Misi utama kami selepas check out dari resort ialah untuk singgah makan tengahari di Leban Chondong. Leban Chondong adalah persimpangan utama untuk ke Kuantan/Pekan atau Kuala Rompin/Mersing yang akan ditempuh sekiranya kita dari Bandar Muadzam Shah. Di sebelah kiri jalan, ada Medan Selera Leban Chondong manakala di sebelah kanan jalan pula ada gerai-gerai. Kedua-duanya menyajikan hidangan udang galah. Namun, gerai-gerai ini nampaknya lebih ramai pengunjung berbanding medan selera.
Boleh dikatakan semua gerai menyediakan hidangan udang galah dan lauk pauk kampung yang menyelerakan. Menunya hampir sama, bergantung kepada kreativiti peniaga untuk menarik pelanggan. Ada juga yang menjual makanan bergoreng dan berkuah seperti mee goreng udang, mee kuah udang dsbnya. Yang pasti, ini port terbaik untuk menikmati udang galah.
Ummi tertarik dengan gerai Udang Galah Mak Ngah. Inilah yang menawan hati Ummi;
Semangguk penuh udang galah masak lemak. Harganya cuma RM25 semangkuk. Kalau seekor, harganya sekitar rm15 ke atas, bergantung kepada size. Murah sangat walaupun saiznya sedang-sedang sahaja, yang pasti setiap dari kami dapat menikmati sepuas-puasnya udang galah. Semangkuk tu adalah +-5-6 ekor. Jika hari pertama berebut udang seekor, hari terakhir ni sampai kena paksa baru habis 😂 Alhamdulillah rezeki dan nikmat yang disyukuri.
Sekitar gerai...
Kanopi ni untuk group booking agaknya. |
Gerai Azizah sebelah tu pun ramai juga orang.. |
Bila perut dah kenyang, barulah selesa untuk memulakan perjalanan. Dengan iringan doa, kami mulakan perjalanan. Dalam perancangan, kami hendak singgah di Kuala Pilah untuk beli itik salai.
Namun, siapa sangka ada ujian besar menanti kami di hadapan. Baru beberapa minit memulakan perjalanan, Ummi dapat panggilan dari Makcik... "Na, Abg Cik jatuh motor. Nanti apa2 sy update". Kami masih boleh bergelak dan bergurau masa ni. Tapi panggilan berikutnya selang 15 minit, mematikan kegembiraan kami. Bukan sahaja keriangan kami luput, seluruh jiwa Ummi terasa hancur, luluh segenap sanubari dan terasa terbang segala semangat. Kata Makcik "Na, depa kata dah arwah..." Allahu Akbar! Itulah rahsia Allah. Terasa kerdilnya kita, sekelip mata sahaja takdir berubah.
Maka, kami meneruskan perjalanan terus dari Kuala Rompin ke Ipoh. Hanya Allah yang tahu perasaan kami sepanjang perjalanan. Lemah, letih, lesu, hiba, sayu semua bergaul sebati. Kami sampai selepas 9 jam mengharung perjalanan. Selalunya kunjungan kami disambut oleh senyuman Pakcik dan wajah ceria Makcik, tapi kali ini kami disambut dengan bacaan Yasin dan airmata Makcik 😭😭😭
Namun, disebalik apa yang berlaku Allah itu Maha Baik. Kami dibiarkan menghabiskan percutian tanpa sebarang gangguan dan untuk itu Ummi amat bersyukur. Walaupun penutupnya pahit, percutian ini tetap menjadi antara percutian terbaik buat kami.
Jom sedekahkan Al Fatihah untuk Pakcik: [Pakcik ~ pergi tak kembali]
Sedapnya tengok lauk udang galah tu....
ReplyDeleteYummeh :D
Deletefuh meriah udang galah tu
ReplyDeleteLepas geram haha
Deleteya Allah. nikmat ni ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteSemoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman
ReplyDeleteSatu mangkuk tu RM25 memang berbaloi-baloi tu...
ReplyDeleteTakziah buat PH serta seluruh ahli keluarga. Semoga arwah roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman disisiNYA.
Sedapnya tengok lauk udang tu PH, murah plak tu.
ReplyDeleteSalam takziah di atas kematian ahli keluarga PH tu, semoga rohnya dikumpulkan bersama hamba2Nya yg dikasihi
If you're trying hard to lose weight then you certainly need to start following this totally brand new custom keto meal plan diet.
ReplyDeleteTo create this service, certified nutritionists, personal trainers, and top chefs have united to provide keto meal plans that are efficient, painless, economically-efficient, and delightful.
Since their launch in early 2019, 100's of clients have already transformed their body and health with the benefits a professional keto meal plan diet can give.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones given by the keto meal plan diet.