Thursday, 14 January 2021

Jalan-Jalan 2020 ~ Moh ke Kuale!

Usai bersarapan di Kafe Gulawe, perjalanan diteruskan. Destinasinya ialah ke Kuala Kangsar atau dalam loghat tempatan 'Kuale'. Sengaja kami singgah dulu di Kuale sebelum meneruskan perjalanan ke kampung. To refresh our body, mind and soul setelah hampir setengah tahun berlegar-legar di sekitar Gombak akibat PKPP dan seterusnya PKPB di Lembah Klang.


Kuala Kangsar adalah Bandar DiRaja ketiga yang kami lawati. 



Sepanjang musafir memang patuhi SOP dan elakkan 3s. Dan alhamdulillah tempat-tempat menarik yang kami kunjungi pun tidaklah sesak. Yang paling sesak pun di Istana Kenangan.

Sebelum tu, singgah sekejap di Mydin Meru. 

Sengih ke telinga Kakak dapat hadiah jam tangan dari Walid sempena birthday dia bulan Oktober lepas. 

Terdapat banyak tempat menarik di Kuale tapi kami hanya memilih beberapa tempat sahaja untuk dilawati. Selain risau akan keselamatan kerana penularan Covid-19, trip ni juga trip santai. Mana yang sempat je... 

Kebanyakan bandar-bandar lama di Malaysia mesti ada jam besar macam ni kan? Di pekan Baling pun ada tau. Katanya dibina sempena kemerdekaan negara. 

Ikon bandar Kuala Kangsar. 
Tak sah ke sini jika tak melawat Masjid Ubudiah di Bukit Chandan ni. 

MCKK

Suka tengok bangunan lama yang masih digunapakai. 

Mercu tanda Kg Sayong. 

Akhirnya tercapai hajat nak melawat pusat penghasilan labu sayong. 

Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah @ Jambatan Sayong. 

Kagum Ummi dengan keindahan reka bentuk dan anyaman kelarai di Istana Kenangan ni. 

Jalan-Jalan dulu sementara nak check in hotel. Ini rupanya tempat Jaja mengajar. Ayah Jaja ialah anak tiri arwah TokNgah Besah, kakak Tok. Mula kenal Jaja di hari pengebumian Pakcik. Datang sebagai wakil keluarganya. Kami pun baru kenal Jaja hari tu. Alhamdulillah ikatan kekeluargaan yang terputus beberapa lama bertaut kembali. Jaja pun sekarang dah jadi best friend Makcik. Tapi sayang, waktu ni Jaja berada di Taiping. Tak dapat jumpa :(

Gaya Kakak macam nak angkat bangku tu haha... Teruja dia bila Ummi cakap YB Datin Mastura tu mil Mira Filzah. Peminat MF lah katakan :) 

😋

Senja di tepian Sungai Perak 

Our place of stay 😍

Seni tekat adalah warisan kebanggan Negeri Perak. Tahu bantal tu berapa, harganya? Ribu-ribu tau! 

Ini teaser je. Nanti Ummi share info tempat-tempat menarik yang kami kunjungi di Kuala Kangsar انشاء الله ❤️

5 comments:

  1. Teringin hendak melawat Kuala Kangsar dan tempat pembuatan labu sayung.

    ReplyDelete
  2. perak adalah salah satu negeri yang saya belum explore lagi...lalu je pernah banyak kali bila balik Kedah..

    ReplyDelete
  3. Cantik Bandar Diraja Kuala Kangsar ni. Saya tak pernah explore. Pernah sekali dua je singgah sini kejap

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Istana Kenangan tu.. nmpk seni melayunya

    ReplyDelete
  5. AJO_QQ poker (k)
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!! :d
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856 ;-)

    ReplyDelete