Wednesday, 19 June 2019

Raya sana-sini I


Sudah menjadi amalan bagi masyarakat Muslim di negara kita untuk mengadakan rumah terbuka bila tiba Aidil Fitri.


Alhamdulillah banyak jemputan rumah terbuka yang kami terima saban minggu sampaikan nak jemput jiran-jiran beraya  di rumah pun masih belum ada kesempatan. Ingat nak slot in esok malam. Tengoklah macamana. Rajin ke tidak sebab malam esok ada movie Captain America : Civil War haha... Nak buat open house besar-besaran tu tidaklah. Sekadar nak berborak, bertukar cerita je. Ngeteh ke ngopi tu je konsepnya. Dah lama kami tak buat open house. Lebih kepada siapa nak datang, datang je. Kalau bagitau awal, Ummi masak special sikit. Kalau lagi 5-10 minit nak sampai baru 'roger', hidang apa yang ada je hihi...

Untuk memenuhi jemputan rumah terbuka pula kami lebih selective sejak beberapa tahun kebelakangan ni dan tahun ni lebih lagi. Abang tahun ni akan menduduki UPKK. Setiap Sabtu ada tuition, separuh hari dah 'gone'. Jadi priority pada Abang dan UPKK related activities. Selain tu, ambil kira juga waktu rehat/study Angah dan Kakak. Kalau asyik keluar beraya je hujung minggu, kesian juga anak-anak. Bila masa nak buat homework, rehat, riadah, tengok TV dsbnya. Tahu sajalah musim raya ni, traffic jam sana sini, banyak masa terbuang atas jalan. Keutamaan juga diberi kepada jemputan yang rumahnya kami belum pernah ziarah. Kalau jauh pun, kami usahakan untuk sampai. Bukan apa, jika tak dijemput datang beraya/kenduri, jarang kami nak saja-saja terjah rumah orang kecuali ziarah orang sakit atau kematian. 

Panjang pulak intro. Nak share jemputan minggu lepas, 11 dan 12 Syawal 1440H je sebenarnya 😁 

11 Syawal kami beraya di Cheras, rumah member Walid di 'Syarikat Letrik' dulu. Lama sungguh tak jumpa beliau, dah 5-6 tahun juga. Waktu Ummi bersalinkan Angah kot, Az dan isterinya posted a baby gift set to us. So thoughtful of them. Depa pun dah ada sepasang cahaya mata sekarang alhamdulillah.

Anak-anak memang seronoklah sebab ada rakan sebaya hihi... Lagipun ini selected invitation, bukan open house pun. Lebih santai, lebih masa untuk berborak, bertanya khabar kawan-kawan lama dsbnya. Makanan pun dimasak sendiri oleh tuan rumah dan kakaknya. Superb!


Main cikgu-cikgu lah apa lagi. 

Sorang right handed, sorang left handed. 

Keesokan harinya kami beraya di rumah cousin Walid. Tahun lepas tak hadir, tahun ni kenalah rajinkan diri :) Dapat juga jumpa Toksu Daud dan Toksu Nita dan ibu tuan rumah yang forever friendly, Wan aka Toknjang depa.


Cicit Tok Ipoh. 

Menu yang selalu ada di open house aP is nasi lemak. 2 tahun sudah kot, nasi lemak bungkus. Tahun ni nasi lemak senduk πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Maknanya kena senduk sendiri nasi/lauk nak banyak mana :D

Minggu ni beraya di mana? Tunggu πŸ€—

Tuesday, 18 June 2019

Selamat Pengantin Baru Amir & Ezzati πŸ’πŸ’πŸ’


Amir, anak sepupu Ummi ni dah bertahun Ummi tak jumpa. Kalau bertembung kat jalan belum tentu Ummi cam. Punyalah lama tak jumpa. Dah besar panjang dah sekarang ni. Dah kahwin pun πŸ˜„

Bulan Disember lepas bertunang dengan pasangannya, orang Johor. Raya cina hari tu dah nikah dan kenduri sebelah perempuan. Sekarang ni turn sebelah lelaki buat majlis sambut menantu. Kali ni ada rezeki kami sekeluarga attend majlis kenduri sepupu Ummi ni. Kenduri dua anak beliau sebelum ni kami tak dapat hadir. Kenduri yang pertama dulu kami hanya sempat attend majlis nikah sebab Walid nak outstation ke Sarawak tak silap Ummi time tu. Yang second pula bertembung dengan jadual Walid fly to Mumbai. Harap Ummi seorang nak drive balik kampung dengan anak-anak memang taklah. Kenduri Amir ni yang last rasanya sebab tu cuba hadir juga. Pakcik pun sanggup cancel trip nak berkereta ke Hatyai for his wedding. 

Majlis berjalan lancar nampaknya alhamdulillah. Makanan memang sedap sangat, lauk pauk kampung. Ulam + sambal belacan, ikan pekasam semua ada aih. Gambar takde sebab Ummi lapaq haha... Excited sebenarnya sebab dah lama tak makan kenduri di kampung sendiri. Nikmat tu hanya Allah yang tahu. 

Kelibat pengantin pun Ummi tak tengok sebab asyik sangat berborak dengan sanak saudara. Teruk betullah Ummi ni. Tapi itulah hakikatnya bila sesekali dapat berjumpa sanak saudara. 


Mujur pelamin ni dalam rumah, sebelah je ruang kami bersembang tu. Adalah juga kenangan majlis kahwin Amir ni. 

Untuk door gift, sekali lagi kami dapat kicap. Kali ni Kicap Mudim yang terkenal di negeri jelapang padi nun. Di samping tu ada juga kerepek bawang dan bahulu. Mak saudara Amir sebelah ibunya tauke kuih muih traditional. Dialah yang supply kuih muih ni. 



Selamat pengantin baru Amir dan Ezzati. Moga rumahtangga kalian dilimpahi rahmah, mawaddah dan sakinah. Aamiin.

Sunday, 16 June 2019

Raya 2019 ~ beraya di Baling pula


Raya ketiga kami balik ke Baling. Lepas jumaat, ambil kunci homestay dulu. Kemudian baru balik ke kampung Ummi. Singgah dulu di rumah sepupu Ummi, jemput Tok. Memandangkan hari sudah petang dan kebanyakan penghuni tak ada di rumah, keluar beraya agaknya  kami hanya singgah beraya di rumah Tok Imam. Selain nak beraya, sebenarnya kami nak ziarah isteri Tok Imam yang diserang strok ketika Ramadhan baru masuk hari kedua.

Rasulullah SAW berpesan dan menggalakkan kita  menziarahi orang sakit sebab banyak perkara yang boleh kita insafi bila kita tengok orang sakit. Pertemuan kami dengan isteri Tok Imam menyebabkan hati Ummi tersentuh. Ada sesuatu yang Ummi belajar dari pertemuaan ini. Moga diberi kesihatan dan kesembuhan buat beliau. 

Raya keempat kami menyambung ziarah ke rumah Makngah, kakak Ummi. Dapat jumpa cucu baru, Aisyah yang comel. Lebat hitam terpacak-pacak rambutnya 😁 di rumah Makngah ni kami 3 beradik bersama pasangan berkumpul bersama Tok. Tapi itulah, lupa nak bergambar :( Paklong tak balik beraya, tak berapa sihat katanya. 

Dari situ bergerak pula ke rumah Tok Ngah, satu-satunya ibu saudara Ummi yang masih ada. Seronok Tok dapat jumpa kakak iparnya. Tok Ngah ni umurnya dah 94 tahun, sebaya Tun M. Bila bandingkan umur Tok dengan Tok Ngah, rasa muda pulak Tok. Umur Tok baru 80 πŸ˜„ Moga kedua-duanya diberi kesihatan yang baik selalu. 

Wajah kesayangan hamba ❤️

Itu je saudara mara di sebelah Ummi yang sempat kami ziarah. Masa tak mengizinkan sebab tengahari tu ada jemputan kenduri rumah sepupu Ummi. Lepas kenduri kami berkonvoi dengan Pakcik balik Ipoh. Traffic jam usah cakap. Dari Gerik ke Kuala Kangsar kereta berderet-deret, bersiput-siput kami atas jalan raya πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Dengan hujan lebatnya lagi. Bertabah je. Rayakan setahun sekali je :D


Thursday, 13 June 2019

Raya 2019 ~ Selamat Bertunang Uda πŸ’πŸ’πŸ’



Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan Uda raya kedua tempohari. Macam-macam drama. Kes baju tunang kena tukar last minute, hantaran tak cukup dll membuatkan ramai yang pening kepala dan makan hati πŸ˜… apapun rintangannya, Uda dah pun selamat bertunang, alhamdulillah. 

7 dulang dari Uda; Coklat, makanan sunnah, cookies, teh bunga, manisan, rempah ratus dan cupcakes. 

Style orang Kedah (di sesetengah tempat) time bertunang hantarannya makanan. Bila kahwin nanti baru hantaran barang-barang. Kalau di tempat Ummi, time bertunang kami minta kain sepasang, kain untuk digunakan time akad nikah nanti. Lelaki bagi sepasang, belah perempuan pun bagi sepasang kain untuk baju melayu. Biasanya warna putih lah. 

Pelamin simple je. Kanak-kanak riang ni tukang angkat pokok-pokok Tok Ayah masuk ke dalam. Paksu, Tok Ayah dan Tok Umi tukang hiasnya.

Rombongan lelaki tiba lebih kurang jam 11 pagi. Sementara menunggu rombongan tu, Abang & Co entertained Toktam dengan bacaan Al Quran. Berebut-rebut nak tasmi' sebab Toktam Rah nak bagi duit raya. Haziq (baju purple), sepupu sulung Abang ni naib johan hafazan peringkat negeri kot. Ummi lupa dah. Tapi memang sedaplah suaranya. 


Raya kedua tema hijau πŸ’š

Abang pun alhamdulillah masih kekal kelas Aulad Huffaznya w/pun ramai kawan-kawan seangkatannya dah give up. Abang tengah hafal Surah al Kahfi sekarang. Doakan dia terang hati, mudah menghafal aamiin. 

Yeah dapat duit raya 😍

Walid jadi emcee sementara Toktam Man jadi jurucakap pihak kami. Dua-dua segak berbaju melayu lengkap bersampin. Tapi Ummi tak sempat jengok pun time depa berbincang, tengah sibuk di dapur dengan my biras. 

Hantaran 5 dulang berbalas 7 dari pihak kami. 

Mujur bakal Pak Uda tu orang dekat je. Ummi ingat lagi masa Pakcik & Makcik bertunang di hari raya ketiga kira-kira 8 tahun dulu. Majlis bertunang dibuat di Melaka, kampung nenek Makcik. Raya kedua tu kami dah bergerak ke Melaka. Jauhkan Kedah ke Melaka, hampir sehari juga perjalanannya. Kiranya raya atas lebuh rayalah tahun tu 😁 

Food provided by Paklong; nasi hujan panas, ayam masak merah dan dalca kambing πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Ketupat palas, nasi impit dah kuah kacang by Tok Kodiang dan Maksu. 

Ini pula makanan untuk sarapan pagi tu; by Maksu juga. Nasiblah jadi biras bongsu, kena buli haha... Eh taklah, maksu yang volunteer nak masak :) 


Deserts by Maklong and Uda; RV cakes, carrot cakes and kek batik coklat. 


Mohon didoakan berkekalan jodoh untuk Uda ni dan dipermudahkan urusan mereka hendak mendirikan masjid  Kenduri hujung tahun ni insha Allah.

Tuesday, 11 June 2019

Raya 2019 ~ 1 Syawal 1440H



Solat sunat Aidil Fitri atau kami sebut solat raya tahun ni dijadualkan pada pukul 9 pagi. Ada banyak masa untuk bersiap dan bersarapan dulu. Malam raya tu Ummi dan maklong masing-masing dah siapkan juadah raya; kuah soto dan rendang ayam. Guna noxxa je, itu yang cepat dan pantas. Pagi raya cuma panaskan dan rebus ketupat palas je. Rendang daging dan nasi beriani dari rumah sebelah (rumah Maksu).

Rendang daging dan kek coklat kukus in the making; 





Sampin yang di bawa balik dari gombak tiba-tiba 'mengecil' πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Tok Ayah bagi sampin lama dia. 
Abang oh Abang. 

Siap bersarapan semua ke surau. 

Tradisi surau/masjid di Kedah.
Anak-anak diraikan dengan pemberian duit raya. 
Zaman Ummi dulu dapat 5 kupang (50 sen) dari masjid. Banyak sangat dah rasanya time tu. 

Balik surau sambung makan lagi haha... Itulah kerjanya di pagi raya :D sebelum keluar beraya, ada sesi bergambar pula. Tup-tup dah pukul 11.30 baru pakat nak keluar beraya.

The photographer vs the subjects 

Rumah wajib ziarah dan yang selalu jadi rumah pertama kami pastinya rumah sepupu-sepupu Walid; Paknjang Asri dan Paksu Syukri. Kedua-duanya anak arwah Wan Lah, the one and only saudara kandung Tok Ayah. Memang wajib bertemu setiap kali raya. Anak-anak Wan Lah pula biasanya akan mengunjungi Tok Ayah pada hari raya ke-2. Begitulah tradisinya setiap tahun.

Mee kari di rumah Paksu Syukri. 

Makan nasi minyak, laksa dan kuih muih di rumah Paknjang. 

Dari situ kami bergerak ke Siputeh. Hanya ada Tok Chik Dak yang menanti. Anak menantu beliau beraya di rumah mertua masing-masing dahulu. Terus kami minta diri dan bergerak ke rumah Tok Long Im. Malangnya rumah mereka berkunci rapat. Mungkin beraya di rumah anak-anak mereka. Terus kami balik ke rumah. 

Sejujurnya Ummi rasa lega juga sebab dapat balik awal ke rumah. Banyak urusan untuk kenduri bertunang Uda yang perlu dibereskan. 

Yang datang bertandang pun hanya keluarga Zahra dan keluarga Putri. Itu pun sebab depa tak dapat hadir majlis Uda esoknya. Ahli keluarga dan rakan-rakan rapat yang lain semuanya kami jemput untuk hadir pada keesokan harinya.

Tuang majlis. Almost done. 

There goes our first day raya. That night semua orang all out untuk setelkan persiapan kenduri Uda. Ummi pun pulun siapkan agar-agar sekaya yang Tok Umi tugaskan. Tiga adunan in a row. Hari tu buat di gombak cantik elok je hasilnya. Bila buat untuk mak mertua tak cantik pula :(

Bila di potong, lapisan santan dan agar-agar tak sekata :(
 Ini masa, Ummi try buat di gombak. Elok cantik je lapisannya. 


Redho je lah πŸ˜…

Sunday, 9 June 2019

Raya 2019 ~ Random Pictures & Stories


Selamat menyambut hari lebaran buat semua. 

Tema ice blue tahun ni 😍

Setelah seminggu balik kampung hari ni kami kembali ke 'sarang'. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Perjalanan pun dipermudahkan walaupun tak dinafikan sana sini kami menempuh kesesakan lalu lintas. Banyak destinasi dan singgahan yang kami teroka. Penat usah cakap! Harapnya niat nak bersilaturrahim sepanjang musafir ni diberi ganjaran oleh-Nya.

Nak berkongsi kisah syawal kami tapi Ummi masih kepenatan. Tapi untuk tidak membiarkan blog Ummi ni bersawang, jom Ummi nak share randomly picked pictures and stories this raya.


Kali ni, bawak balik sekali helper Ummi yang namanya Noxxa tu. Rayakan, mesti gunalah periuk tu. Paling koman pun buat masak nasi. Almaklumlah, rakyat ramai kat jitra nun.


Hoho balik kampung... 
Semua dah belayar ke lautan Atlantic tu. Ummi je steady meneman Walid drive sambil-sambil picit kepala ke bahu ke bagi hilangkan mengantuk. Harapkan co-pilot (Abang), dia yang paling awal 'belayar' :D 

Singgahan pertama kami ialah SP. Esok tu baru balik Jitra. Petang tu meronda di Bazar Ramadhan Taman Ria. Bestnya bazar ni. Besar, luas, panjang (?) serba serbi ada. Ummi jalan bahagian depan je , Walid gigih tour satu bazar. Macam-macam ada especially local food. Nasi ulam, sayur keladi, laksa, ikan bakaq ayaq asam semualah πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



Malam tu iftar dalam bilik hotel je. Lebih selesa untuk kami anak beranak yang kepenatan mengharung perjalanan selama 7 jam siang tadi. Malam tu kenduri nasi lemak bungkus hihi... Masa di bazar tadi Ummi beli 4 bungkus, Walid 2 bungkus, Angah pun 2 bungkus. Redundant sebab jalan asing-asing πŸ˜…

Sebenarnya kami singgah bermalam di SP ni purposely for house hunting. Adat orang merantau; hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tetaplah rindu nak menetap di kampung halaman sendiri. Doakan niat kami diperkenankan πŸ€—

Ada unit belum terjual. Macam tunggu
Ummi beli je πŸ€— 

Yang ni pun berkenan 😍

Ini pula lauk pauk iftar kami dengan keluarga Jitra. Menu, task dan pic kami set sesama geng beloved biras. Seronok sebab masing-masing sekepala. Since Maklong dan Maksu masak di rumah masing-masing, Ummi lah conquer dapur Tok Umi. Last day Ramadhan tu baru maklong checked in. Ada genglah Ummi di dapur. 

Menu Day 1


Menu Day 2


Menu Day 3


Ini pula Paksu tengah sediakan pelamin bertunang untuk Uda. Majlisnya raya kedua. 



Ummi pula time tu buat agar-agar sekaya (agar-agar santan gula merah) sambil jeling-jeling ke ruang tengah tu. Untuk majlis bertunang tu Ummi dapat task sediakan agar-agar ni. Ini buat tester lah kiranya. Maklong tugasnya buat kek; RV dan carrot cakes, Maksu (nasi impit dan kuah kacang) and uda (cheseekut dan kek batik coklat ). 


Menu pagi raya; nasi beriani + rendang daging, ketupat palas + rendang ayam, mee soto dll. 

Beratoq... Beratoq... Beratoq... Siapa nak duit raya kena beratur. Silap pula, patutnya yang kecik kat depan 😁


Raya kali ni sibuk sangat dan tak berapa nak enjoy. Sebab raya kedua ada majlis. Keluar beraya pun sekejap je.


Petang tu Zahra, BFF Kakak datang beraya. Seronok sungguh Kakak sebab dah hampir 2 minggu depa dua tak jumpa, cuti sekolahkan.

Cukup dulu naa... nanti Ummi sambung.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga 
πŸ’πŸ’πŸ’


Friday, 31 May 2019

Iftarc@ The Intercontinental Hotel, KL II


Untuk tahun kedua berturut-turut kami sekeluarga memenuhi jemputan Mr A untuk berbuka di Hotel Intercontinental. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari :)


Tahun lepas the traffic was so bad that 
we took almost 2 hours to reach the hotel. This year, we decided to board the LRT. Lagipun the 'gathering' was on Tuesday. Lagi haru kalau nak drive after office hours. Seronok sungguh the kids bila sesekali dapat naik train. 

Seronok berdiri dalam train. 

After one year, we met again. The kids were so excited, obviously for two reasons; meeting Uncle A who is forever friendly and welcoming and the food served of course. They still remember how good the iftar session with A last year and definitely (and eagerly) looking forward for this one.


Seperti biasa, juadah yang disediakan di hotel bertaraf antarabangsa ni tak pernah tak sedap πŸ˜„. Rasa nak makan semuanya. Lagi pula orang belanja. Bertambah sedap rasanya haha... The food, ambiance and the excellent host made the night one a memorable one. 



So nice of A, sharing with us his customised ala-carte fried kuey tiau

For dessert, he served this ABC for me πŸ˜‹

Jumpa Kak Ros dan Boboiboy :) 

Thanks a lot A for the treat πŸ’πŸ’πŸ’. Hope to see you again.