Thursday 29 April 2021

Nuzul Quran 2021

Salam Nuzul Quran untuk semua...

Credit source. 

Pagi-pagi anak-anak ada ceramah Nuzul Quran. Kali ni giliran Ust Amin pula berkongsi ilmu. 

Pengisian Ustaz lebih kepada kepentingan menjaga hati. Hati yang bersih mudah terima hidayah, ilmu dan kebaikan sebab semua perkara baik lazimnya suka kepada yang baik juga. Hati yang bersih suka kepada perkara yang baik. Hati kotor pula sentiasa penuh hasad. Begitulah lebih kurang intipati ceramah Ustaz.

Selain dapat ilmu, penyertaan anak2 ni akan menyumbang markah untuk rumah sukan masing-masing. 

Usai ceramah, keluar ambil kuih raya di satu tempat ni. Tempat baru kami discover... Tak sangka di belakang bukit tu ada penempatan yang sangat padat. Mujur Ummi datang dengan Walid. Kalau sorang maunya tersesat juga huhu...

Kemudian bermulalah ops mencari baju raya untuk Angah. Pergi Jakel Hari tu tak beli siap-siap untuk Angah sebab fikirkan saiz dia ni senang je nak cari... Boleh beli kat mana-mana... Tapi, itulah dari Giant Batu Caves ke Hari-Hari Taman Permata, patah balik ke M3Mall Taman Melati akhirnya di Al Haraman Gombak baru jumpa bajunya. Tempat lain tu saiznya banyak tapi color pulak yang takde, tak sama dengan baju kami. Padahal common color je. Belilah juga sebab dah malas nak cari kat tempat lain dah. Walaupun beza skim warna baju dia dengan kami tapi tak kisahlah. Bukan boleh balik kampung pun raya ni 😭😭😭

Paling comel, paling gebu Juju ni. 

Lagi satu, sedih sebenarnya ni... Juju hilang! Dari pagi semalam tak balik. Dah tanya group taman tapi kali ni takde sesiapa nampak/ambil, tak macam kes Moq-Toq hilang hari tu :( Doakan Juju kembali ye. Kesian Kakak 😔 

Tuesday 27 April 2021

Adik Luthfi viral...

Salah satu rancangan TV favorite Ummi di bulan Ramadhan tahun ni ialah Geng Ngaji di Astro Oasis. Live setiap hari jam 6 ptg dan ulangannya jam 11 pagi. Ummi ni kadang tak sempat tengok yang live tengok ulangannya, still best

Pengacaranya Ust Don, Fakhrul UNIC dan Ustzh Farhatul, Johan Tilawah Antarabangsa manakala tetamunya Ustaz Tarmizi Abd Rahman ataupun Sheikh Abdulkarim Al Makki. Bersilih gantilah Ust Don dan Fakhrul sebagai pengacara, begitu juga Ustaz Tarmizi dan Sheikh Abdulkarim sebagai tetamu undangan yang akan memberi komen akan bacaan para pemanggil (caller). Caller pula terdiri dari orang awam pelbagai peringkat usia dan selebriti. Antara yang muncul kali ni Cik Manggis, Radin Era, Ust Hazimin Inteam, Sufian Suhaimi, Wan Sharmila, Shamsul Ghau-Ghau dan ramai lagi...

Namun, salah seorang caller yang berjaya menarik perhatian khalayak ialah Adik Luthfi Rabbani berusia 9 tahun dari JB. Minggu lepas Adik ni viral sebab 3x buat panggilan, 3x juga line putus di tempat bacaan yang sama. Sampai ada yang panggil Adik ni 'adik huwal lazhi' sebab sampai situ je line putus 😂😂😂 Bagus adik ni, bersemangat dia nak mencuba. Story-nya baca SINI.

Hari ni alhamdulillah sekali lagi anak soleh ni muncul di kaca TV. Comel tengok keletah dia. Nampak memang dia cintakan Al Quran. Sampaikan Ust Tarmizi pun berhajat nak jumpa dia...

Cita-cita dia nak jadi Doktor Al Hafiz dan angkasawan. Sekarang pun dah hafaz Juz Amma. Subhanallah! Cuak juga bila Fakhrul test hafazan dia tadi, sebab bagi ayat pertengahan surah, bukan awal surah. Alhamdulillah adik ni berjaya sambung hafazan. Acik kagum dik! Moga adik sentiasa dalam rahmat-Nya 🤲🤲🤲 

Monday 26 April 2021

Resepi ~ Udang Masak Kelapa (Udang Go Nyo)

Satu lagi resepi airtangan arwah Tok yang sentiasa jadi kegemaran Ummi dan arwah Pakcik. Resepi ni kami panggil dalam loghat Baling 'Udang Go Nyo'. Maksudnya Udang Gaul Nyior (Kelapa). Ummi translate sikit ke bahasa rasmi supaya mudah difahami iaitu Udang Masak Kelapa. 

Gambaq tak berapa lawa, tapi rasa mabeles 🥰 

Resepi ni sangat mudah tapi sedap. Jom Ummi kongsikan resepi tradisi tinggakan Tok... Cuma Ummi minta maaf, sukatannya agak-agak saja sebab style Tok memang begitu. Agak-agak, campak-campak. Ummi belajar pun banyak melalui pemerhatian, bukan sukatan tertentu. Lagi satu, guna udang kecil (udang kapas). Udang besar pun boleh tapi yang sedapnya udang kapas ni. Dulu-dulu mana mampu sangat beli udang besar-besar kan? Family kamilah :( 

Bahan-bahan
Udang kapas 
Santan
Garam
Gula 
Asam keping

Bahan Tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Serai - diracik
Kunyit hidup
Cili padi 
Kelapa 

Cara-cara
1. Masukkan bahan tumbuk, udang dan santan. Jerang diatas api perlahan sambil sentiasa dikacau supaya santan tak pecah minyak.

2. Bila hampir mendidih, masukkan asam keping. 
3. Kemudian perisakan dengan garam dan gula. Renehkan hingga kuah sedikit pekat dan udang masak. Tutup api. Siap! 

Senangkan? Cuma cabarannya nak tentukan sukatan bahan yang digunakan. Ummi pun dah banyak kali masak baru pandai nak agak sukatannya. Itupun depends pada kuantiti udang yang digunakan juga. Lagi banyak udang, lagi banyak bahan tumbuk yang digunakan. 

Lebih kurang masak lemak juga cuma bahan tumbuknya termasuk kelapa, bawang putih dan serai. Lagi satu, sukatan santan hanya separas udang sebab masakan ni tak berkuah sangat. Rencah tumbuk tu sebenarnya akan jadi kuahnya. Gaul yang tu saja dengan nasi, walah! 

Selamat mencuba 🤗

Sunday 25 April 2021

Meeting PIBG 2021

10/4 Meeting PIBG SRAI

Setelah beberapa kali ditangguhkan akibat PKP akhirnya mesyuarat PIBG SRAI berjaya dilaksanakan. Ingat lagi bulan dua tahun lepas kami sekeluarga dijemput ke Majlis Apresiasi PIBG SRAI ni. Kononnya 2 minggu kemudian mesyuarat dan pemilihan AJK untuk tahun sesi 2020/2021 akan diadakan. Tapi, apa daya kita hanya mampu merancang... Datang Covid habis semuanya kucar-kacir. Sedar tak sedar setahun lebih tertangguh AGM-nya.  

Kehadiran hanya dihadkan seramai 100 orang sahaja, untuk memastikan penjarakan sosial dapat dibuat di dalam dewan sekolah yang tak berapa besar itu. Hanya salah seorang ibu atau ayah dibenarkan hadir bagi setiap murid supaya lebih ramai berpeluang hadir. 

Untuk kali ni sekali lagi Walid dilantik sebagai AJK. Awal-awal Ummi dah bagi peringatan mesra, kalau takat AJK takpe, jangan YDP dahlah. Besar tanggungjawab dan banyak kerja, tak sesuai untuk Walid yang selalu outstation. Walaupun PIBG ni voluntary basis tapi bila dah terima amanah tu kenalah pikul tanggungjawab kan... Semua tu akan ditanya kelak. 

Dalam beg ni ada kurma dan sling bag. 

Member dahlah baru beli sling bag JDT, dapat lagi hehe... Nampak gaya akan jadi milik Ummi lah beg PIBG bagi tu :p

Dah namanya meeting mestilah ada makan-makan dak?

All the best untuk team PIBG 2021/2022! 

24/4 Meeting PIBG SMKA

Walaupun tak sampai 3 minggu mendaftar sebagai warga SMKA, ibu ayah anak-anak f1 berpeluang juga untuk join AGM PIBG. Walaubagaimanapun, hanya AJK tahun lepas dan AJK baru yang terpilih dibenarkan hadir ke sekolah. Yang lain secara online; pemilihan dan mesyuarat. 

Yang bertanding bukan calang-calang, terutama untuk jawatan YDP. Penyandang jawatan, nampaknya aktif juga di peringkat kebangsaan dalam hal ehwal pelajar, seorang lagi Professor manakala seorang lagi, Professor Madya, Dr TI. Alhamdulillah rezeki Dr TI terpilih. Dr TI ni sebenarnya pernah jadi YDP PIBG SRAI, antara YDP paling cemerlang mengikut pandangan majoriti warga SRAI. Moga kewibawaan Ustaz (kami panggil ustaz) dapat menambah baik dan memberi nilai tambah kepada barisan PIBG SMKA pula. 

Alhamdulillah mesyuarat dah selesai, pemilihan dah dibuat, now it's turn to work 💪💪💪



Saturday 24 April 2021

Resepi ~ Kari Kambing Ammi

Sebenarnya dah 2x Ummi masak kari kambing ikut resepi Ammi Sheila Arshad ni. Memang sedap terangkat gitu...

Kali ni Ummi nak kongsikan resepinya di blog Ummi untuk rujukan. Minta dihalalkan resepinya Ammi ye 😘

Lemak, pekat, memikat gitu...


Resepi: Kari Kambing Ammi 

Bahan-bahan:
1kg kambing (daging + rusuk) - Ummi guna mutton cube Ramly 
7 sudu besar rempah kari daging - letak 5 s/b
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
6-7 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
1" halia
1 sudu kecil jintan manis (sangai)
Daun ketumbar (sikit potong kasar dalam 2cm, sikit potong halus)
2-3 pelepah daun kari
Ubi kentang
4 sekawan
1/2 kotak Santan - +-1/2 cawan susu full cream 

Cara-cara: 
1. Gaul daging kambing bersama 2 s/b serbuk kari daging + sedikit halia yang ditumbuk/diketuk.
2. Rebus daging kambing tersebut dengan sedikit air atau guna Pressure Cooker dengan mode HP. Noxxa PC HP 25x. Ketepikan.

Tedia... Segala minyak, segala lemak teghebit kata orang Kedah :D 

3. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan dan daun kari. 
4. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan garing sikit.
5. Satukan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Bancuh dengan sedikit air (jadikan pes). Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Tumis bagi pecah minyak banyak kali kata Ammi, the secret of this cooking I guessed. Sebab memang sedap karinya, rempah betul-betul masak.
6. Masukkan daging kambing yang telah direbus tadi bersama air rebusannya. Air rebusan bersama minyak-minyak ni terhasil Masa kita HP daging kambing tadi.
7. Masukkan kentang dan renehkan hingga kentang lembut. 
#Ummi tak letak daun ketumbar sebab takde.
8. Tambah air untuk kuah. Kalau nak kuah banyak dan cair,  tambahlah air banyak sikit. Begitu juga sebaliknya.
9. Bila kuah mendidih, masukkan santan/susu. Renehkan sebentar sambil dikacau supaya sebati dan tidak pecah lemak 
10. Perisakan dengan garam/serbuk perisa. Siap!

Selamat mencuba 🤗




Friday 23 April 2021

Angah ~ Kangaroo Math Competition 2021

Alhamdulillah berlangsung sudah KMC bagi tahun 2021 secara dalam talian. Kali pertama Angah joined this competition. Angah dah T4 jadi kena start kumpul markah untuk PAJSK. Dari pengalaman Abang, berguna juga sijil KMC ni sebab ianya international competition. KPM pun recognized pertandingan ni. 

Credit organizer.

Since pertandingan ni dibuat secara online, terpulang kepada peserta untuk buat bila dalam masa 2 hari yang diperuntukkan iaitu 20/4 & 21/4. Pertandingan dibuka dari jam 10 pg - 10 mlm. Masa menjawab 75 minit. Jawab sekali sahaja. Yuran berkumpulan RM 31.50 (early bird).  Alhamdulillah penyertaan murid SRAI tahun ni 64 orang. Semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tahun lepas Abang joined. Masa tu buat di PPAS Gombak. 

Sebelum berbuka semalam Angah buat... Adoi susah soalannya. KMC ni bukan sekadar nak test kemahiran Math tapi problem solving, thinking skill serta IQ test sekali. 

Ini contoh soalannya...

Camne nak solve?

Ambiklah cawan! 😂😂😂

Mujurlah soalannya objektif, bolehlah tembak-tembak 🤭 

Untuk Angah ni lebih kepada exposure. Abang dulu mula dengan Kancil Science Competition (KSC), tapi untuk Angah Ummi signed up for KMC dulu. Kakak nanti boleh try Beaver Computational Thinking Competition pulak kot. 

Oklah selesai dah KMC untuk Angah. Turn Abang cuti sekolah nanti. Moga dipermudahkan. 


Wednesday 21 April 2021

Resepi ~ Cekodok Kurma

Petang semalam sebelum Asar tu hujan lebat di Gombak ni. Hujan-hujan begini sedapkan kalau dapat makan cekodok dengan kopi O ye dak? Tapi tak bolehlah sebab bulan puasa kan... 

Tapi, nak juga haha... Makanya berbuka semalam kita realisasikan keinginan tu. Stok kurma memang sentiasa adalah kan puasa-puasa ni. 

Resepi: Cekodok Kurma

Bahan-bahan
13 biji kurma - hiris dan keluarkan biji
2 s/b gula
1/2 s/k soda bikarbonat 
6-7 s/b tepung gandum
Air 

Cara-cara
1. Masukkan kurma, gula dan soda bikarbonat dan air ke dalam blender. Sukatan air tu separas kurma je. Kisar hingga kurma halus.
2. Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Rehatkan batter ni dalam 1/2 jam. 

3. Panaskan minyak, 'jemput' adunan dengan tangan atau sudu dan goreng hingga masak. Siap!

Bulat elok cekodok Ummi kali ni. Selalu leper 😂

Sedaplah cekodok kurma ni. Sementara stok kurma tengah banyak ni, bolehlah buat selalu. Lawan dengan kopi O... Fuhh... malas nak cakap nanti kurus puasa :p

Untuk kurma, tahun ni pun masih tak perlu beli kurma juga. Dapat dari pelbagai pihak; surau dan jiran-jiran alhamdulillah. Kadang tu Walid balik dari surau, adalah sekotak kurma ditangannya. Ada jemaah/syarikat minta surau agihkan. Didoakan agar bertambah luas dan lumayan rezeki mereka aamin. 

Ummi guna Waseem. 
Masafii tu dah habis... 

Cubalah 🤗

Abang ~ Selamat Tinggal SAMTAK

4/1 Keputusan permohonan Abang ke SAM berjaya. Abang ditempatkan di SAMTAK. Alhamdulillah ramai kawan-kawan Abang berjaya juga, hampir 40 orang. 

7/1 Kami ke SAMTAK untuk buat pengesahan penerimaan tawaran. Buat pendaftaran asrama sekali. Jatuh hati dengan Penyelia Asrama, Pn Noraini (Pn N) yang sangat baik dan peramah. Dalam hati lega sebab dapat rasa Abang akan dijaga dengan baik di sini. 

Bergambar kenangan di asrama kali pertama menjejak kaki ke sini.

Singgah di pekan Tg Karang, beli uniform sekolah siap-siap. Dapat info dari Pn N ada kedai yang jual uniform  sekolah dan prep di sini. "Sebut je SAMTAK nanti depa tunjukkan uniform-nya", pesan Pn N. Alhamdulillah selesai bab pakaian sekolah untuk Abang. Bab pakaian ni memang Ummi setelkan awal sebab Abang kan special size nanti susah nak cari kalau last minute. 

Hanya sekali pakai uniform SAMTAK ni iaitu  semasa iv TMUA. 

Sepatutnya mendaftar pada 20/1 tapi ditangguhkan sebab PKPP dilanjutkan. 29/1 barulah sesi persekolahan bermula secara dalam talian. Itupun minggu pertama orientasi dulu. 

Minggu orientasi. 

5/2 Walid bersama Abang ke sekolah untuk ambil buku teks. Masa ni nak cross district kena minta permit. Tiga roadblocks kena tempuh. 

Sepanjang di SAMTAK ni Abang mengikuti PdPR secara konsisten. Setiap hari cikgu-cikgu bagi tugasan Ummi pastikan Abang buat dan hantar. Selain tu bila ada program seperti ceramah, kuiz dsbnya Abang tak pernah ketinggalan untuk sertai. 

Majlis bacaan Yasin & Al Kahfi setiap hari Jumaat. 

Semasa di SAMTAK juga Abang berjaya dalam ujian kemasukan Kelas Kemahiran Al Quran (KKQ) alhamdulillah. Jadi, tukar kelas dari 1 Barakah ke 1 Amanah, kelas khusus untuk KKQ. Hingga ke hari akhir persekolahan sebelum cuti sekolah bulan sekolah bulan 3 tempohari, Ummi suruh Abang teruskan belajar dan pastikan semua tugasan disiapkan dan dihantar,  walaupun masa tu Abang dah terima offer SMKA. 

Buku tulis dan nota sepanjang belajar di SAMTAK ni kami balut dan bawa ke SMKA.  Subjek seperti Lughatul Arabiyah Muassirah (LAM) yang tiada dalam silibus KBT di SMKA disimpan elok-elok. Sayang, ilmu semua ni... 

Hari last sekolah tu juga Ummi suruh Abang PM setiap guru dia maklumkan pertukaran sekolahnya, minta dihalalkan ilmu, mohon maaf andai ada salah silap dsbnya. Walaupun tak pernah bersua muka, mereka semua tetap guru Abang.  
Seronok bila cikgu-cikgu doakan Abang berjaya di sekolah baru dan menjadi al-hafiz. Doa cikgu-cikgu ni yang diharapkan sebenarnya. Moga bersamanya datang redha mereka. 

29/3 sekali lagi kami ke SAMTAK, untuk 'potong nama' dan pulangkan buku teks. 

Gambar kenangan di pintu pagar utama, di hari terakhir menjadi warga SAMTAK

Sedih sebenarnya... Ummi suka sekolah ni begitu juga Abang. Takpelah, lepaskan sesuatu yang baik untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, انشاء الله 💚








Tuesday 20 April 2021

Angah ~ Grow Rimba Geo Trees Challenge

Program Grow Rimba Geo Trees Challenge ni dianjurkan oleh Jungle Ambassador. 

Ummi daftarkan Angah untuk program ni sebab; 
1. Untuk tambah markah PAJSK
2. Belum pernah sertai challenge sebegini - boleh dapat new experience & exposure for him
3. Ada support group untuk jayakan program ni. Kaknom Mastermind program ni, banyak share & guide kami walaupun beliau pun first timer juga. 

Penyertaan perlu melalui sekolah dan alhamdulillah pihak SRAI bagi kerjasama dengan melantik beberapa orang guru sebagai penasihat dan pemantau. Program ni perlu komitmen tinggi sebab kena buat jurnal, kena rekod perkembangan pokok thru apps yang disediakan, kena dapatkan sign guru besar secara berkala dsbnya. Itu belum termasuk penjagaan pokok itu sendiri seperti daily watering, weeding & pruning. Semua ni ada markah setiap kali kita buat. At the end of the competition akan diadakan aktiviti menanam pokok (pindahkan dari polibeg ke tanah) ni secara serentak di seluruh negara. Ini lambat lagi, bulan 12 nanti. 

Oh ya, pokok yang dipilih oleh organizer ialah pokok neem (semambu) atau nama scientific-nya Azadirachta Indica. Katanya pokok neem ni banyak khasiat dalam dunia perubatan. Selain itu, pokok ni senang dijaga. 

17/4 program bermula...

12 orang pelajar SRAI sertai challenge ni... Untuk penyertaan, mula tu kena jadi Jungle Ambassador dengan bayaran RM10. Kemudian daftar pula untuk program RM20 lagi. Banyak program yang dianjurkan oleh Jungle Ambassador ni untuk ahlinya. Berbaloi jugalah bayar membership fee tu. 

Hari-hari depa akan siram pokok ni. Sebenarnya tak perlu siram hari-hari pun pokok ni tapi sebab nak kumpul markah, kenalah buat. 100 points untuk siraman sahaja. Pokok-pokok ni diletakkan di Sudut Alam Sekitar sekolah. 

Hari ni pun ada few activities kena buat antaranya....

1. Melabel pokok
2. Ukur tinggi dan diameter pokok 
3. Mengira daun pokok... Jenuh kira. Pokok Angah ada 204 helai daun. 


4. Daftar dan rekod aktiviti di aplikasi Geo Trees. 

5. Isi jurnal untuk dapatkan tandatangan GB. 
Berpeluh jugalah haha... 

Moga Angah terus komited untuk jaga pokok dia. Lambat lagi bulan 12 ni :p 

Monday 19 April 2021

Berbagi Rezeki ~ 1-7 Ramadhan 1442H

Hambar sikit Ramadhan kali ni bagi Ummi.
Kali pertama puasa tak cukup korum. Masak pun ala kadar je sebab tukang makan No 1 tu dah masuk asrama :D 

Tapi, tidaklah menjadi alasan untuk tak bertukar juadah dengan jiran-jiran. Cuma, kurang rancak macam tahun sebelum-sebelum ni. 

Officemate Walid, Sofi bagi kek ni. Rezeki untuk  moreh malam ni.  

Pajeri nenas dari Hj Man. Sambil sedekah bubur lambuk, beliau sedekahkan juga pajeri ni. Moga bertambah berkat rezeki mereka sekeluarga aamin. 


Inilah bubur lambuk Hj Man... Favorite Walid ni. Saban tahun Hj Man masak bubur lambuk ni untuk diagihkan. 

Surau buka slot untuk tajaan iftar. Sebelum Ramadhan lagi dah fully booked. Alhamdulillah sempat juga Walid ambil satu slot. 

Setiap hari sebanyak 150 pek makanan diedarkan kepada ahli kariah. Sabtu lepas turn lorong kami dapat pek makanan ni. 

Roti goreng dari As. 

Ummi bagi ni kat depa... Cencaru sumbat...

Agar-agar pandan berlapis ni sedap sangat. Pun dari As... 

Puding Milo dan Puding Jagung dari Mama Aisyah. 

Kak Leha bagi tembikai. Ummi balas dengan aiskrim Coconut Gula Melaka ni. Ummi beli 2 bekas,  Selalu kalau ke TMG tak pernah ada stok. Kali ni jumpa di Pasaraya Big, terus ambil 2 bekas. Satu untuk anak-anak, satu untuk cucu-cucu Kak Leha.

Pajeri nenas dan sago gula Melaka untuk Cik Aida. 

Husband Cik Aida balas dengan buku-buku. Sukalah depa ni... Ulat buku belaka...

Masak lemak kobis dari Kak Leha... Hari pertama puasa rasanya ni. 

Nak sambut puasa hari tu Ummi masak pulut kuning dan rendang ayam bagi jiran-jiran. Hari ni je lah yang rajin pun. Masuk bulan puasa terus mood rajin hilang haha...
 
Sekejap je kan dàh berlalu 7 hari pertama Ramadhan. Kalau boleh ditahan, rasa nak dakap taknak lepaskan ia berlalu kan? Terasa sangat berkat bulan nan satu ni.