Saturday, 1 August 2026

Catatan 17 Safar 1448H

Dah masuk bila Ogos dah... 
Awal bulan ni Abang cuti. Hujung bulan nanti adik³ pulak cuti sekolah. 

Siblings reunited ❣️
Dapatlah Angah dan Kakak jumpa Abang 3H2M. Bawak keluar makan² dan jalan² mall. 
Kami ke Aeon AU2. 

Duta³ Tealive 😉
Dapat TL ni kira reward la untuk depa. Bukan setiap kali depa minta Ummi Walid bagi beli. Tengok keadaan dan occasion. 

Kakak tu pakai blaus Ummi tu... 2x dah dia outing pinjam baju Ummi. Suka pakai baju oversized, macam Ummi jugak :D 
Suruh dia beli blaus dekat dalam Aeon ni, test 2 baju. Dua² dia tak mau. Ummi la yang grabbed 2 helai blaus. Aeon ada sale sampai end of the month. Ada baju/seluar serendah RM10. Blaus² Ummi RM20 je sehelai. Boleh la buat tambah² baju. 

Air dia RM9.90, air Ummi RM2.90. 
Itu pun rasa mahai dah 😅

Balik rumah, Angah buat minuman apa ntah. Patutlah masa di Eco Shop tu dia beli Oreo. Sedap air dia buat ni. Resepi TT katanya. 

Ummi pula masak kuah durian. 
Sengaja Ummi simpan durian untuk buat kuah durian bila Abang balik cuti ni. 

Malam makan megi je... 
Angah dan Kakak masuk dapur. Okay, lulus ✅

Alhamdulillah.


13 comments:

  1. Seronoklah masing-masing dapat berkumpul. Ummi pun masak special bila abang balik. Ummi beli baju baru nanti adik pun boleh pakai juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila semua ada mood rajin pun datang juga 😁

      Ia, tahu dah taktik dia tu haha

      Delete
  2. Senangnya bisa berkumpul adik kakak 😄👍.paling suka kalau rumah ramai kan. Nantipun saya akan merasakan ini kalau anak2 dah sekolah jauh.

    ReplyDelete
  3. Anak2 Cie pun suka TeaLive. Jarang jugak bagi beli.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..seronok dapat berkumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila cukup korum baru seronok nak buat itu ini :)

      Delete
  5. baju2 kat aeon berkualiti yg dah lbh 10 thn pun sy masih pakai skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kami mmg selalu beli pakaian di Aeon. Harga pun mampu beli kan

      Delete
  6. Hehe Ummi yang beli blaus ya, takpe nanti Kakak pinjam baju itu.😆

    ReplyDelete