Wednesday, 4 February 2026

Masak Kari Daging dgn Teknik Rebus 5-30-7

Selalu Ummi masak lauk daging guna pressure cooker sebab malas nak tunggu daging tu empuk atas api dapur. Kali ni Ummi guna Teknik Rebus Daging 5-30-7. 

Simpan sini untuk rujukan. 

Mula² Ummi rebus dulu daging guna teknik ni. Kemudian dalam periuk lain Ummi tumis bahan tumisan (4 sekawan, bawang merah, bawang putih, halia, daun kari) dan rempah kari hingga naik bau dan pecah minyak. Ummi tumis beberapa kali, nak bagi lagi sedap karinya. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi dan kentang. Bila dah mendidih, masukkan daging rebus tadi. Tutup periuk. Biar mendidih selama 5 minit (langkah 1). Lepas 5 minit, tutup api dan biarkan Selamat 30 minit (langkah 2). Lepas 30 minit, masukkan santan, garam, asam keping dan buka api selama 7 minit (langkah 3). Dalam masa yang sama, sesuaikan rasa. Dah cukup 7 minit tu tutup semula api. Siap! 

Kiranya 2x la Ummi guna teknik 5-30-7 untuk masak kari kali ni. Sekali untuk rebus daging. Lagi sekali untuk masak kari daging rebus tu. 

Pekat memikat :) 
Yang penting dagingnya lembut. Masih kenyal tapi sedap bila digigit. 


Alhamdulillah, sedap seadanya. 

20 comments:

  1. Baru tahu teknik ini, boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. Teknik yang boleh apply ni PH. Saya guna pressure cooker jugak.

    ReplyDelete
  3. ok, boleh try cara ni nnt.. selalu mmg keain lama laa nak rebus daging

    ReplyDelete
  4. Wahhh, rajinnya PH sampai 2x guna teknik 5 - 30 - 7 tu. Mesti betul² lembut daging tu, buat sekali pun dah lembut dah.

    ReplyDelete
  5. Tahu tapi belum pernah cuba sebab ada PC kan. Kiranya, menjadi la PH buat sebab dagingnya lembut.

    ReplyDelete
  6. Tengok kari daging PH, tiber teringat roti jala. 😁 Bagus cara ni, alternatif kalau tak mahu guna pressure cooker. Terima kasih atas perkongsian, PH.

    ReplyDelete
  7. Ok boleh try nanti. Daging la paling malas nam masak sebab lama sangat.

    ReplyDelete
  8. adakah teknik ini sesuai juga untuk masak sup tulang ?

    ReplyDelete
  9. Sejak ada noxxa memang campak je dalam tu settle.

    ReplyDelete
  10. Selalu baca teknik ni tapi x pernah lg mencuba.. mmg jadi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time try dulu tak berapa jadi. 2nd time ni jadi (ulang process 2x). SK biasa buat, menjadi kakmim

      Delete
  11. Oo.. kiranya buat double lah kan.

    ReplyDelete
  12. Saya dah lama pakai teknik ini. Diajarkan mama dulu. Memang baguuuus utk hemat gas kompor kak 🤣. Drpd rebus Berjam jam kan . Pakai presto cooker saya tak berani. Krn harus hati2 buka tutupnya kan. Makanya LBH suka pakai cara 5-30-7

    ReplyDelete
  13. wahh menarik ni, nak try lah nanti kalau rajin hehehh

    ReplyDelete
  14. Mak ada cuba tahun lepas. Katanya ok jugak. Boleh try ni.

    ReplyDelete
  15. Elok cantik kejadiannya tu...SA tau tapi x pernah buat...hahaha..ni baca entry ni baru teringat

    ReplyDelete
  16. Saya juga pakai metode 5 30 7 ini atas saran adik sepupu saya. Saya suka metode 5 30 7 ini karena bisa hemat gas.

    ReplyDelete
  17. terima kasih share! boleh cuba ni

    ReplyDelete