"Baju (pengantin) dah siap?", tanya saya.
"Ti pakai baju nikah ja...", jawabnya tanpa berselindung.
Jawapannya menimbulkan dua perasaan berbeza dalam hati saya. Sedikit rasa simpati juga krn di majlis resepsi sebelah suaminya dia akan memakai semula persalinan yg dipakai sewaktu akad nikahnya bulan lepas. Bagi sesetengah orang mungkin keberatan. Sekurang2 nya sepasang baju baru utk majlis resepsi, biarpun sekadar disewa. Namun mengenalinya, saya tahu dia bukan dari keluarga berada begitu juga suaminya. Sementelah masing2 baru bergraduasi. Baru nak mula hidup kata orang tua2.
Di sudut lain, saya rasa kagum dengan sifat berjimat cermat atau seadanya dlm dirinya. Mungkin duit yang ada digunakan utk perkara yang lebih aula. Makan minum kaum keluarga yang akan bertandang utk meraikan majlisnya nanti perlu disiapkan. Mungkin juga sedikit peruntukan utk bersiar-siar dan makan angin di ibukota buat ibu ayah dan adik2 yg pertama kali menjejakkan kaki. Namun yang lebih penting mungkin duit yg ada diperlukan utk meneruskan kelangsungan hidup - sewa rumah, duit minyak, makan pakai dll. Syukurlah jika itu yang dilakukannya.
Teringat kembali kenangan saya memulakan hidup baru lebih sedekad lampau. Majlis kahwin sepuluh tahun lepas not so demanding, simple & less hassle as compared to nowadays. Tak perlu sewa photographer, pelamin pun simple2 je, door gift bagai, tema itu ini, baju sedondon satu keluarga dsbnya. Banyak dapat dijimatkan.
Matlamat kami sama. Keperluan utk meneruskan kehidupan selepas kahwin lebih utama berbanding berhabisan utk majlis kenduri. Tumpuan kami lebih kpd penyediaan kewangan selepas kahwin. Deposit sewa rumah, kelengkapan rumah, makan minum dll. Deposit rumah sewa rm1,200, menyamai gaji saya sebulan ketika itu menjadikan ia satu jumlah yg besar bg kami. Kelengkapan rumah pula hanya ala kadar. TV, cerek & radio suami beli dr adik ipar yg baru habis belajar dgn harga rm150. Meja makan pun beli yg secondhand juga, rm150 juga. Peti ais kami beli yg 1 pintu sahaja manakala mesin basuh pula hadiah dari kawan2 baik kami. Sofa dan perabot lain memang tak beli. Alasannya sbb menyewa, nanti kalau pindah susah pula nak mengangkut. Memang kami dah set in mind taknak menyewa lama2. Alhamdulillah lepas 3 tahun menyewa Allah bagi rezeki memiliki rumah sendiri.
Syukur.
how i wish my parent would have the same thinking... lps raya adik bongsu nk nikah, my parent nak buat grand2, coz anak lelaki sorang and last kenduri pulak tu... susah nak tegur supaya jgn membazir pada benda2 yang tak wajib.... huhuhuhu....
ReplyDeleteKalau mampu xpe nina.. he he.. anak last kan..
Delete