tarik. Nikmat solat berjemaah di surau/masjid. Walaupun bukan Ummi yang berjemaah di surau, tapi Ummi tumpang gembira dan syukur bila Walid dan anak-anak lelaki Ummi ke surau. Sejuk perut kata orang. Apatah kaum Adam yang melazimi solat berjemaah. Pastinya lebih terasa, pastinya hiba bila kenangkan surau dan masjid yang gelap dan kosong. Pergunakan waktu yang ada untuk bermuhasabah, bertaubat. Dia Maha Mendengar, Maha Mengasihani. Moga situasi kembali aman.

Statistik hari ni... 
Credit: Source 
Ada penurunan bilangan kes, tapi jumlah kes membimbangkan. Kena terus ambil langkah pencegahan (dan terus berdoa) agar wabak ini dapat dibendung. 

Catatan Ummi untuk hari ni;

Pergerakan
Walid - terpaksa ke pejabat untuk mengambil beberapa peralatan dan fail penting untuk persediaan bekerja dari rumah sepanjang PKP. KL lengang katanya. Di ofis pun hanya ada seorang staff IT bertugas. Sekejap je keluarnya. Bila Ummi minta ke pasar beli ayam pun jawabnya "tak boleh, Walid kerja (at home)".Yelah, Ummi pun terlupa hihi... Boss pun dah remind, kena stay connected during office hour. Phone kena pick up within 3x ringing.

Ummi - terpaksa juga keluar (selepas Walid selesai urusan 👆) untuk beli barang basah. Itu pun sekejap je, takdelah mengular kemana-mana.

Aktiviti anak-anak 
Abang - belajar le... Buat latihan Didik 
Yang lain - main, main, tengok TV, bergaduh, berbaik, bergaduh, baik semula haha... 

Astro kan bagi channel free... 

Petang tadi depa layan Endgame. 

Menu
Breakfast - mee goreng, air teh susu.
Lunch - Nasi putih, tomyam, ikan bakar, kangkung rebus & telur dadar
Dinner - nasi goreng kampung & papadom

Simple je kan? Ye, sebab Ummi nak jimat resources. Takmau kerap sangat keluar unless terpaksa.

Sedih dan insaf Ummi bila kenalan doktor sharekan kisah mangsa Covid-19 yang meninggal di Johor tu. Cara pengurusan jenazah rupanya bukan seperti jenazah normal. Family pun tak dapat nak tatap, cium mahupun bagi penghormatan terakhir. Sewaktu bernyawa, arwah dikuarantin memang tak boleh melawat. Waktu meninggal pun tak boleh ziarah. Allahu Rabbi, berilah kesabaran dan kekuatan buat keluarga arwah. Serta lindungilah kami semua Ya Allah!

Stay safe ye semua ❤️

Monday, 16 March 2020

Covid-19 ~ Perintah Kawalan Pergerakan



Credit: source. 
 Siaran langsung ditunda dari jam 9. 00 ke 10.00 malam. Berikut adalah inti pati ucapan YAB Perdana Menteri malam tadi.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. 

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.


Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.

Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain.

Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.

Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat. Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.

Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.

Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.

Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.

Sunday, 15 March 2020

Rezeki hari jumaat


Alhamdulillah murah rezeki jumaat hari tu... 

Pagi ni dapat kait buah jambu depan rumah yang dah matang. Jambu kampung isi pink. Dah lama tak makan jambu jenis ni. Kecik-kecik dulu inilah kudapan kami. Asal rasa lapar, mencarilah buah-buahan kampung yang boleh dikunyah. Kadang tu, sebiji buah pakat 'tokak' (gigit) ramai-ramai. Time tu aman dari segala jenis penyakit. 


Ada satu spesis lagi, dalamnya warna putih. Pun sedap juga. Sampai sekarang Ummi ingat lagi memori makan buah jambu batu putih ni dengan childhood friend, Ja. Kami berdua panjat pokok jambu ni, duduk atas dahan dan bersembang sambil kunyah jambu. Lepas sebiji, sebiji kami makan. Pokoknya pula di tepi sawah, memang asyik berbual sambil ditiup angin sawah. 

Ini pula choco jar. Ummi order dari Shaz, diberinya extra 4 bekas. Untuk anak-anak katanya. Moga terus sukses dan bertambah rezeki ye Shaz.


Bila jemput anak-anak dari sekolah, Kakak tunjukkan badge ni. Namanya dipanggil naik atas pentas. GB sematkan batch ni di tudung. "Terketar Kakak, nama kena panggil dengan cikgu' katanya. 😂😂😂 Hadiah datang awal ke sekolah. Kakak je dapat, Abang & Angah tak dapat walaupun datang bersama-sama :)  Abang tak kisah, cuma Angah ada jugalah bunyi... Tak puas hati hihi... 


Ini pula dari ofis mate Walid. Sedap rupanya pegaga goreng rangup ni. Tak terasa macam pegaga, crunchy macam kunyah kerepek. Terima kasih si pemberi. Moga dimurahkan rezeki selalu. 


Ikan bilis, bawang goreng dan pegaga digaul mesra. 

Take care ye semua. 
Risau Ummi bila baca update Covid-19 ni.. Ada 190 kes baru di Malaysia menjadikan total 428 kes di negara kita. Ya Allah lomdungilah kami semua dari wabak ini. Aamiin.

Siaran media Ketua Pengarah Kesihatan
15 Mac 2020 @ 4.30 ptg. 

Friday, 13 March 2020

Hari Wanita 2020


Ummi letak kalendar kuda satu bawah alas meja makan tu. Senang nak rujuk sebab Ummi suka buat kerja di situ. Bukan Ummi saja, ahli keluarga lain pun selalu rujuk kalendar tu. Tok pun kalau terlupa date, tengok situlah.

Last week kan Hari Wanita... Ummi tak aware sangat pun sebab sejenis yang tak sambut pun. Tapi, kanak-kanak riang ni perasan. As usual, hari istimewa begini depa bagi Ummi hadiah. Ummi ambil je dah depa bagi hihi...

Ini dari Angah... 


As usual, hadiah bajet haha... Majalah ni beli kat sekolah. Lelong seringgit  senaskhah. Wrapper tu pula recycled. Takpe, it's the thought that counts. Sayang Angah. 

Yang Ummi touching of course kad ucapan dari Kakak. Sweet sangat... 

Tak clear tulisannya... Tapi Kakak doakan Ummi jadi anak solehah 🤭

Ummi hujung sekali, pakai tudung merah ang-ang haha... Hujung kanan ni ibu Zahra, bff dia. Ingat dia dekat bff dia... 

Ini pula Ummi dengan Mommy Z, my bff. Sweetlah Kakak ni 😘

Silap n... Ummi lagi tinggi dari Mommy tau :P

Thank you Angah, thank you Kakak ❤️

Wednesday, 11 March 2020

Nasi Padang Parit Semerah, Pontian


Ada satu kedai nasi padang berdekatan dengan Semerah Garden Hotel, Pontian. Jika di tanya kepada staff di bahagian reception kedai makan berhampiran dan sedap, inilah kedai yang dicadangkan. Tapi, disebabkan tiada kenderaan (Walid drive ke tempat kerja), hanya hari terakhir kami berpeluang menjamu selera di kedai ni. Nama kedainya Nasi Padang Parit Semerah. Dibuka untuk makan tengahari.


Kedai kampung tepi jalan je tapi Ummi tengok pelanggannya pelbagai; ada beruniform pejabat, ada pekerja TNB, ada driver lori dsbnya. Ada yang datang hanya untuk tapau makanan tapi lebih ramai yang makan di situ. Kata orang, kalau sesebuah kedai tu jadi tumpuan warga tempatan, maknanya sedaplah masakan di situ kan?

Bersih kedainya 👍


Masa sampai tu ramai orang tengah menjamu selera. Alhamdulillah dapat juga meja kosong walaupun tak cukup kerusi. Takpe, janji ada meja. Duduk dulu sementara Walid dapatkan kerusi dari meja-meja lain.

Kecur Ummi tengok segala lauk-pauk ni.




Yang paling memikat selera pastilah sambal ijo ni 😍

Alhamdulillah semuanya sedap. Cuma ayam kampung Angah ambil tu liat. Kalau empuk isinya lagi umph. Baru je diangkat dari kuali tu.





Semua ni termasuk air hanya 30 ringgit lebih je. Alhamdulillah puas hati makan. 

Istimewanya jika kita makan di gerai/warung di kawasan kampung ni selalunya peniaga tak berkira. Lauk ke nasi ke depa senduk je berlebih-lebih. Akibatnya, kenyang sungguh kami hari tu. Sampai di KL petang tu pun masih rasa lagi kenyangnya. Alhamdulillah. 

Nasi Padang Parit Semerah
Lorong Hjh Kamsiah
Parit Semerah 
82000 Pontian 
Johor Darul Takzim

Tuesday, 10 March 2020

Gotong Royong SRAI 2020



Sekitar acara gotong-royong sekolah anak-anak Ahad lepas. Kenapa Ahad? Previous years annual event sekolah ni dibuat pada hari Sabtu. Attendees tak ramai. Alasannya Sabtu ada yang kerja. Jadi, untuk tahun ni GB decided untuk buat gotong-royong pada hari Ahad. Sambutan parents? Walid kata nampak peningkatan dari tahun sudah. Alhamdulillah. Bila ramai, kerja jadi lebih ringan. Walid pun kemain jadi mandor je haha...

Kakak dan Asiah, the only T1 girls yang hadir. 

Ada parents T1 lain dengarnya segan nak datang. Takpe, Ummi dulu masa Abang T1 pun malu-malu juga sebab tak kenal parents lain. Tapi, lama-lama ok je. Aktiviti sebegini sebenarnya platform untuk kita berkenalan dengan parents dan guru-guru.






Dengan penglibatan dan sokongan murid-murid dan ibubapa alhamdulillah banyak kerja dapat dilaksanakan. Abang pulun buat kerja, cat dinding toilet dengan anak-anak T6 yang lain. Bukan setakat dinding dicat, muka dan badan penuh dengan cat. Menyinga Ummi tengok baju dan seluar dia kena cat 😬






Angah pula pandai cari kerja yang tak comot. Tolong cikgu tukar tingkap nako yang lompong. Dia tukang angkat cermin. 

Separuh hari juga depa di sekolah. Ummi tak ikut sebab Adik kurang sihat. Malas nak kejutkan dia awal pagi. 

Terkejut Ummi seplastik besar makanan yang depa, bawa balik. Sekolah galakkan bawa makanan (pot luck) manakala lunch provided. 

Memang dah tak masak le tengahari tu :) 

Ummi sokong sangat program sebegini. Selain dapat tingkatkan kerjasama antara murid, pelajar dan ibubapa, anak-anak pun boleh belajar social skills. Selain tu sedikit sebanyak mereka akan lebih menghargai usaha mereka mencantikkan sekolah. 
Well done semua!

Sunday, 8 March 2020

Kari Itik gais...


Hari tu kan Walid beli itik di Pantai Remis, Perak. Sebahagian Ummi dah buat rendang. Sebahagian lagi baru masak last week. Kali ni Ummi masak kari itik. Masak kari seperti kari ayam juga. Ummi masak guna PC Noxxa. Daging itik jauh lebih liat dari daging ayam. Tulangnya juga sangat keras dan tajam. Pisau di dapur Ummi ni memang tak lut nak potong tulangnya. 
Mujur juga itik ni dah disiang di kedai.


Kari Itik Noxxa Style
Mula-mula Ummi panaskan minyak (stir fry mode). Tumis bawang merah, bawang putih dan halia serta rempah menumis. Then masukkan campuran rempah kari + sesudu serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air (jadikan pes) serta lurutkan 2-3 tangkai daun kari. Tumis hingga pecah minyak. 


Kemudian masukkan daging itik yang dah dibersihkan. Nak hilangkan bau hamis, gaul dengan tepung gandum dan bilas bersih on top of rendam dengan air limau/asam keping. Gaul sebati dan biarkan seketika. Off button Noxxa sebab kita nak tukar mode ke HP pula. Sebelum tu masukkan santan dan air secukupnya serta asam keping. 

Tutup periuk dan adjust tombol pada 'pressure'. HP 25x. Once beep, release wap. Buka periuk dan masukkan kentang, garam /perisa dan kerisik. Sambung HP 5x lagi. OK done. 

Teringat Ummi 6 tahun lepas... Sewaktu Ummi dan Walid balik dari menunaikan haji, kami dijamu dengan lauk itik masak hitam. Maksu tempah dengan seorang  makcik ni yang berniaga lauk-pauk termasuk aneka hidangan daging itik. Arwah Pakcik dan keluarganya turut menyambut kami dan bersama-sama dijemput ke rumah Tok Umi untuk makan tengahari. Itu kali pertama arwah makan lauk itik. Tak henti-henti mulutnya menyebut akan keenakan daging itik tersebut. Sama juga dengan Ummi.... Mula mengenali dan menggemari  daging itik selepas kahwin dengan  Walid. Tok Umi rajin masak lauk itik jika kami sekeluarga balik kampung. Kiranya keluarga sebelah mertualah yang kenalkan kami dengan daging itik.

Sejak itu, kata Tok, Pakcik pun mula makan daging itik hihi... Ikutkan plannya, sempena cuti sekolah ni arwah nak datang ke rumah kami, nak suruh Ummi masak lauk itik huhu... Apa daya, Allah lebih menyayangi Pakcik. Hidup perlu diteruskan 💪💪💪