Rasanya duit SARA RM 100 (yang one off tu) masih ada. Jadinya sebelum bayar, Ummi minta tolong cashier Giant tu semak dulu.
Boleh puan, ada RM xx.
Apalagi, kita gunalah sebelum ianya tamat hujung tahun nanti. Harap masa Belanjawan 2027 nanti adalah lagi SARA ni.
Nak bayar untuk megi je sebenarnya tapi adik cashier tu scanned semua yang boleh redeem guna SARA tu.
Mamee Chef tu Ummi beli perisa lontong sebab tengok blogger Afif bawa sampai ke Hong Kong & Macau. Sedaplah tu kan. Ummi tak pernah rasa perisa lontong ni. Yang asam laksa tu nampak menggoda jadi belilah satu pek.
Ada baki sikit lagi. Bolehlah berbelanja lagi.
Cie punya habis dah rasanya.
ReplyDeleteHahaha kita awal² dapat dah 'selamat' guna SARA ni... tahun depan ada lagi x eh? Hehehe๐
ReplyDeleteLinda punya dah selesai guna.. hihihi
ReplyDeleteNa punya ada RM23 lagi. Haha. Kena habiskan ni. Nanti lupa.
ReplyDeleteKiteorg awal2 tahun lagi dah guna hehe. Hari tu masa mak kat KL, baru tau mak tak sedar dia pun dapat duit SARA ๐ฎ๐จ dia igtkan yg layak je dapat. Nasib baik masa tu tgh beli brg keperluan dia, jadi terus bawak pergi kaunter bayar yg ada tulis Sumbangan Asas Rahmah tu. Saya pesan kat mak dah balik Sarawak make sure habiskan baki duit SARA tu sebelum hujung tahun.
ReplyDeletenieyl dapat yg sebulan rm100 tu, Alhamdulillah..byk juga barang kering boleh dapat..boleh lah bantu jimatkan perbelanjaan kita..
ReplyDeletekita pn masih ada baki lg..husband & tisya pnya lama dh abis depa guna...mamee chef lontong mmg fav kita
ReplyDeletesy x guna lg. bla gi kedai asik lupaaaa je๐คฃ
ReplyDeleteSaya ada lagi baki, tidak ingat berapa.
ReplyDeleteKami suami isteri belum guna lagi, kena ingat ni kalau lupa rugiii ๐
ReplyDeleteKSarie punya udah lama habis. Kepada sesiapa yang belum guna sila tebus segera ye
ReplyDelete