Thursday, 28 August 2025

Ke JPN Batu Caves

Usai bersarapan di Restoran Mak Limah tu kami terus gerak ke JPN Batu Caves. Inilah tujuan utama datang ke area sini. 

Elok je pintu pejabat buka, teruslah serbu 😅
Ini percubaan kedua Ummi nak tukar IC yang rosak jadi memang harap urusan kali ni berjalan lancar. 

Percubaan kali pertama di UTC Keramat gagal sebab pejabat JPN ni tutup sementara untuk renovation

Bila nak ambil nombor giliran tu, pegawai bertugas bagitau dekat JPN cawangan Batu Caves ni kena tunggu 2 minggu baru IC siap. Lamanya :( 
Itu takpe lagi, IC rosak ni kena tinggalkan dekat depa dan depa akan surat sebagai bukti IC kita sedang diganti something like that la. Valid ke surat ni Ummi tanya pegawai tu. Katanya tak semua urusan terima surat ni. Contoh kalau urusan bank still kena guna IC. Pulak 😅 Ikutkan takdelah nak berurusan dgn mana² bank dalam masa terdekat tapi rasa tak tenang pulak berjalan sana sini tanpa IC. Tiba² ada roadblock ke, risau jugalah. Tak pasti polis terima atau tak surat JPN ni. 

Jadi, Ummi decided untuk tak buat IC di sini. 

Pegawai tu tunjukkan bunting yang ada maklumat pejabat² JPN yang boleh siapkan IC dalam masa setengah jam lebih kurang. Kebanyakannya pejabat JPN negerilah. Kalau Selangor ni di Shah Alam. Di KL Ummi tak sure dekat mana JPN negeri. 

Since dah determined nak selesaikan urusan IC ni hari ni juga, jom la ke tempat lain. Sebelum tu call dulu untuk kepastian. 

Tak memasal join orang nak gi kerja, apalagi makan jem tanpa roti ' la kita :p 

22 comments:

  1. Bertabah la makan jem tanpa roti tu...

    ReplyDelete
  2. 2 weeks without IC? Kalau ammi mmg tak bolehlah sebab I need my IC to daily commute. Kita beli pas MY50 tu guna IC...jadi everyday kene tag IC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la macam tak logik kan esp bila ada tempat bole je siap dlm ½ jam why not semua ofis JPN ni boleh buat benda yg sama kan? Plus skrg mostly org guna IC utk byk activity like u said

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan kak

    ReplyDelete
  4. Uitt…dua minggu nak siapkan. Punyalah lama 😅
    Takpelah kan, pergi jauh sikit janji boleh siap cepat.

    ReplyDelete
  5. Kalau cawangan memang lambat siap.. PH x try ke Putrajaya ke? Tahun lepas sis buat sebab tukar alamat rumah.. Dalam sejam je dah siap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sangat nak ke Putrajaya tu Airene. Akk gi UTC je lepas tu :D

      Delete
  6. Kena tinggalkan IC pulak ye. Payah gitu. Baguslah tak buat kat situ, buat tempat lain yang lagi cepat siapnya. Payah urusan macam ni lama-lama kan, benda penting tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ic tu benda penting mmg tak la nak tinggal²kan. Nak² skrg ic tu bole guna utk mcm²; T&G, my50 pass etc

      Delete
  7. Hahaha makan jem tanpa roti istilahnya yaaa 😄😄.

    Pernah lah suami saya kehilangan dompet. Di dalam ada IC , driver license dan kartun2 bank , juga uang. Uang bisa dicarilah kalo hilang, tapi Ic , license dan bank cards, ini susah urusnyaaa 🤣🤣. Terpaksalah suami harus report dulu ke police untuk dapat surat bahwa kartu hilang, baru bisa apply ic baru dan lain2.

    Yang buat benciiii, selepas IC siap, license dah baru, bank card dah ganti, dompet dia ketemu. Ternyata terselip di lemari saya bagian belakang 🤣🤣🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
  8. Tiap kali jem begini kena sabar ja hadapi ..kan..

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan urusan PH, buat IC baru.
    Saya pernah buat baru juga, sebab cap jari rosak. Pun ambil masa 2 minggu. Guna surat JPN. Ok je. Takde kena tahan roadblock ke apa. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. ooo tutup sebab renovation patut laa ambil masa lama nak buka semula...

    ReplyDelete
  11. Kalau tempat kecik macam Lipis ni memang lambat siap sebabnya mereka tak buat di situ kena hantar ke tempat lain. Urusan apa2 valid je guna surat sementara tu cuma kalau mana2 tempat yang nak cip tu tak boleh la. Kalau takat police roadblock ke apa takde masalah tunjuk surat tu.

    ReplyDelete
  12. Selalunya diorang akan bagi surat jaminan tu sementara ic tengah baik pulih

    ReplyDelete
  13. Oo kalau kat cawangan akan ambil masa ya.. akak kebetulan kalau buat IC atau passport kat Shah Alam atau UTC Selangor je.

    ReplyDelete