Tuesday, 10 February 2026

Barter

Uniform BBSM ni kepunyaan Khai (anak Cik Ita Fun Run). Ummi pinjam untuk Kakak pergi Mukhayyam Perdana Unit Beruniform hujung tahun lepas. Sebab nak pakai uniform ni untuk 1 hari je jadi pinjam je la. Tapi tak muat dengan Kakak, terpaksa juga beli. Nak pulangkan, Cik Ita suruh sedekah je sesiapa yang hendak. Dah hujung tahun masa tu, Gerko pun dah habis jadi Ummi simpan dulu. 

Dalam pada tu, Adik try uniform ni. Padan elok dengan dia. Jadi, dia kata nak join BBSM juga, senang uniform dah ada. Tapi, takde rezeki Adik. Kuota terhad. Dia tak dapat BBSM, dapat Tunas Puteri. 

Jadi merisiklah dengan Medina. Alhamdulillah uniform Tunas Puteri Medina masih ada.  Jadinya Ummi bagitau Cik Tah, kita barter je la... Kakak dulu ahli BBSM, adiknya (Adik) Tunas Puteri. Medina pula ahli Tunas Puteri, adiknya Marwa BBSM. Elok sangatlah :) 

Medina bagi t-shirt juga, serta seluar panjang untuk dipadankan dengan kemeja hijau 👆🏻 Tinggal belikan Adik tudung hitam 2 lapis dan scarf leher. 

Cik Tah as usual la, mesti ada extra² dia bagi... 

Tqsm dear ❤️

16 comments:

  1. Replies
    1. Ada geng senang la SA .. kalau tak rapat, segan juga 🫣

      Delete
  2. kalau saiz badan lebih2 kurang, pinjam2 je la. lagi baik daripada nak beli baru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ialah Mazni, jimat jugalah dari nak beli yg baru. Lagipun akk² ni bila naik F1 selalunya tukar Unit Beruniformnya. Kadang baju pun dah singkat/sendat

      Delete
  3. senang macam tu...nak beli pun boleh tahan juga.. nie abang mu'az pun dapat bomba pula dekat sekolah baru...kena beli tshirt lain pula...kak M dapat pengakap, abang Mueez je kekal KRS.. sebab dekat sekolah lama dia pakai pangkat lans koperal..jadi cikgu suruh sambung, dan nak hantar pergi kursus koperal pula.. mana2 lah..janji yang baik2 saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dgn anak³ Akk pun.. masuk sekolah menengah tukar Unit Beruniform, jadi kenalah beli yg baru juga utk sekolah menengah

      Delete
    2. Bagus Abg Mueez, mesti aktif tu 👍🏻
      Semoga berjaya naik pangkat

      Delete
  4. Wahh..Senang mcm ni kan sis..Tak membazir =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mana yg boleh jimat tu kita jimat la hehe

      Delete
  5. baju masih elok dan muat... tak payah beli baru dan jimatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok dgn dia cuma tangan panjang sikit. Takpelah kan, biar panjang dari singkat hihi

      Delete
  6. Dapat jimat belanja. Barter yang menguntungkan. Beli uniform, mahal juga, pakai seminggu sekali je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lengkapkan serba berdiri tu makan modal juga Nur. Pakainya bukan seminggu sekali, tapi selang 3 minggu sbb ikut giliran Gerko sukan dan persatuan

      Delete
  7. Cerita pasal Tunas Puteri ni kan PH...nak jadi cerita....Darjah 6 kena gi kem. Lepas tu seluar Tunas Puteri tak muat. Terpaksa beli baru. Panjang seluarnya sampai Dania kena lipat. Lepas tu Dania pakai untuk Pandu Puteri kat Sek Men pulak. Tahan seluar tu sampai Form 5. Ini memang kelakar. Sampai hujung seluar tu dah berbulu. Ye lah pakai pun seminggu sekali je.

    Tapi sisterm barter PH ni menjimatkan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ni baru tahu Tunas Puteri tu 'adik' Pandai Puteri haha... Maklumlah, tiga anak atas² lain² Unit Beruniformnya 😁

      Mana yg boleh jimat tu kita jimat la, pakai pun berselang 3 minggu sekali sbb rotate dgn Kelab/persatuan dan sukan

      Delete
  8. Mana boleh jimat, kita jimat. Baju uniform bukan murah. Boleh tahan harganya.

    Tunas Puteri ni Pandu Puteri juga la ye. Pandu Puteri sangat aktif kalau tempat Naniey duduk dulu kat bangunan Pandu Puteri, hari Sabtu ada je aktiviti persatuan. Bukan geng muda mudi tapi semua yang dah berusia.

    ReplyDelete