Wednesday, 7 October 2026

Surprise utk Medina

Jumaat 2/10 Kakak Pulang Bermalam (PB). Jumaat tu juga birthday bestie dia, Medina. 

Jadi, Sabtu tu Ummi cadangkan buat surprise untuk Medina. Saja seronok-seronok, ciptakan kenangan untuk depa. Alhamdulillah Cik Tah aka Ibu pun bagi kerjasama padu πŸ‘πŸ»
Senang nak berkomplot sebab Ummi baik dengan Ibu.  

Cari hadiah dulu ...
Kakak belikan getah ikat rambut dan bantal gambar bear cute tengah tidur tu. Dia pakai duit masa dapat di Language Day tempohari. Bunga tu dari Ummi untuk Medina. 

Baju Ummi gaissss... Ummi pasrah je sekarang ni berkongsi wardrobe dengan dia 😌

Kakak siap nyanyi lagu HB kat masa jalan kaki nak ke rumah Medina ni. Medina pula tengah siap nak keluar rumah sebab Ibu paksa ikut pergi Ninso (trick dia). Elok keluar rumah, elok Kakak sampai. Perfect timing :) 
Terkejut dia, sampai nangis-nangis haha... 

Sayang dua-dua ❤️
Semoga kalian bersahabat selamanya. 


15 comments:

  1. Semoga persahabatannya hingga ke jannah ye anak-anak. Rezeki kawan yang baik tak semua orang dapat. Tak tau la kenapa tak keluar nama DinoHauz bila komen ni. Udah keluar nama Anjali pulaπŸ€”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjali pun Anjali la, kita jadi Rahul boleh ? Ahak!

      Terima kasih doanya. Begitulah harapnya, berkawan sampai ke syurga aamin 🀲🏻

      Delete
  2. Kawan baik duduk berjiran. Semoga persahabatan kekal ke akhirat.

    ReplyDelete
  3. Seronok dpt buat surprise bestie

    ReplyDelete
  4. Semoga persahabatannya berkekalan.

    ReplyDelete
  5. Semoga persahabatan mereka kekal lamaa yaaa ☺️πŸ€—.

    Kita samaaa kak... Sekarang nih sayapun kongsi baju , sepatu dan saling pinjam alat makeup yang macam mascara, setting spray dan jepit bulu mata 🀣🀣. Kalau bedak tidak Krn beda tone πŸ˜„.

    ReplyDelete
  6. Auchh.. so sweet kakak.. mana tak Medina terharu.

    ReplyDelete
  7. Sweet betul rancangan surprise untuk Medina, siap Ummi dan Ibu boleh berkomplot sama-sama. πŸ₯° Lagi manis Kakak guna duit sendiri beli hadiah untuk bestie.

    ReplyDelete
  8. sweetnyaaaa....
    semoga persahabatan tu kekal sampai bila2...

    ReplyDelete
  9. Wahhh..Seronok la medina dpt hadiah. bantal tu mmg brguna ye =D

    ReplyDelete
  10. Alaaa.comelnya mereka berdua tu...Happy Birthday Medina

    ReplyDelete
  11. Seronok nya ada mak² yg sporting mcm u'ols ... semoga sampai tua la persahabatan diorg ye

    ReplyDelete
  12. semoga kekal bersahabat walaupun nanti dah berpisah haluan pendidikan dan kerjaya

    ReplyDelete