Wednesday 20 April 2016

Bila hujan...


Jumaat lepas hujan turun dgn lebatnya di kejiranan kami. W/pun sekejap tapi hadirnya sungguh mengujakan. Rasa macam 'peghak' pulak bila hujan turun. 


Cik Balqis was so excited main hujan. Basah jugaklah seluar baju dia, hulur tangan tadah air hujan. Lepas tu sapu kat muka. 

Abang pulak siap bentang tikar main Lego kat porch, nak tengok hujan punya pasal. Umi depa pun tumpang sekaki gak, baca paper kat luar :) 


Rindu dengan hujan, nikmat yang makin menjauh... 

Monday 18 April 2016

SUKPA 2016


Menang 2 emas, 2 gangsa.  Well done Angah :)

Ini cerita sabtu lepas... SUKPA atau sukan Pasti tahun ni diadakan di Dewan Muhibbah, Taman Industri Bolton. Time Abang dulu SUKPA ni dibuat di padang terbuka. Tapi ramai parents komplen katanya panas so diorang decided buat kat open hall, since last year kalau tak silap. Tahun ni perarakan kontinjen setiap Pasti pun takde, cuaca tak mengizinkan. Acara pun berakhir sekitar jam 11.30 pagi je. 

Since tempat ni berada di kawasan kilang so parking spaces mmg limited. Jadinya Walid, Angah & Abang pegi naik motor je. Saya mulanya malas nak pegi sbb risaukan takde tempat parking. Tak larat menapak jauh2. But around 9.45 tu saya pegi jugak hehe. Sayang pulak nak lepaskan peluang tengok Angah bertanding. 

Dia masuk 4 acara, semuanya berjaya dapat pingat. Bravo Angah! 




Ini masa training. Hari2 pakai baju sukan, since 3rd week bulan march hari tu. Berbaloi la sbb sekolah Angah dapat juara kumpulan. Tapi ketinggalan 3 mata dari juara keseluruhan. Takpe, next year boleh cuba lagi.

Gelagat penyokong setia Angah :)

See ya!