Saturday, 18 January 2025

Rezeki Abang & Angah

Bermulalah cuti sekolah akhir sesi selama sebulan. Sesi 24/25 alhamdulillah banyak yang manis² Allah kurniakan, walaupun secara keseluruhannya pencapaian akademik Abang & Angah masih banyak kena baiki dan tingkatkan. Abang khususnya memang dah kena berlari, bukan lagi bertatih. Fokus tahun ni memang sepenuhnya untuk Abang & SPM-nya :) 
Cuti sekolah ni pun memang kena ulangkaji subjek F4 supaya dapat kukuhkan pemahaman. 

Selain Adik Kakak dapat anugerah, Abang Angah pun ada juga pencapaian yang membuatkan Ummi rasa syukur sangat dgn nikmat Allah bagi. Simpan sini utk kenangan ye... 

Abang dapat duit, total dekat² RM50 jugalah utk tiga² anugerah ni. Alhamdulillah rezeki dia. Kali ke-3 Abang dapat Anugerah SSDM Tertinggi syukur. 

Ustaz R, guru halaqah Abang pun dapat banyak anugerah juga. Tahniah UR 👍🏻

Alhamdulillah Angah pun dapat amugerah juga. Anugerah ni diberi kpd murid yang paling banyak muraja'ah dan syahadah dalam setiap halaqah. 
Memang kejutanlah bagi Ummi sebab dia senyap tak bagitau apa² pun. Semalam bawa balik sijil tunjuk dekat Ummi ☺️
Dia dapat juga duit RM15. Rupanya dia menang kuiz Maal Hijrah masa cuti sekolah hari tu kot. BADAR pun ceramah online, dia joined. Ummi pun tak ingat dah. Apapun syukur, rezeki dia. 

Semoga sesi baru nanti lebih cemerlang hendaknya utk anak² kita semua. 


Friday, 17 January 2025

17072025 ~ School is Over

School is over

Macam² cikgu kelas bagi; jajan, buku, bubble... Mafla Falastin Ust Saiful bagi sebab Ustaz nak bertukar ke SRA. Sekejap je ajar kelas Adik. 

Hadiah utk cikgu² dan kawan yang pindah sekolah. Ustzh Salmiah yang pernah ajar Abang, Angah dan Tajwid Kakak utk UPKK baru ni dapat  tukar ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah, setelah 9 tahun berulang-alik. All the best utk US, Cg Zaila dan Dhiya di tempat baru. 

Abang Angah pun dah selamat dijemput oleh Walid hari ni. 

Angah bawa balik duit BAP. Sekolah² KPM rasanya hari ni banyak yang dah agihkan duit BAP. SRAI belum sbb kategori swasta. 

Abang bawa balik makanan :D 
Ramai kawan² satu batch khatam hafazan 30 juzuk hari ni. Jumlah keseluruhan berjaya khatam masa F4 77 orang, setakat hari ni. Alhamdulillah dah hampir separuh dah 🤲🏻
Tahniah anak⁷⁷.  

Have a wonderful school holiday semua! 




Jamuan Pengawas

Lega sebab jamuan akhir tahun takde sebab  dah disekalikam dgn jamuan semasa sambutan Hari Kanak² bulan 12 baru ni. Lega sebab nak fikirkan menu tu yang pening :) 

Tup² Kakak bagitau Jamuan Pengawas kena bawa juga makanan (potluck). Menu utama bakso dan mi kari. Pengawas T5 kena bawa makanan berasaskan pasta atau pizza. Jenuh nak cari pizza pagi² 🤭

Ummi masak pasta spiral + macaroni. Bahan² semua ada dalam pantry. Habaq pun lambat, kita masak apa yang mudah je la kan. 

Dapat hadiah dan sijil juga. 

Ni hadiah dari Kelab Bola Jaring. 
Setiap orang dapat hadiah lain². Kakak dapat instant shawl. Nuha dapat purse lawa kata Kakak. 

Lepas tu bawa balik juga sebekas pasta spiral goreng. Cikgu kelas beli untuk habiskan duit kelas diorang. Walid pun balik kerja tu beli pasta goreng juga. Dah jadi Hari Pasta Sedunia pulak di rumah ni 😆

Adik pun cikgu kelas beli cupcakes & kek choc moist utk habiskan duit kelas yang dapat masa diorang menang kelas tercantik. Eloklah tu, boleh pakat² merasa sebab sesi depan belum tentu semua sekelas. Cikgu² kelas pun akan bertukar juga. 

Cikgu belikan hadiah juga. 




16012025 ~ Tahlil Abe

D, isteri arwah Abe jemput Ummi Walid ke majlis tahlil untuk arwah di surau kami ni. Rupanya hari ni genap setahun Abe tinggalkan kami. 
Al Fatihah. 

Alhamdulillah Walid boleh balik awal hari ni, jadi sempatlah ke surau. 

Terima kasih D. 

Semoga Allah tempatkan arwah Abe di taman² syurga bersama para solihin dan muqarrabin. Begitu juga utk semua ahli keluarga dan rakan² kita yang telah mendahului kita 🤲🏻

Thursday, 16 January 2025

Anugerah HAKEM & KOHEM 2024

HAKEM - Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 
KOHEM - Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Hal Ehwal Murid

Alhamdulillah Adik dapat hadiah HAKEM, Kakak dapat utk KOHEM (Kehadiran Terbaik).

Hadiah Adik. 
Alhamdulillah dapat stationery. Boleh buat stock utk next school session. 
Susu DL tu YADIM sponsored. Semua murid dapat. 

Hadiah Kakak. 
Belakang plague tu ada lunch box. Elok sangatlah tu, lunch box Kakak pun dah rosak hihi... 

Majlis kali ni diadakan secara tertutup tapi ada live di FB sekolah. Gambar penerima anugerah ada OP ambilkan. Kalau nak beli, isi je GF ni. 

Tahniah Adik Kakak 💐
Ummi Walid & your brothers are soooo proud of you both. 
Usaha lebih gigih supaya dapat naik pentas lagi utk next sesi, dan dapat lebih banyak hadiah 🤗

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 



Hadiah "Kamu Yang Mesra"

Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk kami bertiga, terpilih sebagai teman blogger terpaling mesra oleh Puan Ujie :) 
Tahniah utk NA & Kak Mulan. 
Terasa kerdil Puan Hazel di situ ☺️

Alhamdulillah hadiahnya dah selamat diterima 2-3 hari lepas. 

Buka parcel, ada beg merah ni... Hampir tegunting tali beg from Indonesia ni, excited punya pasal 🤭

Dalam beg merah ada tote bag ni...

Buah tangan dari Jepun.
Love sangat dgn bag ni, lawa. Warna dan corak sangat memikat hati. Kakak pun berkenan sangat dengan bag ni. Berkenan ada makna hehe...

Disertakan juga sebuah kotak bertulis "Specially for You". Memang terasa special sungguh ...

Ada souvenirs dari pelbagai negara, calendar, book marks dan buku. Salah satu azam tahun ni nak kembali ke hobi membaca. Semoga buku² pemberian PU ni jadi penggalak utk Ummi rajin membaca semula. 

Japanese Peach Tea antara yang menarik perhatian Ummi... Cantik packaging, menonjolkan budaya Jepun. Contohnya pemakaian kimono tu, sekali tengok dah tahu ianya produk dari Jepun.
 
Alhamdulillah hadiah yang sangat lumayan, beraneka macam dalam satu parcel. Terima kasih banyak PU 🤗

Semoga diluaskan pintu rezeki, dikabulkan segala hajat dan PU serta keluarga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah SWT. Begitu juga untuk semua kawan² blogger yang sentiasa mewarnai hari² seorang yang bernama Puan Hazel 🌹 

Semoga Allah rahmati kita semua. 

Wednesday, 15 January 2025

Recap ~ Week 2, 2025

Belian online pertama Ummi di tahun 2025. 
Support anak buah jual produk Nurraysa ni. 
Ummi memang pakai pun bedak ni. Senang nak tanggalkan bila nak berwudhuk. Sesuailah dgn tagline mesra wudhuk tu. 

9/1 ~ Bekal pertama 2025 utk Walid

10/1 ~ First time beli barang dekat Richiamo Mart. Tak try pun lagi. 

PB hari tu Angah bawa balik buku ni. 
Ada program dekat sekolah dan SCDD katanya.
SSDC = Siapa cepat dia dapat. Macam² istilah BBNU ni :p 


12/1 ~ Dialog Prestasi Pelajar Edisi Parents.
Pembentangan keputusan PASA, perancangan utk SPM 2025 serta isu² berbangkit antara pihak pentadbir, guru-guru dan ibu bapa. 

13/1 ~ Terima parcel dari rakan blogger. Terima kasih daun keladi :p 


14/1 ~ Walid dapat corporate gift dari Corp Comm sebab jadi committee apa ye, lupa dah 😅