Friday, 1 September 2017

Merdeka!



Angah dengan schoolmates dia sambut hari merdeka jumaat before cuti sekolah hari tu. Macam biasa, ada perarakan dari sekolah ke padang. Seronok budak2 sekali sekala dapat keluar dari kawasan sekolah. Jalan ramai2 sambil kibar bendera.



Habis perarakan pakat buat topi merdeka pulak. Tiap2 tahun inilah kraf yang depa buat. Umi tengok tahun ni Angah color cantik dari tahun lepas. Dah ada improvement :) 



Moga kemerdekaan yang kita nikmati hari ini berkekalah hendaknya.

Tuesday, 29 August 2017

Birthday Walid


Asalnya Umi ajak Walid outing nak cari baju baru untuk Adik raya ni, sambil kenen2 suruh Walid belanja sempena bday dia. Abang Kakak semua ada lagi stock baju baru. Baju Adik habis Umi laramkan raya puasa hari tu. So untuk raya haji ni nak jugaklah baju baru untuk Adik. Tapi bila dah ke shopping mall tu takkan beli baju selai je kan. Rugi minyak keta 😁

Semua orang dapatlah toys & baju baru. Untuk Walid Umi belanja seluar track. Tak romantic betul bday gift untuk Walid tahun ni 😂 oklah tu kan dari takde langsung hehe... Tapi tu la bila sampai rumah baru sedar untuk Umi takde apa2 pun 😢 (B, take note :)


Minion ni lalu time Umi dok tunggu Walid & boys solat. Umi suruh Kakak posing dgn minion tu.

Bila abang2 nampak Kakak posing with the minion, depa pun nak juga. Mujur sempat kejar, kalau tak mesti bising depa ni.



Umi sempat beli cupcakes ni je untuk birthday Walid 😄 ikutkan nak letak wording happy birthday & susun cantik2 sikit tapi bila singgah minum kat ameena bee tu minta pinggan letak gitu je. Baru rare haha... 

To B, happy birthday. 
We love you soooooooo much. 
May you are blessed with good health, abundance of wealth, happy life and all your wish come true. 

Credit.

Monday, 28 August 2017

Sukan SEA 2017



Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran sukan sea edisi ke-29 (KL 2017) kami anak beranak ke MITEC sabtu lepas. First time sampai ke situ. Yelah, tempat tu pun baru je siap. Besar dan selesa tempatnya. Memang sesuai untuk big event macam ni. Toilet pun ada every floor, next to function rooms/halls. Surau pun ada. 


Ramai orang hari tu. Maklumlah first day cuti sekolah. Security memang tight, ada body & items scanner macam kat airport tu.  Polis pun ramai, toleh sana sini memang nampak le anggota polis bertugas. Ada booth jualan kat level 1 tu. Booth FBT yang sponsor baju atlet tu penuh dengan manusia. Walid pun tak jadi nak membeli sebab crowded sangat. 


Konon nak join la tengok apa2 tournament tapi sampai kat hall table tennis tu semua orang pakat keluar. Kami jenguk ke dalam rupanya game dah habis. Acara gymnastics pula kena beli ticket. Nak tengok bola tampar ramailah pulak orang tengah beratur. Pintu pun belum buka lagi. Sudahnya kami beli aiskrim makan kat foyer bawah tu. Ada kerusi meja disediakan. Behind us ada kontinjen dari Singapore tengah makan. Ada food trucks yg jual pelbagai makanan/minuman. 


Ini pula project scrap book sukan sea kami. Kira hobi Walid la ni. Every time ada special events like sea games, world cup mesti buat scrap book. Hobi Walid tu dah berjangkit ke Umi 😀 gigihlah kami suami isteri kumpul gambar menarik untuk diabadikan dalam scrap book ni. Nanti dah siap Umi share ye. 

Dari mitec kami ke sunway putra mall. Bawa anak2 jumpa Thomas. 






Ada playland kat situ, free admission je. Dapatlah depa main kejap. Nak naik Thomas kena tunggu trip pukul 3 pula sebab dah missed earlier trips. Memang taklah. Thomas ada kat sunway putra mall ni sampai 3 Sept. Bolehlah kalau ada yang nak bawak anak jumpa Thomas. But mind you, ada products sale and promotion untuk toys Thomas & friends ni. Playland tu umpan je hehe. But the SAs sumer taklah agresif promote/pujuk suruh beli pun. Cuma takut anak2 mengamuk nak toys je nanti 😇

Mujur Abang & co takde yang nak toys. Depa cuma frustrated je tak dapat naik Thomas. Takde rezeki ye anak2... 

Sunday, 27 August 2017

Merajuk la konon...😉


Credit.
Salam isnin...

Dah lama tak bersiaran hikhik... Sebenarnya Umi merajuk la konon sebab tiba-tiba je dapat notis dari telco cakap Umi dah fully used up quota broadband umi. To continue surfing please top up bla...bla... Malaslah Umi nak layan sebab belum sampai due date utk buat payment lagi. Sudahnya jadi 'siput' la line internet Umi. Since Umi ni loyal customer telco ni, Umi dapat complimentary 4G speed so hari2 biasa tu memang laju sungguh speed dia. Tak sempat kelih kata orang Kedah 😀 

Bila jadi gini, it took about 2-3 minutes utk loading satu2 page/website tu. 2-3 minit je but it seems like ages sebab Umi dah terbiasa sekelip mata je dah dapat loading. Tambah2 kalau yang .com tu memang lambat. Blogspot OK lagi cuma gambar lambatlah loading. Umi baca cerita je, gambar tak penting hikhik...

Hari2 Umi blog walking tapi tak tinggalkan jejak sebab nak sign in dekat account sangat slow. Buang masa Umi, baik Umi layan Dendam Aurora lagi best 😉 

Malas nak kusutkan fikiran Umi biar je sampai deadline baru bayar. Ni dah setel la kesnya itu yang kembali bersiaran :) banyak nak share ni. 

Till then. 

Thursday, 17 August 2017

Quest West End Apartment, Perth




Jomlah kita jenguk tengok apartment yang Walid stay masa pi Australia bulan puasa hari tu. Kot ada yang plan nak ke Perth bolehlah consider stay kat sini.

Walid ambil apartment 2 bilik, shared with his colleague, F. Harga semalam rm850. Kalau 1-room apartment macam the boss & female colleague ambik tu rm650/night. Nampak luas, selesa dan bersih apartment ni. Everyday ada cleaner datang buat housekeeping, macam hotel. Facilities semua tiptop. Lokasi memang strategic, dekat town. Dengan ofis Walid kena visit tu pun dekat sangat, 5 minutes walking distance. Dengan Malaysian hall and grand mosque di Perth ni pun around 15-20 minutes je.






Washing machine, complete with dryer. Lega depa boleh basuh baju hari2. 


Kalau Walid bawa Umi hari tu confirm hari2 Umi masak untuk iftar dan sahur 😀
Tu je nak share hehe...
Ada rezeki sampai lah kita insha Allah.

Monday, 14 August 2017

Rahsia sambal belacan sedap & tahan lama :)



Lately Umi notice Abang kemain suka makan sambal belacan. Siap gaul dengan nasi. Berebut-rebut dengan Umi Walid makan sambal belacan hikhik... 

Kadang tu bila rajin Umi suka tumbuk sambal guna lesung batu. Kalau kurang rajin Umi blend je 😁 dua2 cara pun sedap. Cuma kadang tu macam malas asyik kena buat setiap kali nak makan. Nak buat banyak2 terus tak sedap bila simpan lama dalam peti ais. Rupanya ada cara untuk buat stock sambal belacan ni 😅 

One day tu Umi tengok dekat blog amerislovely ada dikongsikan cara nak buat sambal belacan sedap dan tahan lama. Tq very much ye sis for the recipe/tips. 

Umi kongsi di sini untuk rujukan & perkongsian bersama. 



Secret ingredient untuk buatkan sambal belacan ni tahan lama rasanya cuka tu la. Macam kita buat cili jeruk tu kan letak cuka sebab tu cili tu elok je w/pun dah lama dijerukkan. 

Rasa sambal belacan ni pun makin hari makin 'kick' sebab dah mesra segala bahannya. Cuba tau! 



Sunday, 13 August 2017

Resepi ~ Nasi Kuning Rendang Ayam



Umi buat nasi kuning dengan rendang ayam ni untuk sarapan pagi sabtu lepas. Resepi umi copy dari blog K.An periuk tanah. Sedap resepi k.an bagi ni. Umi simpan di sini untuk rujukan. Memang nak buat lagi lepas ni sebab semua cakap sedap 😆 

Rendang ayam k.an style ni Umi suka sebab tak perlu tumis bawang, rempah 4 sekawan dsbnya. Just put everything onto the wok and renehkan sambil sesekali di kacau. Rendang ala orang dulu2. Cuma Umi tambah asam keping satu, nak balancekan rasa. 

Selamat mencuba... 



Tqvm K.An for the recipe. 
Jazakallahu khairan kathira.